Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 15, 2010

Yang Menyedihkan Perasaan Dan Yang Menyakitkan Mata

Assalamu alaikum w.b.t. Salam Ramadhan semua saudara Muslimku. Sudah tiga hari saya abaikan blog. Hilang mood bila berlaku kejutan dengan berita beberapa kematian. Walau apa pun semua kejadian yang berlaku adalah kehendak Allah dan semuanya tertakluk kepada takdirNya.

Kita sebagai hamba semestinya redha dengan ketentuanya.

Belum pun reda perasaan dengan kematian Fluffy pada 8 Ogos 2010, satu berita yang mengejutkan pula menyusul dengan kemalangan yang menimpa salah seorang sahabat rapat saya Tuan Haji Ali Hussein Abd. Ghani, PPD Cameron Highland pada 11 Ogos 2010.

Beliau bersama Isterinya kemalangan kereta di Jalan Cameron Highland-Sungai Koyan di dalam perjalanan ke Kuantan untuk menghadiri satu mesyuarat. Di dalam kemalangan itu Isteri beliau Puan Hajjah Nishah Ismail yang juga seorang Pengetua kembali ke Rahmatullah. Beliau dan Keluarganya adalah semacam keluarga kepada kami.

Dan semalam pula Kakak Ipar kepada Kakak Ipar sulung saya yang saya bahasakan Kak Mah pula meninggal dunia. Beliau alami sakit yang agak berpanjangan tetapi bukanlah di dalam kategori yang teruk sangat. Namun apakan daya Allah memanggilnya jua di dalam bulan yang mulia ini, Ramadhan Almubarak yang penuh barakah.

Innalillahi wainna ilaihirajiuun!

Dan di bawah ini adalah sesuatu yang juga yang mencuit mata dan perasaan.

Hidangan MPKB-BRI pada bulan Ramadhan untuk penduduk di sekitar
Taman Desa Telipot.

Satu persoalan timbul- Adakah Penduduk juga bersalah kerana
membuang sebarang benda yang tidak terpakai tanpa mengira tempat?



Rasanya sudah lima hari sampah ini tidak diangkut

Satu longgokan yang banyak dan panjang berhampiran Perkuburan Islam.


2 comments:

  1. Nadia Abdullah

    Terima kasih Nadia. Allah tentukan segala takdirNya.

    Kita sebagai makhluk seharusnya menerima dengan reda segala ketentuannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa