Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 25, 2015

Adakah GHB terbuka untuk kompromi?

Dalam fikiran orang bukan Islam- adakah GHB terbuka untuk kompromi?
07:30PM Jul 24 2015
oleh Lee Yuk Peng

KOMEN:  Dengan keluarnya pengasas bersama kelab penyokong PAS Hu Pang Chaw dari parti menandakan tertutupnya sudah jambatan antara orang Cina bukan Islam dengan PAS.
Melalui akaun Facebooknya, Hu mengumumkan yang dia sudah hilang percaya kepada parti Islam itu kerana parti sudah tersasar daripada perjuangannya.
Hu membantu PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk orang bukan Islam pada tahun 2004.
Dewan itu dinaik taraf menjadi sayap ke empat PAS pada tahun 2010 membenarkan ahli-ahli bukan Islamnya untuk bertanding dinaungi bendera PAS.
Hu merupakan calon bukan Islam pertama PAS dalam pilihanraya umum 2013 di mana dia bertanding dan tewas kepada Wee Ka Siong untuk kerusi parlimen Ayer Hitam  di Johor.
Pada Mei 2014, presiden PAS Hadi Awang menggugurkan PAS sebagai pengerusi DHPP tanpa memaklumkannya, menggantikan dia dengan timbalan sayap N Balasubramaniam.
Dalam catatan Facebook berjudul “Selamat tinggal kekasih. Kita tidak akan bertemu lagi” pada 17 Julai, Hu, seorang guru, menyifatkan pemergiannya dari dewan seperti “air sungai yang mengalir tidak akan kembali lagi”.
Melalui kerja dan sumbangannya sejak bertahun lamanya, Hu berjaya memenangi sokongan bukan Islam kepada PAS.
Bagaimanapun, di laporkan juga yang dia merupakan antara penentang kuat agenda Hudud PAS.
Pengarah pilihanraya PAS Mustafa Ali bagaimanapun berkata yang parti itu akan meletakkan lebih ramai calon bukan Islam dari DHPP dalam pilihanraya umum akan datang untuk meraih sokongan daripada semua kaum.
Mustafa mendakwa DHPP mempunyai 18,000 ahli dan kerana itu, mencari calon pilihanraya yang sesuai tidak akan menjadi masalah.
Kerjasama sebelum ini antara PAS dan DAP di bawah bendera Pakatan Rakyat menyaksikan kedua-dua parti menang di kawasan pendalaman dan bandar.
Dengan kekuatan DAP di kawasan bandar dan kekuatan PAS di kawasan luar bandar, kerjasama yang dilakukan kedua parti membuka jalan kepada penaklukan kawasan yang menjadi kubu kuat masing-masing dalam pilihanraya umum 2008 dan 2013.
Bagaimanapun, kedegilan PAS untuk melaksanakan Hudud menyaksikan kehilangan banyak sokongan daripada komuniti Cina yang selama ini diberikan kepada PAS.
Orang Cina takut dengan kewujudan negara Islam dan undang-undang hudud, walaupun PAS memberikan jaminan yang undang-undang Islam itu hanya terpakai kepada orang Islam.
Ketika orang Cina bersedia memberikan undi kepada PAS di bawah Pakatan Rakyat, ini tidak bermakna mereka menerima pelaksanaan hudud.
Hakikatnya, pendirian teguh PAS dalam pelaksanaan kod jenayah Islam itu telah menguatkan lagi pendirian orang Cina menentang undang-undang tersebut.
Walaupun sudah ada dua cubaan oleh PAS untuk membentang Rang Undang-Undang Peribadi Ahli di Dewan Rakyat untuk memaksa pelaksanaan hudud di Kelantan masih belum menampakkan hasil, kod jenayah Islam ini kekal menjadi topic yang menakutkan dan tidak disukai dalam kalangan orang Cina.
Orang Cina tidak yakin yang pelaksanaan undang-undang hudud kepada orang Islam tidak memberik kesan kepada orang bukan Islam.
Di negara Islam Brunei dimana undang-undang hudud dilaksanakan, restoran Cina terpaksa merayu kepada pihak berkuasa untuk membenarkan mereka beroperasi sepanjang bulan puasa dengan pintu tertutup kerana mereka bukan Islam.
Di Kelantan yang diperintah PAS, restoran dan tempat makan termasuk McDonald dan KFC hanya dibenarkan beroperasi selepas jam tiga petang sewaktu bulan puasa, kecuali restoran Cina.
Hu masih berdiam diri samada dia akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin progresif PAS yang tewas serta dimalukan dalam muktamar PAS baru-baru ini.
Majoriti pemimpin yang disingkirkan ialah wakil rakyat PAS pada peringkat negeri dan persekutuan.
Dengan GHB dijangka meraikan nilai Islam dalam ideologinya, sangat menarik untuk diperhatikan bagaimana parti baru ini mahu mencapai keseimbangan antara nilai  Islam dan komuniti bukan Islam di negara ini.
Kita hanya boleh berharap mereka akan sanggup berkompromi sekiranya tidak mahu menjadi PAS, dengan nama yang berlainan.

2 comments:

  1. GHB dah boleh abaikan PAS...Mereka dalam jalur politik ekstrim agama dan pro ulama su'..Jalur politik anda kesederhanaan dan anti korupsi..apa yang cuba disampaikan pada anda hanya kerisauan yang terbesar kerana takut hilang pengaruh dan jawatan..paling mudah gerak kerja mereka tak tersusun langsung..semua mulut cirit-birit..hudud, baiah, cerai bini, sumpah, DAP cauvinis, komunis..ini bukan gerak kerja PAS ori..ini PAS amno..kembali ke pentas perjuangan dan atur gerak tinggalkan mereka yang menang tapi syahid tanpa kubur..mereka mimpikan syurga dengan ceramah dan hudud..kami mimpikan syurga dengan fakta, ilmu, peduli rakyat...hahaha..

    ReplyDelete
  2. Dalam baiah dah jelas keluar dengan sukarela maka jatuh talak..tapi arahan Presiden PAS pada muktamar yang lalu juga jelas..Kumpulan sekular dan pilihan DAP dihalau keluar daripada PAS..Arahan Presiden telah digazetkan dengan buat parti baru jika tak mahu ikut Presiden..Paksaan keluar PAS telah dibuat secara sedar..Keluar secara terpaksa selepas Presiden berjaya mengechai pimpinan atas dasar tidak dapat ikut arahan Presiden tidak langgar sumpah baiah..secara langsung tidak jatuh talak..Allah membenci talak walaupun halal..usaha mengelakkan lebih diredhai daripada arahan Nik Abduh dan Ahmad Yaakob yang mahu menggegar arasy Allah..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa