Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 21, 2015

"Siapa yang sumbang duit RM2 bilion itu? Tak ada jawapan," - Mahathir

Dr M dakwa duit dalam akaun peribadi untuk p'raya
mk - 7:14PM - 20 Jul 2015

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno diberitahu bahawa wang yang didepositkan ke dalam satu akaun bank peribadi digunakan dalam pilihan raya umum lalu.

"Tidak ada penafian wang itu telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada Umno bahawa ia untuk pilihan raya itu. Umno seolah-olah berpuas hati.
"Tidakkah mereka tahu bahawa duit kerajaan tidak boleh digunakan untuk membantu parti politik menang pilihan raya?" kata Dr Mahathir dalam tulisan dalam blognya hari ini.

"Tetapi duit itu daripada sumbangan. Siapa yang sumbang duit RM2 bilion itu? Tak ada jawapan," katanya lagi.

Walaupun negarawan itu tidak menyatakan akaun mana yang beliau maksudkan, ia dipercayai bahawa kenyataaan itu ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa sejak calon pihak pemerintah masing-masing menerima satu bahagian untuk kempen mereka, Umno tidak mampu untuk memberontak terhadap Najib.

Berikutan itu, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa Najib menggunakan dana 1MDB untuk kempen pilihan raya BN, jika terbukti benar, akan mengesahkan wang firma itu tidak hilang seperti yang dihujahkan oleh musuh.

WSJ mendakwa bahawa dana 1MDB telah mengalir melalui Kumpulan Genting pada 2012 yang menderma RM31 juta kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia yang dikawal oleh Najib.

1 comment:

  1. DUIT RAKYAT DI GUNA UNTUK MENANG PILIHANRAYA TIPU RAKYAT UNTUK ANIAYA RAKYAT

    Kepala Otak !!!!!!!!

    Gaya macam ini semua orang boleh jadi LAHANAT SAMPAI KIOK

    Tak belajar agama Islam ke kechik kechik dulu?????

    Apa jenis manusia ini....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa