Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 26, 2015

Simuflis pun dikerah membantu!

Memilih si muflis untuk keluar daripada kesulitan?
06:30PM Jul 25 2015
oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG: Jika anda ada membaca berita akhir-akhir ini, anda mungkin kenal dengan banyak karakter yang menghiasi tajuk-tajuk utama.
Tokoh-tokoh ini diangkat sebagai wira oleh kerajaan pimpinan BN dan penyokongnya, manakala mereka di pihak pembangkang, dan juga sesiapa yang mempunyai keupayaan berfikir dengan baik, melihat mereka seperti diri mereka - cubaan terdesak untuk wang dan perhatian dan juga kesanggupan mereka turun begitu rendah untuk mendapatkannya.
Tiga karakter yang mendapat liputan berita hari ini adalah - bekas wartawan Lester Melanyi, K Ramesh Rao, yang memimpin NGO yang tidak jelas, dan bekas ahli DAP Tony Tan.
Ramesh dan Melanyi baru-baru ini membuat satu cubaan kelakar untuk menjatuhkan laman pemberi maklumat Sarawak Report, manakala Tan telah mencabar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua untuk “berlaku jujur” mengenai dakwaan wang RM3 juta yang disimpan dalam akaun luar negara di bawah nama isterinya.
Berikut adalah perubahan plot - ketiga-tiga lelaki ini telah muflis.
Tidak, bukan bankrap secara moral atau kekurangan idea, tetapi mereka telah diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Adakah BN dan Umno benar-benar terdesak untuk mempertahankan diri daripada serangan 1MDB sehinggakan mereka mengambil jalan keluar dengan mengambil mereka yang terdesak membantu?
Sesetengah pihak berpandangan hakikat bahawa mereka ini muflis tidak mempunyai kaitan dengan apa yang didedahkan mereka, tetapi kepada yang lain, ianya penting sekali.
Sebagai contoh, ia membantu kita mencipta satu motif. Lelaki-lelaki ini secara kewangan telah jatuh miskin dan memerlukan apa saja pertolongan yang mereka boleh dapatkan untuk mengeluarkan diri mereka daripada kesengsaraan yang dihadapi.
Kemudian datang satu “pertolongan” dalam bentuk menawarkan jumlah wang yang banyak sebagai balasan mereka ke khalayak umum dengan satu pendedahan yang “menggegar dunia”.
Ini bukanlah sebarang andaian ataupun tuduhan.
Melanyi sendiri telahpun mengakui yang beliau telah menerima sejumlah bayaran sebelum “pendedahan” beliau.
Dan juga, tiada apa yang mereka takutkan untuk buat apa yang mereka lakukan. Mereka tidak boleh disaman fitnah kerna mereka telah muflis.
Ia mungkin boleh dimaafkan jika pendedahan mereka tidak berasas, tetapi pendedahan Ramesh dan Melanyi ke atas SR telah memakan diri mereka dan BN - terima kasih kepada kecuaian mereka dalam memasukkan gambar yang salah seorang warga British yang didakwa membantu SR untuk memalsukan dokumen berkaitan 1MDB.
Kredibiliti Melanyi telah dipersoalkan sejak hari pertama beliau muncul.
Teresa KokTeresa Kok
Ramai orang yang pernah bekerja dengan beliau telah secara terbuka bersuara menentang pemilihan orang yang memainkan watak “wira” oleh BN.
Buat Ramesh, beliau dinafikan hak mengepalai NGO - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, selepas berita kemuflisan beliau tersebar.
Beliau menegaskan yang beliau hanyalah ahli jawatankuasa, walaupun semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menunjukkan sebaliknya.
Tan, seorang bekas sukarelawan di pejabat Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (DAP), telah mendapat liputan berita untuk sesuatu masa, dalam beberapa cubaan beliau untuk memburukkan pembangkang.
Sebagai balasan, Kok dan rakan sekerjanya telah menyangkal dakwaan mencurigakan Tan.
Mereka inilah yang cuba digambarkan oleh pahlawan kekunci BN sebagai wira!
Seperti kata mereka, situasi mendesak membuatkan langkah terdesak, bukan?
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

1 comment:

  1. Bagai di zaman batu pula di buat nya pemikiran kerajaan Mat Bahalol

    Memalukan bangsa melayu saja dan hina di pandang kaum lain serata dunia

    Bila dapat kuasa tidak tahu pula ber fikir waras sehingga si gila pun di jadi kan panduan untuk terus aniaya Rakyat


    Yng di belanja nya pulak duit Rakyat tuk aniaya Rakyat

    Lagi sedih Pak Mufti Agamawan hanya senyap sekongkol dengan kerja lahanat

    Sedih nya orang Melayu semua tu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa