Arab Saudi putus hubungan diplomatik dengan Qatar
mk Hari ini, 1:00 tengahari
GLOBAL Arab Saudi dan sekutunya – Emeriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir – hari ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.
Ini susulan dakwaan Doha terlibat dengan kegiatan keganasan dengan mendukung Ikhwanul Muslimin, pergerakan paling tua dan berpengaruh dalam dunia Islam.
Doha juga didakwa mendukung agenda Iran yang tidak sebulu dengan Arab Saudi, selain menyebarkan ideologi melalui media berpengaruhnya Al Jazeera.
“(Qatar) mencakupi pelbagai kumpulan pengganas dan sektarian yang mahu menggugat kestabilan rantau ini, termasuk Ikhwanul Muslimin, IS dan al-Qaeda, serta mempromosikan mesej dan skema kumpulan-kumpulan ini melalui perundingan media mereka,” kata agensi berita nasional negara itu SPA.
Di Bahrain, hubungan dengan Qatar melalui udara dan lautan telah diputuskan dan warga Qater diberi 14 hari untuk meninggalkan negara itu.
Felo di Institut Timur Tengah di Amerika Syarikat, Charles Lister, melibat penutupan sempadan akan memberi kesan serius kepada Qatar yang banyak bergantung kepada bekalan makan melalui Arab Saudi.
Sementara itu, pengumuman itu menyebabkan harga gas asli dan minyak mentah melonjak dengan dengan penanda aras global Brent naik 1.42 peratus kepada AS$50.66 setong.
Qatar dan Iran bagaimanapun menguasai medan minyak terbesar di dunia South Pars.
- Reuters, NBC News

Harap pas akan hantar timbalan KUIS utk perbaiki semula hubungan
ReplyDelete