Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 27, 2015

Kalau macam ni mampukah Najib bertahan?

Whatsapp Pemuda UMNO Mahu ‘Gulingkan’ Najib Tersebar!!
Monday, July 27, 2015
Para pengguna media sosial Facebook semalam, mendedahkan beberapa imej perbualan menerusi aplikasi WhatsApp dalam komplot yang dikatakan mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Melalui imej perbualan yang didedahkan oleh individu yang mempunyai akses di dalam kumpulan (group) ‘NKPUM SOC MEDIA’ (Kumpulan Media Sosial Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia) itu, menunjukkan sikap kurang senang beberapa Exco Pemuda UMNO Malaysia terhadap pentadbiran Najib yang dikatakan sebagai bermuka-muka.

Kumpulan yang dikatakan diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun itu turut dianggotai oleh Penolong Setiausaha, Ybhg Dato’ Hj Mohamad Saffri Ab Aziz; Exco Pemuda, Tengku Zuhri Tengku Aziz; Exco Pemuda; Ibdillah Ishak; Exco Pemuda, Shahril Hamdan, Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Dax Muhammad.

Menerusi perbualan tersebut Dax dilihat antara yang paling mengkritik Najib yang juga Presiden UMNO.

“Ko tgk mcm mana PM sendiri bermuka-muka 9am lain, 10am lain, 11am lain 1am lain.

“So what, kita enjut je… PM beg chief (merayu pada Khairy Jamaluddin) untuk dapatkan sokongan” ujarnya memetik imej perbualan yang didedahkan itu.

Sementara itu Ibdillah turut dilihat menyokong kenyataan tersebut.

“Dah bro, tapi aku belum mengunakan keseluruhan jentera (siber) untuk menyerang mereka.

“Tak nak dedahkan mereka pada TF dan kumpulan Farid” ujarnya pula.

Selain itu kumpulan tersebut turut mendakwa Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhd Khairun Aseh Che Mat telah mengumpulkan sejumlah 40 orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian untuk menyokong Perdana Menteri.

Ekoran penyebaran imej tersebut, beberapa individu yang dikatakan kumpulan penyokong Najib mendesak Ibdillah untuk tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

Namun Ibdillah dilihat mengambil pendekatan diam tanpa memberikan sebarang jawapan, malah semua status yang dimuatnaik oleh kumpulan penyokong Najib di laman Facebook beliau sejak malam tadi turut dilihat telah dipadamkan.

SuaraTV cuba menghubungi Khairul Azwan, Ibdillah dan Dax bagi mendapatkan pengesahan mereka mengenai imej perbualan tersebut.

Namun semua panggilan yang dibuat tidak berjawab walaupun telah dicuba berkali-kali.

April lalu Khairul Azwan bersama beberapa Exco Pemuda pernah dilaporkan mengadakan satu perjumpaan sulit bersama ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian di Johor bagi menjatuhkan Najib ~ SuaraTV  via ASD

2 comments:

  1. Budak budak muda tu takot pasal Najib mereka takdapat jadi kaya raya bila Najib pencen dah

    Macam mana nak SORU besar besar bila Pakatan jadi gomen

    ReplyDelete
  2. Budak2 hingusan dalam UMNO semuanya memang bercita2 untuk mendapat kekayaan mudah...masuk politik aje, automatik boleh jadi kaya raya...cubalah lihat Khairy menantu Pak Lah...dah berapa banyak dapat wang terpijak...itu belum lagi masuk wang komisyen jualan2 dari syarikat2 kerajaan pada orang luar...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa