Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 26, 2015

Teringin sangat nak jadi 'anjing buruk kepala'?

Memang PAS dah kena demam panas
Belum apa-apa dah meracau dan cari gaduh
Kan dah nampak menggelupur, gelojoh, merapu dan tentunya bercelaru
Semua pemimpin dan awak-awak nak bercakap. Riuh rendah jadinya.
Maka nampaklah tidak seragam dan tidak teratur
Kalau pun bermusuh dengan semua.......
Takpa......UMNO kan ada.......
Memang sudah banyak sok-sek kedengaran di kalangan UMNO yang PAS akan bersama mereka

Putus hubungan jika PKR sertai gabungan baharu, kata PAS
TMI - Published: 26 July 2015 9:09 AM
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan ‎parti baharu iaitu Gerakan Harapan Baru. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Julai, 2015.

PAS sedia menamatkan hubungan dengan PKR sekiranya parti itu bersetuju menyertai DAP dan ‎Gerakan Harapan Baru (GHB) membentuk satu pakatan pembangkang baharu, kata Datuk Dr Haron Din dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia.
Mursyidul am PAS itu dilaporkan berkata, kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR  Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.
"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.
“Kalau mereka hendak menubuhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia.
Haron berkata, pihaknya yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan ‎parti baharu GHB.
Katanya, ini kerana PAS pernah mengalami situasi sana melalui sejarah penubuhan ‎Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).
"‎Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya," katanya.
Anwar dalam kenyataan pada 24 Jun lalu membayangkan penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, PAS tidak akan dilibatkan dalam pakatan baharu tersebut kerana parti Islam itu menjadi punca kematian Pakatan Rakyat. – 26 Julai, 2015.

8 comments:

  1. Bahalol nya PAS tiada tandingan nya

    Sah lah PAS parti politik orang orang kampong yang tidak cerdik lagi papa kedana

    Orang Orang kampong mana ada cerdik tu sebab sokong DUMNO dan PAS sampai hilang 42 Bilion sehingga TOLOL

    Dari Presiden hingga Anak Buah semua nya Otak Chekai

    Gaharu belom pon jadi Parti Politik sudah menang undi.

    ReplyDelete
  2. Pas dah berpatah arang nampaknya.
    Ulamak yg memutuskan hubungan ukhuwah rupanya....

    ReplyDelete
  3. Pas yg perlu 2H ni saja utk hancur...
    Hadi awang dan Harun din.
    Pengikut Pas telah dilembukan dgn janji selagi wala ...akan masuk syurga....

    ReplyDelete
  4. Biarkan 2H mencaturkan hala tuju PAS untuk GHB teruskan agenda anda semua ahli PAS yang tak jadi cai 2H insyaAllah kita akan pasang baner dan gantung lambang baru bila PRU14 tiba nanti sebab sekarang kita sudah nanmpak belang pemimpin yang baru mendapat mandat telah mengelabah badak macam kucing mati anak ,parti baru belum hujung pangkal tubuhnya tapi pucuk pimpinan PAS telah hilang kewibawaan kepimpinan sudah hilang keyakinan dengan tekanan dari GHB itu belum GHB berkempen secara berkesan jika kesemua peringkat GHB turun padang mungkin pemimpin PAS yang baru akan cirit birit dan terpaksa dipakai pampers untuk mengelakkan bertaburan. takbirrrrrrr

    ReplyDelete
  5. biar anjing dan serigala menyalak, kabilah GHB terus maju kahadapan,jangan toleh belakang, maju dan terus maju. inshaallah!

    ReplyDelete
  6. Selama ini PAS tidak pernah berjaya dalam membuat keputusan atau pendirian PAS sendiri mengenai arah tujuan parti...PAS juga gagal untuk berjaya dalam mengukuhkan kedudukan parti mereka...asalnya dahulu kononnya PAS adalah sebuah parti tulin Islam...segala2nya konon mengikut Islam...lama kelamaan PAS mengkafirkan parti2 lain kerana Syiah juga mengkafirkan sesama Islam selain dari fahaman Syiah...kononnya PAS lah parti Islam...pendirian PAS sentiasa berubah2 mengikut musim...caci mencaci adalah modal PAS...sekarang keturunan PAS bagaikan dijangkiti penyakit caci-mencaci...jika dilihat dari segi ekonomi...memang PAS tiada berhasrat untuk membina kemajuan rakyat dinegeri2 bawah pentadbirannya...PAS juga sentiasa mengamalkan sekutu dengan parti2 lain samada parti kafir komunis atau parti songsang kerana PAS sendiri tiada keyakinan dan tidak boleh bergerak sendirian untuk mendapatkan sokongan rakyat...

    ReplyDelete
  7. Baru hadi dan haron terasa kesanya ,GHB belum pun dilahirkan cuma bari di scan aje,mengelupur macam orang hilang bini.mereka berkata tapi tak tahu apa yang mereka kata,mereka keluarkan hukum tapi meraka tak faham apa yang mereka hukum ,biul dah,pening,cuma kesan mereka dengar je nama GHB belum lagi tubuh badan GHB,nanti GHB lahir mahu mereka jadi bisu dan kelu.

    ReplyDelete
  8. yang cakap berlagak dan sombong semua dari geng ustaz yang masuk bertanding kat kawasan Melayu dan tak pernah jadi ADUN @ MP..diorang ni jadi pemimpin memang PAS kekal tak relevan dah. Masa depan PAS sama ada bersendirian @ masuk BN..Dgn pemimpin yang lemah berterabur dan hanya perjuang hudud tp ponteng masa nak bahas usul..PAS akan jadi lauk amno..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa