Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 23, 2015

Pas boleh terus menjadi kera sumbang dalam politik Malaysia

Pas terdesak perlu "bertakup" dengan Umno
ULASAN PAGI
Pengumuman dibuat oleh Anwar Ibrahim yang akan melancarkan pembentukan Pakatan Baru (Pakatan 2:0) yang melibatkan beberapa Ngo dan juga Gerakan Harapan Baru (GHB) memberi tekanan kepada Pas dibawah pimpinan baru yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang dan memerlukan tindak balas segera.

Sudah pasti pembentukan Pakatan 2:0 itu tidak akan merangkuli sama Pas. Diramalkan pengumuman pembentukan Pakatan 2:0 akan dibuat sebaik selesai pendaftaran parti baru yang diusahakan oleh GHB kini.

Seperti mana dibayangkan oleh Anwar menerusi kenyataan disampaikan menerusi peguamnya, Pakatan 2:0 itu akan menampilkan Ngo seperti Ikram, Abim, Bersih yang akan berkolobrasi dengan PKR dan DAP. Manakalan parti baharu yang sedang diusahakan oleh GHB akan mengganti tempat Pas.

Kata Anwar Pakatan baharu itu bertujuan untuk meneruskan kecemerlangan Pakatan Rakyat sebelum ini yang telah berjaya memberi tekanan kepada UBN sehingga menafikan majoriti dua pertiga di parlimen serta meletakkan kerajaan pimpinan Najib Razak goyah. Pakatan baru juga akan menawarkan politik progresif yang tulen.

Keperluan menubuhkan Pakatan baru itu kata Anwar penting ke arah untuk menyalamatkan negara yang kini teruk tertekan dibawah pimpinan Najib. Isu-isu mengenai 1MDB, kejatuhan nilai ringgit adalah faktor kepentingan dan pendesak Pakatan baru itu.

Apabila tertubuhnya Pakatan 2:0 nanti, sudah pastilah Pas akan kehilangan rakan kerana tidak mungkin parti agama itu akan ikut sama bergabung dengan Pakatan Rakyat. DAP yang menjadi tunggak kedua dalam Pakatan itu bersama GHB sudah pasti tidak bersedia untuk menerima Pas sebagai sekutu Pakatan 2:0 itu.

Disinilah meletakkan Pas dalam keadaan tidak menentu dan perlu bingkas segera. Apakah Pas berhajat untuk bersendirian mencari keredhaan Allah tanpa kemenangan politik? Kalau begitu, perwujudan Pakatan 2:0 itu tidak memberi kesan kepada Pas. Pas boleh terus menjadi kera sumbang dalam politik Malaysia.

Sebaliknya kalau Pas masih memerlukan kemenangan politik, merindui jawatan dan mengimpikan jawatan lebih penting dari apa yang ada sekarang ini, atau pemimpinnya ingin mendapat keuntungan dari "kemerdekaan" cara Umno, dan mengekalkan status quo kedudukan kini, Pas perlu berbuat sesuatu.

Satu langkah yang perlu difikirkan Pas ialah bergerak proaktif bersama Umno bagi menghadapi tentangan Pakatan baru itu. Dalam hal ini Pas boleh "bertakup" (bergabung) dengan Umno. Umno kini merupakan tali hayat kepada Pas. Satu mekanisme perlu dirangka untuk menyatukan Pas dengan Umno.

Mungkin untuk tujuan plan pergabungan yang dilakar Hadi Awang sebelum ini boleh diterima pakai dengan sedikit perkemasan atau tokok tambah dengan cadangan dikemukakan oleh Haron Din.

Pas tidak perlu menunggu lebih lama untuk melaksanakan cita-cita yang terpendam tetapi sudah diketahui umum. Kata orang alang-alang berakwat biarlah hitam.Kelewatan Pas membuat keputusan menyebabkan parti itu kian haru biru. Menlaksanakan agenda ini Pas tidak perlu bersikap malu-malu kucing dengan ahli bawahannya.

Hakikat kena difahami Pas tidak boleh bertanding secara bersendirian dalam pilihan raya umum akan datang. Pas perlu kepada patner politik yang kuat sekiranya parti itu mahu menghantar wakil ke parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Jika Pas bertanding bersendirian, Pas akan mati beragam. Untuk mengekalkan kerajaan Kelantan pun masih belum tentu, jikalu Pas bertanding secara solo.

Pengumuman atau pembentukan Pakaran 2:0 itu dilihat sebagai desakan kepada Pas untuk segera bertakup dengan dengan Umno. [wm.kl.11:54 am 22/07/15]


Kontrak diberikan kepada Anak Kelantan di KL.......untuk penyediaan dana PRU14 untuk Kelantan
Baca: Projek untuk dana pertahankan Kelantan?

1 comment:

  1. PAS pun x ada telor seperti Najib...sebab itulah DAP dengan mudah menendang PAS seperti sebiji bola sesuka hatinya...barangkali di mata DAP...PAS itu hanya bernilai 50 sen sahaja...parti PAS tidak akan kemana2 pun sekiranya tidak bersatu dengan parti2 kafir atau songsang yang lain...bagaimana nak percaya hudud kalau dalaman PAS sendiri bercakaran dengan fahaman Syiah dan Wahabi...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa