Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 25, 2015

Sibuk tutup kain terselak, terlupa isu rakyat!

Jangan sebut gaji haram, anda yang kecewakan rakyat, kata Mujahid kepada PAS
Published: 25 July 2015 10:02 AM
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pelbagai isu termasuk makan gaji haram sengaja dimainkan pihak tertentu bagi menyerang Gerakan Harapan Baru. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015

Kalau dengan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), ia membuatkan gaji wakil rakyat PAS haram, bagaimana pula dengan gaji mereka yang hanya mendiamkan diri apabila Pakatan Rakyat (PR) tumbang, soal Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu, yang kini pengerusi protem GHB Pulau Pinang, menuduh kepimpinan PAS gagal mengambil berat mengenai rakyat dan gabungan pembangkang.
Beliau bertanya, tidakkah itu bermakna gaji mereka juga haram kerana turut mendapat manfaat daripada sekutu mereka dengan PR sebelum ini.
Mujahid berkata, isu dimainkan bagi menentang GHB, yang dibentuk satu kumpulan serpihan PAS, dan surat khabar arus perdana seperti Utusan Malaysia, digunakan bagi menyerang gerakan baharu itu.
"Sesuatu yang menyedihkan apabila ada orang daripada parti, yang merupakan sebahagian PR, kini menyerang gerakan baharu ini.
"Mereka membuat kenyataan tidak logik, contohnya wakil rakyat yang menyertai GHB makan gaji haram kerana mereka menang pilihan raya atas tiket PAS.
"Saya ingin bertanya mereka, adakah gaji wakil rakyat yang gagal menjaga rakyat dan yang menyerang PR juga haram?
"Saya ingin bertanya, adakah mereka menang pilihan raya kerana PR atau hanya kerana mereka daripada PAS?" soalnya pada rumah terbuka Hari Raya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan GHB di Komtar, Pulau Pinang malam tadi. – 25 Julai, 2015.

10 comments:

  1. Sebelum muktamar bukan main hentam jebon lah, tolol lah,barua lah dan suruh tubuh parti baru lah
    ALIH ALIH bila depa nak tubuh parti baru dah MEROYAN pula Pas ni. Apa benda punya Parti ni. Pas dah jadi Parti Haram Jadah. Tak payah sebok dan meroyan lah pasal GHB tapi terus dgn agenda membantu rakyat la.

    Bodo punya parti.

    ReplyDelete
  2. Sedih dan Sadis..DAP ketawa melihat kejayaannya melaga2kan dan memecahbelahkan PAS...kini PAS/GHB sudah menjadi musuh ketat..biasalah melayu bergaduh sampai tulang hitam...

    ReplyDelete
  3. serupa umno juga....yang haram jadi halal ...yang halal jadi haram....kah..kah..kah.. marah pada nyamuk, kelambu dibakar .....kah..kah..kah...!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Lawak

    Lawak

    Lawak

    PAS ber gaduh se sama PAS ; semua nya tiada nilai ekonomi pon membazir duit cukai Rakyat saja

    Rakyat tak di bantu bangun maju hanya habis bayar gaji elaoun tak kasi anak bini cucu cicit makan.

    Kesian Peniaga Peniaga Cina dan Cina DAP kerja kuat tanggung Rakyat dan Wakil Rakyat saja.

    ReplyDelete
  5. Mujahid tak perlu marah, gunalah duit tu kan duit kau, usah pedulikan halal dan haram dimata masyarakat yang pasti perkara ni terletak pada pandangan kau la Mujahid..kalau kau rasa halal kau peduli apa.

    ReplyDelete
  6. aku undi pas kerana aku benci bn. aku undi pkr krn DSAI tu bekas cikgu aku d yayasan anda.

    ReplyDelete
  7. Masa baik dulu .. kurap ..pun di kata ..TANDA LAHIR .. BILA DAH TAK SUKA .. KELUAR HABIS CERITA DALAM KELAMBU .. Alahaiii.. melayu melayu .. akhirnya .. tanah yang di pijak MILIK ORANG ..

    ReplyDelete
  8. asyik ponteng parlimen hanya kerana benci pada Lim Kit Siang dan anwar, gaji tu halal ke?

    boleh ke i ponteng opis sebb benci kt muka boss tp ambik gaji?

    org bertaraf tenggiling je yg nampak org lain haram, dia je halal

    ReplyDelete
  9. Pas dah hancur....pas tak payah masuk piliharaya lagi....dah tak ada krebiliti lagi .selama ni pas berjaya kerana golongan progressive. Tak sabar hdk jadi ahli GHB.

    ReplyDelete
  10. TITM mula2 pujuk.....tak jalan....pastu ungkit.....tak jalan.....pastu ugut pulak....tak jalan juga...agak2 lepas tu apelah agaknya.......yang pastinya.......kena BARUA lah......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa