Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 27, 2010

Binatang Buat Hati Tersentuh

Entah mengapa Arnab-Arnab yang Pak Din dan Adik bela ni selalu mengundang rasa sedih dan terharu.

Petang semalam, siBubble merajuk dengan Adik dan termenung di tepi 'Kubur' Fluffy. Dia termenung merenung 'kubur' dan sekejap toleh memandang pada Adik. Pas tu renung 'kubur' dan pandang adik lagi seolah bertanya "Ke mana perginya kawan saya? Kenapa dia ke sini tak pulang-pulang?".

Tengok pada gelagat itu, saya hampir menitiskan air mata. Betapa setianya binatang pada teman-teman seolah melebihi manusia!

Fluffy kiri dan Bubble kanan
Mereka cukup mesra sepanjang hayat Fluffy bersama kami


Malam ini pula siLulu masih melilau mencari Boboy. Dia menyelongkar tempat Boboy selalu tidur dan lepak di sebalik langsir.

Dia mencakar dan membelek-belek langsir s
mencari Boboy. Bila tak nampak Boboy dia pandang Adik dengan satu renungan seolah satu pertanyaan. Bila Adik buat deak, dia masuk dan selongkar lagi.

Lepas tu dia merayau seluruh bilik tamu dan bilik TV. Bila letih dia makan dan tertidur. Kesian...!

Lulu masih lagi tidak dapat menerima 2 ekor kawan barunya. Bila 2 ekor ahli baru ini dekat Lulu akan marah dan halau mereka.

Boboy kanan dan Lulu kiri.

4 comments:

  1. kadang2 binatang lagi berhati perut dari manusi..
    dalam golongan manusia..ade haiwan..
    tapi dalam golongan haiwan..xde manusia..

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Din,
    semakin berusia semakin mudah hati saya tersentuh...hari ini saya down, sedih sangat...setelah beberapa lama menahan diri dari kemarahan tentang hal membuang bayi, haruan makan anak, drug addict yang membelasah dan membunuh mak bapaknya sendiri, ragut dan rompakan, semalaman air mata saya tumpah kerana melihat gambar seorang anak kecil menjadi mangsa ayah sendiri. Seperti binatang diperlakukan. Terbaring kaku dalam lautan darah. Kepala hampir putus...Betul kata Pak Din, binatang buat hati lebih tersentuh...

    ReplyDelete
  3. W'salam melur

    Entahlah semakin hari semakin parah jadinya. Entah binatang, entah manusia. Sekarang kita keliru antara binatang dan manusia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa