Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 26, 2015

Bangang sungguh: Nak penjelasan apa lagi?

Malang Rakyat Kelantan ditadbir oleh TMB yang kurang cerdik!

Nak nyatakan pendirian atau letak jawatan apa lagi?
Bukankah Perlembagaan PAS telah termaktub, mana-mana ahli yang menjadi ahli parti yang lain, keahliannya terbatal secara otomatik?
Maka tergugurlah semua jawatan yang dipegang!

Satu lagi, GHB belum pun lagi menjadi sebuah parti dan pendaftaranya entah lulus atau pun tidak dalam masa terdekat
Kenapa kepoh sangat?

Janganlah buat-buat bodoh....malu rakyat Kelantan!
Baca apa yang Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim kata: Ahli PAS mempromosi pembentukan parti lain akan digugur keahlian - Tuan Ibrahim

Pemimpin PAS sertai Harapan Baru perlu tampil nyatakan pendirian – Mohd Amar
PUBLISHED: Jul 25, 2015 09:31pm
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan itu wajar dilakukan bagi mengelak berlaku fitnah dan kekeliruan masyarakat terhadap mereka pada ketika ini. - Foto TRP/Syahirah Roslan

KOTA BHARU, 25 Julai:

Pemimpin PAS yang dikaitkan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) perlu tampil memberi penjelasan mengenai status mereka.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan itu wajar dilakukan bagi mengelak berlaku fitnah dan kekeliruan masyarakat terhadap mereka pada ketika ini.
“Jika berdiam diri akan menimbulkan fitnah dan kekeliruan kepada pengundi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama di sini, hari ini.
Sebelum ini, bekas pemimpin kanan PAS Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata GHB diuar-uar akan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang dan akan ditubuhkan pada 14 Sept depan.
Sementara itu, Mohd Amar berkata mana-mana wakil rakyat PAS yang bertindak menyertai GHB perlu mempunyai sikap bertanggungjawab meskipun mereka tidak perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.
“Dari segi undang-undang memang dia (wakil rakyat PAS) tidak perlu letak jawatan (sebagai wakil rakyat) tetapi dari segi moralnya dia perlu bertanggungjawab,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata lafaz bai’ah yang dilakukan oleh Anggota Parlimen dan ADUN PAS di negeri ini sepatutnya tidak perlu dipertikaikan memandangkan ia dibuat secara sukarela.
“Lafaz bai’ah dibuat semasa zaman tok guru menjadi menteri besar (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) lagi dan perjuangan Islam ini ialah perjuangan yang besar dan kita sepatutnya sayang kepada perjuangan ini.
Sementara itu, Dewan Ulama PAS Selangor hari ini menegaskan wakil rakyat PAS yang mahu menyertai GHB, wajib mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS negeri Selangor, Kamalulhysham Mohd Suhut berkata tindakan itu adalah demi maruah mereka dan perlu bertanding semula atas kekuatan sendiri.
“Semua wakil rakyat yang telah diamanahkan mewakili parti melalui kerusi Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat yang menyertai GHB wajib meletakkan jawatan.
“Demi menjaga maruah diri dan agar tidak terus hidup memakan harta syubhat, mereka yang terlibat perlu meletakkan jawatan dan bertanding semula dengan kekuatan sendiri,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook Dewan Ulama PAS Selangor.
Dalam perkembangan berkaitan, ADUN Tanjung Sepat daripada PAS, Mohd Haslin Hassan menafikan dakwaan yang mengatakan beliau menyertai GHB.
“Saya ingin tegaskan, selagi mana PAS kekal dengan prinsip perjuangan yang termaktub dalam perlembagaannya dan dipimpin oleh kepimpinan ulama, insya-Allah saya akan kekal dalam perjuangan tarbiyyah, dakwah dan siasah PAS ini,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook PAS Selangor. - sumber

15 comments:

  1. kah kah kah!

    ReplyDelete
  2. Doa ulama pewaris Nabi PAS pasca TGNA telah makbul..Perjuangan Islam dan Hudud tanpa sekular, anwarinas, DAP, jebon, wanita yang berhaid-nifas..bersendirian dan ditolak oleh golongan kafirun..malah amno yang sebelom ini menghulur tangan ke arah perpaduan menegakkan Hudud juga senyap..puas rasanya berak dan kencing pada pimpinan Kelantan barangkali..sampai sekarang belum ada tanda TGHH beristinjak dari siraman kencing amno..digalakkan lagi pula golongan ulama muda untuk sedia pertahan najib dengan 4 saksi..

    ReplyDelete
  3. Selepas muktamar ramai sangat dalam PAS ni "Menteri Penerangan" semua orang lain buat tak betul belaka. Sibuk membetul rumah orang lain rumah sendiri sudah nak runtuh tak sedar.

    ReplyDelete
  4. Selepas muktamar ramai sangat dalam PAS ni "Menteri Penerangan" semua orang lain buat tak betul belaka. Sibuk membetul rumah orang lain rumah sendiri sudah nak runtuh tak sedar.

    ReplyDelete
  5. Malang orang melayu dan Islam geng ug jadi peneraju...mari kita analisis... Geng Ghb rela ucap lafaz ..fitnah"..logik.. Siapa rela naik cerai isteri..realiti kkeinginan bantu Islam mendorong mereka melakukannya...pilih kalau naik jadi wakil Islam hang kena cagar isteri.sebenarnya yang arah konsep dibuat hati busuk...yang ulas juga hati busuk..konsep di asas hajjaj yususf yang zalim yang sanggup pecahkan Kaabah untuk bunuh cucu khalifah abu bakar dalam kaabah ,,,anak asma. Imam malik pertahankan bilah yang dipaksa ini tak sah dan disebat hingga patah tulang...inilah pemimpin pas yang diharap jaga rakyat.....jika geng ug jadi menteri mungkin lebih kejam dari UMNO ..malah fakta ada guna ug ucap horey. Ramai jadi janda ..dok kira boleh khawin sampai empat dan berbahagi bekas isteri ran...walaupun mungkinlawak tapi ini membayangkan hati...hati yang busuk dan kejam..dan tuan presiden dan MSU tak halang pun.... Dengan ini bagi sya pas telah hilang satu lagi ciri jamaah Islam ..dan tak layak menerima keistemwwaan satu satunya jamaah Islam.ini belum ada kuasa ..bayangkan yang buat lawak tadi jadi menteri dalam negeri..agaknya sanggup tak ugut siapa tak mahu dipenjara kena cerai bini..segalanya mungkin jika hati busuk dan kejam...setiap kata kata yang terus keluar dari mulut yang bergelar ulama...terus-terusan menunjukkan akhlak mereka..

    ReplyDelete
  6. Ustaz jenis akal singkat.... tapi nafsu besar.

    ReplyDelete
  7. Apa kau merepak ni labu .wahai Nik Tak Amar mamarof.Kalau kau rasa da kuasa dan ada salah laku pada peminpin yang kau singkirkan ,Pecat aje lah keahlianya.ini kau dok meraban tak tentu hala ,orang nany[ti kata kau ni dah mabuk pil kuda ,tahu tak ,eeeeee menyampahnya tenguk muka nya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pecat kuranglah ahli.....tambah yg kuar secara sukarela tak tahu banyak mana pulak....fening fening....

      Delete
  8. Nik rover mula bersuara....ahmad maslan version PAScai.

    ReplyDelete
  9. Kenapa ye pemimpin yang telah terpilih dan menang dengan bergaya dalam muktamar tahunan PAS lagi agong sepatutnya bergembira kerana mendapat sokongan penuh dari perwakilan lagi pun ada ustaz yang menang berkata yang menyokong GHB hanya sepuluh ke dua puluh peratus sahaja dan disokong pula oleh presiden PAS yang sombong dengan meramalkan yang GHB ini hanya boleh bertahan selama 20 tahun saja jika mengikut sejarah perpecahan PAS,maka sepatutnya tiadalah ada sungutan danrungutan dari pehak yang menang agaknya kesemua pemimpin yang terpilih sudah hilang arah hendak mengatur tugas masing-masing sebabnya mantan pemimpin yang kalah tidak mahu menunju jalan arah yang hendak dipimpin,maka mulalah membangkitkan pelbagai alsan kenapa mereka tidak boleh meninggalkan PAS hinggakan sanggup mempertaruhkan isteri dengan mentalakkan mereka yang tidak berdosa ,apakah itu amalan ustaz-ustaz yang bergelar ulama.

    ReplyDelete
  10. Aku rasa Nik Amar boleh gunakan perkhidmatan guaman Nik Hafarizam peguam umno tu. Mcm surat yg Hafarizam anta kat WSJ. Tolong compom dan jelaskan apakah yg telah awak lakukan yg boleh buat anakguam sy saman awak. Jangan lupa
    sertakan dokumen2 yg boleh kami jadikan affidavit
    untuk saman awak kalau tidak kami sukar nak saman. Sy bagi tempoh 14 hari kalau tidak sy saman.

    ReplyDelete
  11. ni la geng buang husam di kelantan. licik.

    ReplyDelete
  12. KEBODOHAN YANG MELAMPAU TMB SEKOR NI. OTAKNYA DILETAKKAN DI KEPALA LUTUT DAN SIKU. SELAYAKNYA DIA MENJADI PENJUAL AIR JAMPI. PERANGAI MENTALQINKAN ORANG TAK HABIS HABIS DENGAN AYAT QURAN YANG MENURUT KEMAHUAN MEREKA. PENANG APA CERITA TMB WOIII. DAH LAH TAK RETI MRNGURUSKAN BENCANA BANJIR SIBUK NAK MENGAJAR ORANG LAIN. AKU HANYA BOLEH TERIMA AJARAN ALIF BA TA DIA AJE. YANG LAIN KALAU DITERIMA JUGAK ALAMATNYA JADI BODOHLAH AKU MACAM DIA

    ReplyDelete
  13. Sudah jadi Zaman DATOK DATO sudah di kuasai Orang Orang "OTAK TIDAK CERDIK AKA BODOH"

    Nanti Mat Rempit pon dapat DATOK dan DATOK SERI

    Bahalol SAJA

    ReplyDelete
  14. Ternyata bahawa GHB dalam PAS adalah pengikut2 fahaman Syiah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa