Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 21, 2015

Sikeding dah pandai mengugut pulak daah.......

Nik Abduh: YB PAS tak boleh langgar bai'ah
mk - 7:00PM Jul 21

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengingatkan wakil rakyat PAS bahawa mereka tidak boleh melanggar bai'ah (sumpah janji setia) jika berhasrat mahu meninggalkan atau keluar parti.

Katanya, calon atau wakil rakyat tersebut "menerima amanah" daripada parti sebagai wakil rakyat dengan janji setia memegang amanah bersama PAS.
"Bai'ah ini tidak boleh dilanggar. Mereka telah mengambil daripada PAS, bukan memberi kepada PAS.

"Jika mahu langgar, hantar balik apa yang mereka ambil daripada PAS. Selepas itu, urusan mereka adalah dengan Allah," tulis beliau dalam Facebooknya hari ini.

Kenyataan Nik Abduh itu dibuat di kala rancangan kumpulan progresif dalam PAS - sebahagian mereka menjadi wakil rakyat - yang tekad mahu menubuhkan parti baru selepas disingkirkan pada muktamar bulan lalu.

Sehubungan itu, Nik Abduh mencabar wakil rakyat parti itu yang mahu melanggar sumpah itu supaya mencari fatwa yang membenarkan pelanggaran bai'ah itu dilakukan.

"Carilah fatwa dari serata dunia untuk membenarkan perlanggaran bai'ah oleh wakil rakyat PAS dan laksanakan jika berani.. No hal," katanya yang juga anak lelaki Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun Nik Abduh berkata bai'ah ahli PAS kepada parti itu boleh ditarik balik jika mereka mahu keluar parti.

"Ia bermaksud ahli memberi kesetiaan mereka kepada PAS," kata anggota parlimen Pasir Mas itu.

"Bai'ah ini boleh ditarik balik jika ahli itu mahu keluar PAS. Itu hak ahli. Caranya, tanyalah ahli ilmu," katanya lagi. 

5 comments:

  1. Bai'ah tak sah kerana ulamak pakai cai bertentangan dgn doktrin asal Pas! Patut pun kurang bercakap, bodoh rupenya!

    ReplyDelete
  2. Baih parti polotik apa kelas! Baih bangang la jawabnya. Terbukti baiah digunakan untuk menakut2 serta sebagai alat untuk mengikat si jahil terus patuh pada puak @ pihak yang bedebah @ mangkuk hayun! Masuk kongsi gelap pun ada juga baiah tu wei.. kah kah kah..

    ReplyDelete
  3. Ugut la tp GHB pasti terbina jua > Jika Pas kekal dlm Pakatan 1/3 hak Pas dlm pakatan wajar diambil oleh GHB. Ingat GHB akan kuat dengan tongkat dari PKR dan DAP. PAS yg akan lemah dan pilihan kekal dgn PR, Sendiri atau Join Umno. Tiada pilihan melainkan kekal dlm PR kerana sekurang-kurangnya masih ada 2/3 kekuatan. Jika sendiri pasti BUNGKUS jika join Umno pasti pepecahan gelombang kedua pasti berlaku.
    Mereka pun tahu selepas muktamar PAS semakin lemah bukan semakin kuat cumanya secara perlahan lahan.
    KES DI SELANGOR > Jika 2 Adun yg DIBARUA meneyrtai GHB maka 1 post exco Selangor perlu diberi pada GHB, eloknya post Iskandar di beri pada Saari Sungib, DAP mesti desak begitu. Semua jawatan lantikan di Penag dan Selangor kena beri 1/3 hak PAS kepada ahli GHB. Jika ini berlaku apa berani PAS keluar PR, Boleh keluar tapi kena serah semua jawatan lantikan di Penang dan Selangor. Apa ingat mudah mesti tidak sebab Lebai Lebai tu pun suka duit juga suka elaun juga kan. Gerak sendiri pun boleh " kan ke Pas dah KUAT ? ki ki ki ki @ ha ha ha ha

    Kepimpinan Cai cinta Duviddddd

    ReplyDelete
  4. NAK IKUT UNDANG UNDANG ALLAH SWT KENA IKUT SEMUA 100%

    TAK BOLEH LAH IKUT SIKIT SIKIT IKUT KEPALA OTAK SENDIRI

    BAIAH KE TAK BAIAH KE , AMANAH RAKYAT DI PIKUL BUAT 100% DULU

    TAK BOLEH LAH MAKAN GAJI ELAUN BUTA MAIN INTERNET FACEBOOK , WALHAL TANGGUNG JAWAB PADA RAKYAT DI PARLIMEN TAK BUAT

    Kepala Otak !!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. kah kah kah!
    di kota baru, pada malam yang dinanti, sebelum ini aku teruja melihat beberapa orang wakil rakyat PAS yang begitu berani dan bersemangat. Mereka bergandingan dengan gambar yang tertulis secara jelas kawasan yang diwakili.
    namun aku kecewa, bukan sahaja aku datang sebelum maghrib lagi, bahkan berada di saf paling depan. Niat hati aku nak melihat muka-muka pejuang GHB hancur berkecai.
    aku mula menghantar whatsaps kepada rakan-rakan untuk bertanya mengenai ketidak hadiran pejuang-pejuang GHB. Bahkan ada yang hantar mesej untuk dibaca kepada hadirin, tapi tuan ampunya badan tiada dipentas.
    Apa bila seorang rakan aku menjawab dalam whatsaps yang dihantar kepada aku :"mereka tak datang kerana sayangkan bini".
    Aku rasa rakan aku salah taip mesej, mungkin ditaip "sayang" tapi yang sebenarnya "takut bini".
    Lecehlah macam ni, kalau nak berjuang dengan bini pun takut, bagaimana nak lawan musuh.
    Malam tu aku balik hampa ...... sehingga keluar cerita baiah .....
    minggu depan aku yakin 100%. .... " saya tidak tahu gambar saya dimasukkan dalam iklan GHB, saya tidak terlibat dan tak akan terlibat mengkhianati parti"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa