POLIS CARI BOMOH DAKWA ZULFARHAN CURI LAPTOP
Kes kematian Zulfarhan penuntut UPNM akibat didera kini disiasat atas tuduhan membunuh dengan 36 suspek telah ditahan. – Foto NST
Polis akan mengambil keterangan doktor klinik swasta di Bangi bagi bantu siasatan kes buli penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan berhubung kes itu.
Katanya, klinik swasta di Bangi iaut adalah tempat arwah dibawa untuk menerima rawatan, pada 27 dan 31 Mei lalu.
“Selain doktor itu, kami juga akan menjejaki dan merakam keterangan bomoh yang didakwa menyebut nama arwah sebagai individu yang mencuri komputer riba.
“Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku tindakannya (mencuri laptop).
“Sehingga ini, tiada penahanan dilakukan namun jika perlu berdasarkan bukti hasil siasatan, kami akan membuat penahanan lain,” katanya lapor Harian Metro.
Menurutnya, siasatan kes itu kemungkinan mengambil masa yang lama berikutan membabitkan ramai suspek namun ia akan dilakukan secara telus.
Harian Metro melaporkan rakan Allahyarham ada berkongsi mesej dengan keluarga arwah yang mendakwa Zulfarhan dipukul sebelum Ramadan kerana dituduh mencuri.
Rakan arwah dipetik berkata, Allahyarham diperlakukan demikian oleh suspek selepas bomoh menyatakan arwah adalah individu yang mencuri komputer riba suspek.
Zulfarhan – Pegawai Kadet Laut tahun tiga UPNM meninggal dunia pada kira-kira 9 malam semalam, selepas didera rakan universiti dengan seterika wap.
Selain itu, Allahyarham juga dikatakan dibelasah dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju pada 20 dan 21 Mei. - sumber
BAPA ZULFARHAN MUSYKIL PUNCA KEMATIAN ANAK
Bapa Allahyarham Zulfarhan Osman, 21, Zulkarnain Idros, 53, menyatakan keraguan terhadap kejadian sedih dan kejam yang menimpa anaknya.
“Arwah sudah didera beberapa hari, saya tidak faham mengapa dia tidak dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan?
“Saya juga hairan mengapa doktor yang merawatnya sebanyak dua kali tidak membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Uda Perdana, Johor Bahru, hari ini lapor portal Harian Metro.
Selain itu, Zulkarnain turut tertanya-tanya siapa bomoh yang kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan menamakan individu tertentu.
“Saya tidak pasti benar atau tidak…tetapi kalau bomoh itu benar-benar bagus, dia tidak sepatutnya menamakan mana-mana individu,” katanya.
Zulkarnain berkata, sebelum ini dia difahamkan arwah anaknya itu dibelasah menggunakan pelbagai benda kerana kononnya mencuri komputer riba.
“Arwah bukan begitu orangnya. Hari ini, saya diberitahu ada bomoh menamakan arwah mengambil komputer riba suspek yang membawakan kepada kejadian itu.
“Jikalah bomoh tu power (berkuasa), dia sepatutnya pergi mendapatkan barang yang hilang dan bukannya menamakan individu dan dalam kes ini hingga menyebabkan kematian.
“Sebagai umat Islam kita kena percayakan Allah dan berusaha mengikut perintahNya,” katanya.
Sementara itu, katanya, keluarga belum membuat laporan polis kerana sibuk menguruskan jenazah arwah dan hanya akan berbuat demikian dalam masa beberapa hari lagi.
“Kami akan mendapatkan bantuan guaman sebelum membuat laporan polis kerana mahu bentuk laporan secara menyeluruh.
“Walaupun kami reda, saya tetap ambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan buat arwah.
“Sekurang-kurangnya tindakan undang-undang itu nanti dapat bantu tambah baik pentadbiran UPNM sendiri supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya. - sumber

Inilah akibat lebih melayu dari Islam, bila manusia terpelajar juga mempercayai ilmu bomoh berbanding konsep redha dalam Islam.
ReplyDelete