Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 7, 2010

Artis Ooh Artis

Kenapa ye?

Bila disebut artist inilah kehidupan mereka. Rumah tangga dan sosial akan mengundang persepsi yang agak kurang baik.

Bolehkah mereka berusaha merubah pandangan masyarakat terhadap mereka?

Raja Azura adalah salah seorang artist yang aku minat selain Ummi Aida yang mempunyai perwatakan Melayu Tulin. Adakah nasib Ummi Aida pun akan begini akhirnya?

pix_gal0

Raja Azura akui bukan mahu bercerai, hanya ingin perbetul kesilapan

KUALA LUMPUR: "Kami bukan mahu bercerai, sebaliknya kami ingin mencari jalan penyelesaian bagi meleraikan kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak tujuh tahun lalu."

Begitulah luahan hati pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura kepada Berita Harian semalam, yang sekali gus menjawab spekulasi berhubung pergolakan rumah tangganya yang menjadi tumpuan ramai sejak awal minggu ini.

“Saya akui memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selangor, Selasa lalu, bagaimanapun kes kami dibicarakan secara tertutup. Bukan niat menutup sengketa yang berlaku, tetapi saya menghormati suami, Adzmin Tan Sri Osman dan perlu menjaga hati keluarga kedua-dua pihak. Apa yang terjadi, biarlah menjadi rahsia saya dan suami.

“Keputusan membawa permasalahan yang dihadapi ke mahkamah dilakukan atas persetujuan bersama. Sebelum ini, saya pernah minta nasihat keluarga dan orang kuat agama, tetapi nampaknya ia tidak mampu merungkai pergolakan yang dihadapi. Saya tekad, mahkamah dan penghakiman adalah jalan terbaik.

“Saya terlalu sayangkan suami dan rumah tangga yang dibina sembilan tahun lalu. Malah tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 7, Megat Luqman Hakim, 6, dan Puteri Mia Maizura, 4, masih kecil dan memerlukan perhatian kami sebagai ibu bapa. Apa yang diharapkan adalah jalan perdamai-an dan kata sepakat, bukannya bercerai-berai. Hubungan saya dan suami baik dan kami masih tinggal sebumbung.

“Malah, kami masih sempat membawa anak-anak bercuti ke Port Dickson, Negeri Sembilan tiga hari sebelum ke mahkamah. Suami seorang yang baik, tidak banyak cakap dan lembut tutur kata. Apa yang saya lakukan bukan mengikut kata hati, tapi saya bertindak atas kewarasan dan kematangan fikiran. Niat saya mahu memperbetulkan kesilapan, selain menyelamatkan bahtera rumah tangga dari terus karam,” katanya.
Terdahulu, Raja Azura turut menjelaskan spekulasi berhubung pergeseran rumah tangganya dalam sidang media yang berlangsung di pejabat AMP Radio, Astro, Bukit Jalil, di sini, pagi semalam. Kelihatan ceria, Kak Engku mohon maaf sekiranya tidak dapat menjawab panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) wartawan.

Katanya, dia bukan melarikan diri sebaliknya menunggu masa yang sesuai untuk memberi penjelasan berhubung masalah yang dihadapi. Malah dirinya bercuti selama dua hari disebabkan anak bongsunya, Puteri Mia Maizura demam, bukan mengelak mahu bertemu wartawan.

“Saya minta maaf, saya bukan melarikan diri di mahkamah tempoh hari, tetapi ketika itu, saya belum bersedia. Saya percaya apabila banyak bercakap, akan banyak buat silap dan memburukkan lagi keadaan. Saya bersyukur mendapat kekuatan dari suami, ibu bapa dan keluarga untuk berdepan dengan wartawan. Malah sebelum melangkah ke sidang media ini, suami sempat menghubungi dan memberi kata semangat kepada saya.

“Apa yang saya harapkan, kami dapat memperbetulkan jalan raya yang berlubang. Bagi saya, suami adalah kontraktornya dan dia bertanggungjawab memperbaikinya. Anak-anak, keluarga dan keluarga mentua adalah kekuatan saya, mereka sering memberi pandangan positif dalam meleraikan kekusutan yang dihadapi,” katanya.

Sumber BH

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa