Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 21, 2015

Mereka tangkap sape ni?

Kalau ikutkan The Star beliau adalah pengarah............tapi siapkah dia?

Seorang pengarah di syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah, yang ditangkap pasukan petugas khas yang menyiasat dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ditahan reman 4 hari oleh mahkamah majistret Putrajaya, lapor The Star Online. via themalaysianinsider

Lelaki berkaitan siasatan 1MDB direman
mk - 11:00AM - 21 Jul 2015
Seorang lelaki ditangkap anggota pasukan khas yang menyiasat skandal 1MDB semalam dan direman di Putrajaya hari ini.

Lelaki tersebut yang berusia 39 tahun dipercayai ditangkap pihak berkuasa di lapangan terbang.

Dia diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah - yang diketahui mempunyai kaitan dengan Umno - dan selepas menjalani proses mendapatkan perintah reman, majistret memberi kebenaran supaya dia ditahan selama empat hari untuk membantu siasatan.

Star Online melaporkan Muhammad Shafee memberitahu kes berkenaan membabitkan "kepentingan negara."

Katanya penyiasat memohon lelaki itu - kini terbabit dalam syarikat harta tanah dan pembangunan - direman selama tujuh hari.

Namun, kata Muhammad Shafee, majistret hanya memberi kebenaran selama empat hari.

Pasukan petugas khas yang sedang menyiasat skandal kewangan membabitkan agensi tajaan kerajaan itu dianggotai pegawai dari Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

3 comments:

  1. KAh kah kah.
    Sudah laa oiiiii...kaloo mat pie seko ni terlibat...
    Fhm2 jer laaaaa.baik layan batu seremban.



    ReplyDelete
  2. Ye ye....ye ye...ye ye....sudah dapat kambing hitam...ye ye !!!!!

    ReplyDelete
  3. HOI...KPN BARUA /PENCHAICAI SKRG NIE DUIT 1MBD 42 BILLION DAH HILANG ADA DLM AKAUN NAJIB SKRG NIE REMAN NAJIB. SUMBAT DLM JEL...SUSAH SANGAT KE NK SELESAI KES NIE?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa