Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 25, 2015

Lagi mamat ni dibidas..........

Selesai masalah kawasan sebelum pertahan bos, pemimpin Sabah beritahu Rahman Dahlan
TMI - Published: 25 July 2015 4:46 PM
Naib Pengerusi PKR Sabah, Mustapha Sakmud berkata ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan masih belum menyelesaikan isu asas seperti sekolah usang, jalan raya yang teruk dan kesesakan lalu lintas di kawasan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.

Datuk Abdul Rahman Dahlan seharusnya menyibukkan dirinya dengan masalah yang dihadapi pengundinya di Kota Belud, bukannya mempertahankan "bosnya yang berdepan skandal", kata seorang pemimpin PKR Sabah hari ini.
Naib pengerusi PKR Sabah dan ketua bahagian Kota Belud, Mustapha Sakmud berkata, Rahman masih belum menyelesaikan isu asas seperti sekolah usang, jalan raya yang teruk dan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.
Tetapi, beliau bukannya mengambil langkah menangani masalah ini, sebaliknya menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu terlalu sibuk dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Mustapha.
"Sebagai seorang pemimpin dan pengundi di Kota Belud, saya menggesa Rahman sebagai ahli Parlimen kami menghabiskan lebih banyak masa dan berfikir untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan yang dihadapi pengundinya, daripada terlalu asyik mempertahankan bos beliau yang berdepan skandal.
"Terdapat terlalu banyak masalah di kawasan besar seperti Kota Belud. Masalah yang tidak ada kesudahannya seperti lembu sesat di tengah bandar, setiap hari, masih belum diselesaikan oleh Rahman yang ironinya, merupakan menteri yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan bandar."
Beliau memberitahu Rahman, pelajar di sebuah sekolah di Kampung Pengkalan Abai, hanya satu kilometer dari jalan utama, belajar di sebuah astaka.
Mustapha berkata, jika Rahman terlalu terperangkap dengan tugas beliau sebagai ketua komunikasi strategik Barisan Nasional (BN), dia harus meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kota Belud.
Beliau menggesa menteri itu menyerahkan kepada pihak berkuasa dan media untuk menyiasat 1MDB.
Mustapha juga mengutuk penggantungan lesen The Edge oleh Kementerian Dalam Negeri kerana liputannya mengenai 1MDB, sambil berkata langkah itu menunjukkan laporan mingguan perniagaan itu benar dan media itu merupakan ancaman kepada golongan pemerintah yang elit.
"Kebebasan media dan akses kepada maklumat adalah salah satu tunjang mencapai status negara maju menjelang 2020, yang hanya lima tahun lagi.
"BN yang diterajui BN ini cenderung memusnahkan Wawasan 2020 Dr Mahathir Mohamad, mengabaikan kebajikan dan perpaduan rakyat sepanjang proses itu," kata Mustapha.
Rahman selama ini aktif bersuara menentang pengkritik 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui akaun Twitter beliau, @mpkotabelud.
Beliau juga menuduh ahli politik pembangkang bekerjasama dengan laman web pemberi maklumat Sarawak Report untuk memalsukan dokumen yang membawa kepada pendedahan demi pendedahan mengenai 1MDB. – 25 Julai, 2015.

2 comments:

  1. Kalau dapat share se coit dari 4 2 BILION ber baloi jugak kalau di bidas kutuk bodoh hina oleh Rakyat

    Share se coit 1 BILION boleh buat KUBOR EMAS tak lapok di gigit ULAR TANAH dan CACING lah....

    Boleh tanam dalam BATU GUNUNG KINABALU sekali....

    Rakyat saja yang rugi

    ReplyDelete
  2. mana ada duit nak sediakan semua tu...
    janji aje bole la..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa