Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 28, 2015

Bai'ah PAS Kelantan dikhianati Hadi - 2

Suluh Kebenaran : Siri 2

Baiah Pas Kelantan di Khianati Hj Hadi

Menyelami peri pentingnya baiah dan aku janji dalam islam, seharusnya mereka yang mempunyai sikap dan watak flip- flop seperti Presiden Pas hari ini tidak layak untuk menjadi wali atau saksi dalam isu sepenting ini. Ini kerana sikap dan watak yang dijelmakan oleh beliau sebaik sahaja Almarhum TGNA meninggalkan kita semua amat bertentangan dengan roh pejuangan Pas itu sendiri.

Umpamanya dalam isu pemilihan calon jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menguasai PRU umum yang lalu, Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk mencalonkan DS Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal Perdana Menteri. Tetapi persetujuan ini, dikhianati Hj Hadi apabila di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat beliau telah mencadangkan dan berkehendakan Yb Mulia Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno menjadi Perdana Menteri.  Untuk apakah ini semua. Jika keputusan yang diputuskan dalam majlis Presiden Pakatan Rakyat pun hendak dikhianati oleh beliau, wajarkah beliau masih boleh diperakui sebagai orang yang layak untuk diberi baiah. Bukankah perbuatan tidak menepati janji itu merupakan salah satu ciri-ciri munafik seperti yang Baginda Rasulullah SAW sabdakan. Apakah Hj Hadi tidak pernah menjumpai hadis sebegini di dalam lewat kehidupan beliau. Naifnya Hj Hadi.

Adalah menjadi perbualan ramai pemerhati politik di tanah air ini, setelah isu baiah mula meniti di bibir rakyat marhean terbanyak. Masih perlukah setiap ahli dan mereka yang berbaiah untuk setia di dalam perjuangan Pas menjadikan Hj Hadi sebagai Wali yang aulia. Berdasarkan sirah kehidupan Hj Hadi yang sering menggadai dan mengkhianati janji dengan Pakatan Rakyat atau di baca secara mendalam sebagai rakyat terbanyak, beliau bukanlah seorang yang layak untuk diberi baiah.

Lihat saja lah kes pertembungan calon du tiga dun di Terengganu, Kota Damansara,  Sungai Aceh Pulau Pinang dan Parlimen Labuan yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara Pas, Umno dan Parti Keadilan Rakyat. Telah sahih dan jelas bahawa ke semua Dun dan Parlimen itu akan ditandingi oleh PKR. Namun pada hari penamaan calon, watak salentia beliau semakin jelas dengan meletak calon pilihan sendiri dan memberikan watikah khas sekaligus membatalkan watikah dari SUA Pas sebagaimana lazimnya. Perbuatan-perbuatan sebeginilah menjadikan dirinya yang begelar ulama tetapi hakikatnya pada pakaian diri seperti jubah dan serban atau yang lebih menarik lagi barangkali celana dalam yang dipakainya jugak kelihatan berdebu dan penuh kotaran di mata rakyat.  Pengkhianatan kepada janji ini menyebabkan Pas gagal membentuk Kerajaan di Terengganu dalam PRU yang lalu.  Bayangkan jika nafsu jahat ini tidak dilakukan oleh Hj Hadi sudah tentu, Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan diterajui Pas akan terbentuk di Terengganu.  Malang sungguh kerana pengkhianatan ini telah membuatkan jutaan harapan rakyat Terengganu dan lain-lain tempat terpaksa berputih mata di atas tindakan yang penuh alim dan islamik Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia ini. Pastinya jutaan jiwa berasa hampa dengan tindakan tersebut malah apa yang lebih penting lagi beginikah akhlak mereka yang sepatutnya diberi walak dan baiah.

Dalam konteks isu Kedah, sememangnya telah menjadi sejarah yang cukup tragis dan menyedihkan. Tanyalah pengundi Pas yang mempunyai akal yang matang. Berbicaralah dengan pengundi Pakatan Rakyat yang lain. Sudah tentu rasa kesal ini begitu mendalam dan jika dihempak ke atas kepala Presiden Pas pastinya dosa kerana kealpaan ini tidak sanggup untuk dipikul oleh beliau. Dewan Ulama Pas Kedah sebelum ini telah berulangkali menuntut supaya Almarhum Menteri Besar Kedah di tukar atau diganti. Sikap bodoh sombong dan tidak peka pada percaturan politik menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tumbang seperti Terengganu.  Justeru,  perlukah kita terus meletakan wala pada pemimpin yang gagal membawa harapan parti khususnya mendengar nasihat Dewan Ulama Pas Kedah sebagai wali. Rasanya amat tidak layak sama sekali dan apatah lagi untuk diberi baiah kepada pemimpin sebegini.

Sesungguhnya,  baiah yang dialunkan oleh Hj Hadi tidak lebih dari bahan penyedap rasa. Terlebih digunakan akan menyebabkan tubuh badan mudah dihinggapi penyakit. Oleh itu, jauhilah perasa sebegini kerana pada akhirnya ia akan menjadi racun yang merosakan diri dan organisasi yang dipimpinya..

Wallahuaklam.

Salam Ukhwah,

Dr Mohd Osman Mohamad
Serdang, Selangor

Bersambung....

8 comments:

  1. Seperti Najib yang menghalau timbalannya, kebusukan Hadi menghalau profesional tidak menghilang kebusukan yang melekat pada dirinya.

    ReplyDelete
  2. Saya sangat bersetuju dengan komen Dr.. perbuatan Hadi ternyata telah menyababkan PAS terlepas peluang utk memerintah di Trg dan Kedah. Kemenangan bererti byk kelebihan utk pejuang dan jemaah. Kekalahan bererti merosakkan parti dan kekuatan parti serta amanah yg dipikul dalam memperjuangkan wadah Islam. Perbuatan mengkianati rakan2 adalah contoh yg sangat jelas menampakkan kemunafikan amalan tidak selari dengan ilmu yg dicurahkan. ia merosakkan imej parti dan Islam itu sendiri. Perbuatan fitnah memfitnah ketika pemilihan parti baru2 ini juga telah menonjolkan feel jahat yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang bertaraf Tuan Guru. Saya sangat malu dan kesal.

    ReplyDelete


  3. Rasuah

    Duit duit

    Songlap PROJEK

    Juta2 RATUS2 juta

    Projek tanam pokok Jati

    Projek tanah south BANGSAR park

    Silap2 projek swasta AIR & LYNAS juga trlibat

    Projek PROXY Pransang BALAK komisyen dll

    Demi RASUAH sggup buat FITNAH

    Jd budak2 BODOH politik?

    Jd tolol sbb RASUAH!

    PngKHIANAT!

    ReplyDelete


  4. Rasuah

    Duit duit

    Songlap PROJEK

    Juta2 RATUS2 juta

    Projek tanam pokok Jati

    Projek tanah south BANGSAR park

    Silap2 projek swasta AIR & LYNAS juga trlibat

    Projek PROXY Pransang BALAK komisyen dll

    Demi RASUAH sggup buat FITNAH

    Jd budak2 BODOH politik?

    Jd tolol sbb RASUAH!

    PngKHIANAT!

    ReplyDelete
  5. CUKUP CUKUP LAlH PASAL BAIAH PAS INI

    Bahalol gaya HADI tak akan maju minda orang orang Melayu pon

    ReplyDelete
  6. Hadi kelihatan lebih suka duduk di atas kerusi empuknya sambil besarkan serbannya dan jugak sambil itu beri pandangan2 daripada turun ke padang buat kerja...

    ReplyDelete
  7. Bab2 bai'ah ni ujud sejak masuknya fahaman songsang Syiah dalam kabinet PAS...sebab tu mereka suka bai'ah-membai'ah ni...dulu2 x ada pun bab bai'ah2 ni...

    ReplyDelete
  8. Bab2 bai'ah ni ujud sejak masuknya fahaman songsang Syiah dalam kabinet PAS...sebab tu mereka suka bai'ah-membai'ah ni...dulu2 x ada pun bab bai'ah2 ni...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa