Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 25, 2015

Senario ini akan menjadikan Mamat ni kempunan lagi?

Bimbangkan rakyat?
Bimbangkan Azmin?
Atau kecewa kerana cita-cita menjadi MB tidak akan kesampaian?

Penyertaan Adun PAS ke GHB kukuhkan kedudukan DAP di Selangor, kata Noh Omar 
TMI - Published: 25 July 2015 7:19 PM
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana parti GHB lebih pro kepada DAP, sekali gus akan memberi kesan kepada kedudukan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.

Tindakan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada PAS yang mahu menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) dilihat bakal mengukuhkan kedudukan DAP dalam kerajaan negeri Selangor.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana parti GHB lebih pro kepada DAP, sekali gus akan memberi kesan kepada kedudukan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dilaporkan, 2 Adun PAS di Selangor iaitu Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib serta Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud akan menyertai parti baharu GHB itu.
Ketika ini PAS memiliki 15 kerusi DUN, DAP (15), PKR (13), manakala Barisan Nasional 12 dan Bebas (1).
"Apa yang kita lihat, Pakatan Rakyat pun tiada pendirian sendiri. Apa jua keputusan kena rujuk pada DAP kerana kalau DAP tak sokong, mereka akan kurang sokongan.
"Sama juga berlaku di Selangor. DAP majoriti dan PAS pula masih bergolak maka diramalkan Azmin akan mentadbir kerajaan negeri secara proksi," katanya kepada pemberita di Tanjung Karang hari ini.
Noh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penubuhan GHB dan pergolakan PAS dalam memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan Selangor.
Terdahulu, Noh menyampaikan sumbangan kelengkapan haji kepada 68 bakal jemaah dan wang tunai kepada 120 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi bagi peringkat Parlimen Tanjung Karang.
Kata Noh, tidak mustahil sekiranya DAP akan meminta jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran Selangor pada masa depan.
Semalam, Adun Morib menegaskan bahawa Adun daripada PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), tidak perlu mengosongkan kerusi DUN.
Beliau berpendapat PAS tidak sepatutnya membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP sedangkan gabungan bersama dalam pakatan pembangkang yang menjadikan Pakatan Rakyat mampu menawan Selangor.  – Bernama, 25 Julai, 2015.

1 comment:

  1. Walau rkonomi tak baik akibat kes 1MDB , business udang masih bagus sebab rakyat makan udang tiap tiap hari walau ada GST pon.

    Noh Udang boleh jadi lagi kaya kalau business jual negeri selangor....

    Kepala Otak !!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa