Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 21, 2010

Petang Tadi Hujan Menjadi Penyelamat

Petang tadi menjadi petang yang serba salah. Dua komuniti menjemput untuk Berbuka Puasa.

Komuniti pertama ialah Masjid Annajah yang mana saya juga adalah salah seorang dari Pengasasnya dan diurus oleh Orang-Orang PAS.

Komuniti kedua ialah UMNO. Saya dijemput ke Majlis tazkirah dan Berbuka Puasa di Kediaman Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che' Salleh secara peribadi. Beliau adalah sahabat saya sejak sekian lama.

Akhirnya saya diselamatkan oleh hujan yang lebat. Saya berbuka di rumah bersama keluarga. Adik mula senyum walau pun sebelumnya masam kerana mahukan saya tetap berbuka bersama keluarga.

Biasanya saya akan hadir di majlis mana-mana pun sekiranya dijemput tanpa pertembungan masa dan tarikh. Saya fikir walau pun berbeza kedudukan dan fahaman politik, namun ukhuwah dan jalinan persahabatan perlu di titip dan dijaga.

4 comments:

  1. setuju dgn uncle Din .. tu semangat perpaduan yg sewajarnya ada pada setiap kita ..kekitaan...walau berbeza ideologi, isme, politik, agama & bangsa.

    ReplyDelete
  2. berbeza politik bukannya halangan.. apa pun pendirian politik kita tetap satu agama..

    ReplyDelete
  3. salam

    senyum saya uncle.. benar tu. Walaupun pelbagai warna, kita perlu melihat dengan adanya warna-warni itulah kita akan tau mana warna yang paling cantik pada pandangan kita.. ia bagi kita buat pilihan terbaik.

    ReplyDelete
  4. W'salam Rashid

    Pilihan yang baik selalu bersama kewarasan berfikir. Dok gitu?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa