Musim ‘jangan’ sudah tiba
Posted on Sunday, June 04 @ 09:35:53 MYT by paktam
Oleh The Malaysian Insight
KEADAAN sekarang sudah menjadi musim "jangan".
Jangan menghadiri majlis berbuka puasa. Jangan membuat spekulasi kes penculikan Pastor Raymond Koh. Jangan mempersoalkan kemasukan pelaburan dari China.
Jangan mempersoalkan mengapa hanya penjawat awam sahaja ditangkap dalam operasi anti-rasuah dan bukannya ahli politik, memandangkan ramai ahli politik kita gagal ujian "hidup di luar kemampuan".
Jangan mempersoalkan mengapa pihak berkuasa Malaysia menutup siasatan 1MDB tanpa sebarang pendakwaan sedangkan Singapura mengenakan tindakan kepada bank dan individu kerana melanggar undang-undang pengubahan wang haram yang berkaitan dengan transaksi 1MDB.
Dijangka senarai larangan itu akan bertambah lebih panjang menjelang pilihan raya umum.
Turut dijangkakan lebih banyak ancaman akan dikeluarkan Putrajaya dan pengampu kerana keinginan menutup isu yang semakin diperbincangkan.
Oh, dan dijangkakan juga mereka akan mengeluarkan larangan bagi membenarkan dekri dan arahan atas alasan mengekalkan keharmonian kaum, kestabilan politik dan kesucian agama.
Tetapi kita lebih tahu.
Bagi berdepan percubaan untuk mendiamkan rakyat Malaysia dengan senarai larangan, kita perlu bertanya kepada diri sendiri beberapa soalan:
* Adakah berdiam diri lebih menarik daripada mendapatkan kebenaran?
* Adakah mendapat pengiktirafan lebih didambakan berbanding mempertahankan perbuatan baik dan mencari kebenaran?
* Adakah keselamatan dan kesejahteraan kita lebih penting daripada menderita demi kebenaran?

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa