Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 29, 2010

Masalah Otak Melayu

Kata-kata ini adalah dari seorang manusia Melayu yang tahu Agama. Tapi bila masuk politik dah jadi tongong!

Sila katakan yang benar. Salahkah dari segi Agama/Hukum?

Atau hanya salah dari segi Adab?

Manakah yang lebih besar antara Hukum Allah dan Adat Melayu?

Tapi saya nasihatkan jangan tanya Si Anak Yatim Barua 'Tragedy Memali', sebab baginya tentulah Adat lebih besar dari Hukum.

Pada aku manusia-manusia yang menyokong UMNO ni dah Allah gelapkan perut mereka. Mereka gagal mengenal dan menilai antara kepentingan Hak Allah dan Hak Manusia.

Kalau orang lain buat, walau pun tidak salah dari sudut Agama cuma mungkin ada percanggahan dari segi Adab dan Adat, mereka cukup bising dan meraung ke segenap ceruk penjuru alam tetapi yang mereka sendiri buat, bukan setakat bercanggah dengan Adat tetapi berlawanan langsung dengan Hukum dan Hak Allah, mereka boleh diam atau menyokong pula. Memang setaraf manusia Pagan!

Pemimpin Islam Pembangkang Diminta Nasihat Rakan Dalam Pakatan Berhubung Tempat Ibadat

BESUT, 28 Ogos (Bernama) -- Pemimpin Islam dalam pakatan pembangkang diminta menasihati rakan masing-masing terutama dari DAP supaya mematuhi hukum-hukum Islam berhubung penggunaan tempat ibadat seperti masjid dan surau.

"Islam mempunyai batasan tertentu dalam penggunaan rumah ibadatnya supaya ia tidak dicemari dan dipergunakan sewenang-wenangnya hingga menimbulkan rasa tidak puashati kepada orang Islam di negara ini," kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin.

Katanya, tempat ibadat adalah merupakan tempat yang suci dan sepatutnya ia tidak boleh dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum-hukum Islam yang diamalkan oleh penganut Islam di Malaysia.

Justeru, katanya, tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan menyampaikan "tazkirah" di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lalu adalah amat memalukan dan mendukacitakan.

Beliau berkata memang sepatutnya sebagai Ketua Agama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan apa yang berlaku.

Dr Abdullah berkata sepatutnya pemimpin pembangkang yang beragama Islam prihatin terhadap perkara tersebut dengan lebih awal memberikan nasihat kepada rakan bukan Islam mereka berhubung apa yang dibenarkan dan batasan dalam Islam.

Katanya, mengikut peraturan dalam Islam, wanita sepatutnya menutup aurat apabila memasuki sesebuah rumah ibadat seperti masjid ataupun surau.

"Kalaulah nak berucap dan memberi sumbangan tidak semestinya mereka boleh sewenang-wenangnya memasuki ruang solat orang-orang Islam kerana ianya boleh dilakukan di bahagian luar," jelasnya.

Sebelum ini, pada Ogos 2009, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.

3 comments:

  1. Salam tuan,
    Marah sungguh nampak... hihi...

    Dah ditakdirkan Tuhan kot, Dia jadikan golongan Umno untuk kita perbetoi. Mengkalu tidak kita pakai tak dak kerja la kot... haha...

    ReplyDelete
  2. Ajaran islam had-hari yang dr ni amat kenali menyokong pompuan peluk jantan bukan muhrim, tak tutup aurat dan mencarut. Demer juga sokong golongan yang hina nabi Muhammad dan hukum hudud.

    Jangan kaitkan demer ni dengan Melayu. Sebab Yong Melayu, tapi tak macam demer. ameno ni entah bangsa ape. Perangai tak serupe Melayu, Islam jauh sekali.

    ReplyDelete
  3. Sultan pun bukan cerdik mana agama kalau tak ada sapa ustaz atau penasihat agamanya bagitau... Apasal Melayu nak takut (dengar kata) Sultan kalau benda depa buat tu dah betul dah ikut agama Islam? Murka Allah ker murka Sultan kita takut? Suruh laa sapa sapa ustaz atau usatzah Mashitah tu pi ajar Sultan & kerabatnya agama ... pasai orang bukan Islam masuk Masjid pun nak kecoh??? Takkan depa ni tak tau dulu pun Nabi s.a.w. pun benarkan bukan Islam datang & masuk masjid?

    Heran bin ajaib ... bila terusik hal agama yg ada kepentingan politik UMNO, Sultan cepat masuk campur yek?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa