Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 29, 2015

Statements Muhyiddin sejurus selepas dipecat

KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
27 Julai 2015

3 comments:

  1. dengan wang kamu naik dengan wang juga kamu akan digugurkan.

    ReplyDelete
  2. Lumrah dalam kehidupan...biasanya perbuatan yang baik lagi benar sentiasa di balas dengan kejahatan yang terselindung...apalagi dalam politik kotor yang memalukan...semua orang tahu sebab2 kenapa TPM Muhyiddin digugurkan dari kabinet kerajaan...di sini nampak jelas akan konspirasi jahat Najib demi untuk menutup kesalahan2nya...dan juga memberi 'amaran' bahawa kuasa adalah raja atau power is king di dalam tangannya...sebagaimana kata Najib, cash is king...begitulah power is king bagi Najib...tiada sesiapa berani menentang Najib...

    ReplyDelete
  3. Rosmah singa sepatutnya layak diberi jawatan sebagai PM...sebab dimana2 Najib pergi, disitulah adanya Rosmah...kelihatannya Rosmah lebih ingin berkuasa dari Najib...sebab segala pinta Rosmah, sentiasa mendapat sokongan Najib walaupun mencuri harta rakyat...x hairanlah kalau harta kerajaan/rakyat digunakan oleh Rosmah dengan sebaik2nya...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa