Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 22, 2015

Apa yang mereka siasat?

Apa yang disiasat oleh Pasukan Gerak Khas?
10:30AM Jul 21 2015
oleh Ahmad Mustapha Hassan

SUARA LANTANG: Masih belum jelas apakah yang diamanahkan kepada pasukan gerak khas untuk disiasat. Daripada apa yang telah dialporkan, nampaknya pasukan gerak khas tersebut akan menyiasat Wall Street Journal tentang laporan beritanya mengenai berbilion ringgit yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.
Ketua Polis Negara berkata yang WSJ akan disiasat kerana mendedahkan maklumat bank. Pendedahan ini menurutnya boleh memberi kesan kepada ekonomi Malaysia dan akhirnya menyebabkan ‘sabotaj ekonomi’.
WSJ telah melaporkan bahawa penyiasat kerajaan menemui jejak wang berjumlah US$700 juta yang bergerak di antara agensi kerajaan, bank dan syarikat sebelum ia dipindahkan ke dalam akaun perdana menteri.
Tetapi WSJ berpegang teguh kepada laporannya.
Dow Jones,  penerbit akhbar itu, berpegang teguh kepada laporan dengan berkata “ Kami berdiri teguh dibelakang laporan yang adil dan tepat melibatkan kisah yang masih berlaku ini.”
Dalam apa juga keadaan, satu tugas sukar untuk pasukan gerak khas untuk meminta surat khabar tersebut mendedahkan sumber mereka tentang perkara tersebut. Laporan berita media mempunyai etika tidak tertulis untuk tidak mendedahkan sumber maklumat mereka.
Pasukan gerak khas itu tidak akan menyiasat mereka yang didakwa terlibat berdasarkan laporan tersebut kerana pasukan itu sudah menyatakan bahawa akaun perdana menteri tidak dibekukan kerana ia sudahpun ditutup, satu pada 2013 dan satu lagi pada bulan Mac 2015.
Maka mungkin, mereka mahu menyiasat siapa yang membekalkan maklumat terperinci itu kepada suratkhabar tersebut.  Mereka sudah melawat beberapa syarikat yang dilaporkan menyalurkan wang tersebut ke dalam akaun bank PM.
Mereka juga telah menyerbu syarikat utama 1MDB, dan merampas pelbagai jenis dokumen.
Mereka juga telah membekukan enam akaun bank dan semuanya bukan kepunyaan Najib.
Pasukan gerak khas itu, mengikut Najib, adalah untuk menentukan samada wang telah dimasukkan ke dalam akaunnya.
Dia telah berkata, “Siasatan oleh pasukan gerak khas ialah untuk menentukan samada dakwaan WSJ bahawa saya mengambil dana 1MDB untuk kepentingan peribadi saya berasas atau tidak.”
Dalam kata lain, dia sebenarnya mengakui sebenarnya duit itu memang masuk ke dalam akaunya. Kebimbangan ialah samada ianya digunakan untuk kepentingan peribadi.
Peguam Negara Gani Patail menyatakan yang matlamat penubuhan pasukan gerak khas rentas agensi ialah untuk menyiasat perkara tersebut bagi memastikan tidak wujud salah guna mekanisma siasatan.
Pasukan gerak khas terdiri daripada Gani, KPN Khalid Abu Bakar, Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed tidak diberikan apa-apa tujuan khusus siasatan tersebut.
Menurut Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein, yang merupakan sepupu Najib, ianya untuk menyiasat dakwaan berita tersebut dan ianya bermaksud menyiasat perdana menteri juga kerana ia merupakan fokus utama laporan berita itu.
Apa yang kita ada ketika ini ialah, pertama siasatan WSJ, kedua samada Najib menggunakan wang yang dipindahkan itu untuk kegunaan peribadi, dan tiga sasaran laporan itu sendiri yang membuat dakwaan berat tentang Najib menerima jumlah dana yang sangat besar.
Tiada had masa bilakah Pasukan Gerak Khas akan mengeluarkan laporan akan diberikan kepada kerajaan atau rakyat. Semua peristiwa ini melibatkan wang awam, dan rakyat berhak mengetahui semuanya.
Ia juga masih tidak jelas siapakan yang mencetuskan pembentukan pasukan gerak khas dan kemungkinan yang Peguam Negara sendiri yang mencetuskannya walaupun kelihatan tidak masuk akal untuk memasukkan Gabenor Bank Negara sebagai ahli pasukan gerak khas ini kerana pihak tersebut terlibat secara langsung dalam kekecohan ini.
Terdapat tanggapan yang pasukan gerak khas itu mungkin ditugaskan untuk membersihkan nama PM daripada segala tuduhan.
Maka kerana itu rakyat tidak boleh meletakkan banyak harapan kepada hasil siasatan pasukan ini.
Kebenaran mungkin tidak akan timbul.
Ahmad Mustapha Hassan ialah mantan setiausaha media perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein dan merupakan penulis buku, “The Unmasking of Malaysia”.

5 comments:

  1. Siasat cerita lucah dan fitnah lagi bagus .

    ReplyDelete
  2. Saja nak buat hu ha hu ha saja

    Nak penuh kan surat khabar nak tipu orang orang Melayu kampong ler

    Bebudak gomen semua tu biasa lah gaya saja hu ha hu ha walhal satu dunia tahu malas dan mat kampau saja

    Kepala Otak !!!!!

    ReplyDelete
  3. Kahkahkahkhakkkttuuii

    ReplyDelete
  4. diterima akaun sudah ditutup .......TETAPI DUIT DALAM AKAUN ITU PERGI KE MANA .....??????? .......naik ke Luh Mahfuz ke...???????????????

    ReplyDelete
  5. Program mensucikan Najib belum selesai........
    Betul tak tuang-tuang guru !!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa