Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 10, 2017

Taqiyah Syiah dan nifaq orang politik tidak banyak jauhnya

Dari : DrMAZA

Saya pada awalnya, tidak mahu mengulas isu kehadiran 'orang politik' beramah mesra dengan ayatullah yang sedang meraikan pembunuhan rakyat Syria. Saya anggap itu adalah langkah politik yang selalu berlaku di mana-mana. Malangnya, gambar bersama seorang rabi yahudi saya semasa di Oxford beberapa tahun digunakan untuk serangan peribadi oleh geng parti berkenaan. Padahal saya sepatah pun tidak berkata apa-apa. 

Untuk pengetahuan, saya bukan orang politik. Gambar berkenaan saya ambil semasa menghadiri seminar anjuran Haron Yahya dari Turkey tentang Al-Quran and Science. Rabi itu juga hadir sebagai pembentang. Namanya Rabbi Abrahamson. Dia selalu bela rakyat Palestin dan sekarang dia sedang membela rakyat Syria. Ramai orang Arab ikuti fb beliau. Dia selalu bela nasib umat Islam. Di situ ada sedikit perbezaan dengan Khameini yang membunuh dan menyembelih umat Islam di Syria.

Namun saya katakan, sesiapa yang kritik orang politik ke Iran tak faham style politik sebenarnya.

Apakah yang hendak kita hairan dengan sesetengah ahli politik?! Jika semalam mereka memarahi orang bersalaman dengan Netanyahu kerana membunuh rakyat Palestin, hari ini mereka menghalalkan pemimpin mereka bersalaman mesra dengan pembunuh rakyat Syria.

Apa yang hendak kita pelik?! Tidakkah semalam mereka yang mengkafirkan parti dan pengikut parti tertentu sehingga tidak boleh berimam, tidak boleh makan sembelihan, tidak hadir kenduri, tidak boleh berkahwin dan segalanya. Ketika itu katanya : "kita menentang parti tersebut kerana parti itu dasar kafir dan jahiliah. Masuk ke dalam parti itu ertinya meredhai kekafiran". Akibatnya, solat 2 imam, terputus hubungan silaturahim, berberantakan rumah tangga BAHKAN ada yang mati terkorban bertempur sesama muslim. 

Akibat seruan 'perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan jika kita mati menentang puak-puak ini mati kita adalah mati syahid, mati adalah mati Islam".

Hari ini, setelah segala kerosakan berlaku, lidah yang sama menyebut 'Islam tidak menyuruh kita menumbangkan kerajaan', perpaduan sesama Islam itu lebih penting, 'kita ingin bekerjasama', 'politik matang' dan segalanya.

Dahulu, 'perlembagaan kafir, perlembagaan jahiliah'. Sekarang kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.

Maka, taqiyah Syiah dan nifaq orang politik tidak banyak jauhnya. Hari ini mereka bersalaman mesra dengan pembunuh yang sedang meraikan pembunuhan rakyat Syria. Besok mereka akan menangis di hadapan rakyat tentang nasib rakyat Syria. Barangkali ini yang dimaksudkan oleh Said Nursi: "Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik".

Dr. Maza

4 comments:

  1. Dulu masa mahathir dia anti Islam sehingga sanggup bunuh org Islam kat memali tapi sekarang najib tak buat gitu dia cuma baham duit Rakyat je sama dgn apa yg dibuat oleh mahathir takkan itu pun tak terfikir oleh maza. Dah tu pulak puak2 PH sanggup bersengkongkol dgn DAP dgn agenda kristianisasinya.... Hanya umno yg dlm keadaan terdesak je yg nampak boleh bantu umat Islam........ Mungkin tak ikhlas tapi cukuplah seketika utk masakini dlm keadaan Islam ditekan oleh pelbagai pihak berbanding puak2 yg asyik bantah dan pertikai perjuangan Islam sehingga Islam Semakin lemah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup2lah dgn angan2 kamu. Brp org umno atau lebai pas yg betul2 sanggup berjuang utk islam. Baru kena jentik fru dah lari lintang pukang. Yg duduk dlm penjara dan kerap keluar masuk lokap bukan islam drp umno atau pas. Oleh itu jgn perasan lebih. Bgmana islam boleh ditekan sedangkan raja2 adalah islam, najib dan kerajaan bertunjangkan org islam dan penjawat awam jg berteraskan islam. Lemah sangat ka islam tersebut? Kalau ya, salah siapa?

      Delete
    2. Orang yg macam kau lah menyebabkan Islam jadi lemah...

      Delete
  2. Terbaik dari MAZA..puak2 ni memang la suka sgt menghentam org yg xsebulu ngn depa..ulamak depa buat apa pun semua baik,dicari hadis2 utk menghalalkan..dpt duit dr Najib semua jd senyap..apa yg najib buat semua baik,apa saja salahkan DAP..Sedangkan puak2 sendri yg meraban xtentu hala..diajak MAZA berdebat semua lebai2 jadi kalut..sembang ja besaq..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa