Friday, November 6, 2009

Buru Hantu Lagi, Pulang Hampa

Tengah malam tadi setelah hujan lebat reda, saya ke sebuah Paya Usang yang airnya telah kering. Tetapi di sana saya dapati air bertakung akibat hujan lebat yang melanda Kelantan sejak 2 hari yang lalu.

Saya berharap akan mendapat sesuatu yang baru dan berlainan dari yang lepas. Tapi hampa. Apa yang saya dapat hanyalah gambar di bawah. Entah apa-apa!. Tak berbaloi langsung pulang dengan kasut kotor dan bersin akibat kena hujan.

Gambar atas yang dibesarkan

Ini rupa yang potong dan besarkan

24 comments:

Kerajaan Rakyat said...

Salaam Saudara ku,

Saudara ingin memburu hantu?

- Hebat sekali assignment saudara!!

Apa sungguh saudara ingin memburu hantu?

- Jom ikut saya. Di Putrajaya banyak. Hantu berwajah manusia. Jasadnya seperti kita, tetapi tindakannya seiras watak iblis.

Salaam Takzim

zX said...

cubo lagi Pak Din ... mano ketau maso tu kea baghu lepah ujje .. takutnyo se'e keno air pagi2 tu hehe...

Anonymous said...

Salam saudara, pohon Allah selimuti tuan dari pandangan dan rasa makhluk ghaib buat seketika, I.Allah dapat ambil gambar mereka....

mountdweller said...

W'salam Sdr. ku Mohd. Sofi

Hantu berupa manusia di mana-mana pun ramai. Lagi sesak penduduknya lagilah ramai.

Aktiviti ini bukan apa, cuma nak cari kelainan sikit. Saya dah tinggalkan apa-apa yang sepatutnya bersama saya ketika aktiviti ini, tapi nampaknya masih lagi liat makhluk ni untuk menonjolkan diri.

mountdweller said...

zX

Entahlah dia sejuk kot? Nak kata se'e, mereka berjalan tak payah jejak tanah!

Nantilah Pak Din hantar "Baju Sejuk" untuk dia. Baju guni bolehkan?

mountdweller said...

W'salam Anonymous

Memang semasa aktiviti itu, saya tidak ingat apa-apa (di dalam hati) yang menjadikan mereka takut cuma saya tidak mohon kepada Allah agar saya tidak nampak oleh mereka.

Mungkin pada ketika yang lain saya akan bernasib baik.

Man said...

Abe... agak-agaknya semua hantu dah bertolak ke Bukit Jalil... musim demam bola...

gomo kelate gomo..

IndukYati said...

semoha Red warrior akan dapat menghasilkan permainan yg mantap apabila bertemu pasukan negeri saya nanti..Si Rusa...Hoben Jang Hoben...

melayuangkat said...

Assalamualikum Saudara Mountdweller,

Kalaulah semua orang tak takut hantu macam saudara, tidak akan berlaku lagi syirik di bumi ini. Tapi kita masih tebal takut pada yang Ghayb terutamanya hantu. Sampai ada yang bertangkal nak elakkan hantu!

Rata-rata siapa yang tak takut hantu?? Biar bagaimana bijak dan petah seseorang tu berpidato atas pentas, cubalah lepaskan dia sorang sorang jalan tengah malam dan bertemu satu lembaga hitam atau putih, perhatilah macam mana laju dia lari! Ini termasuklah saya sendiri. Mungkin kaki yang sakit pun jadi baik sebab nak cabut lari!

Saudara tak ke KL ke tengok Bola. Just to join in the fun.

mountdweller said...

Induk Yati.

Saya doakan yang terbaik. Maknanya yang bermain lebih baik akan menang.

Seperkara lagi baik menang, baik kalah harapka Penyokong Kelantan tidak bertindak macam orang gila yang hilang akal. Buat kacau tak tentu hal walau diprovoke. Jadilah manusia yang berakal dan beragama.

mountdweller said...

Man

Abe rasa pun begitu. Tapi janganlah Penyokong Kelantan masuk hantu pula!

Kalah, menang adalah ada pertandingan.

mountdweller said...

Wa alaikumussalam Puan melayu angkat.

Sebenarnya saya cuba mencari kelainan yang juga mencabar. Untuk mendapatkan gambar dan sasaran yang baik saya terpaksa bersendirian walau jam 2 atau 3 pagi yang dikatakan keras.

Malam ini saya dapat sepulug shot di lokasi yang dikatakan keras di pinggir perkuburan. 10 shot itu hanya 3 gambar sahaja yang ada bojek yang dicari.

Saya tidak turun ke KL sebab saya tidak suka tempat yang bersesak dan padat dengan macam-macam gelagat manusia. Dulu memang saya kaki bola dan main bola. Saya berhenti bila rasuah berlalu secara berluasa di dalam sukan ini sedikit masa dahulu. Saya rasa tertipu, dahlah tiket mahal, mereka jual permainan pula.

Brahim Nyior said...

Salam Pakdin,

Pakdin banyak ke tempat-tempat 'keras', takde yang 'mengikut' pulang ke rumah?

Apa petua Pakdin nak elak terbawa balik 'pengikut' ke rumah?

Kata orang Perak, bebudak boleh 'tergeghamang' kalu dikacau makhluk yang mengikut balik ni.

Harimau-Menaip said...

Tuan,

Saya nak copy gambar tu..nak wallpaper pc saya...hahahahaha..

Macam2.

mr edz said...

satu persoalan.. kenapa bila ternampak hantu kita jadi seram.. pelik la.. macam automatik jer.. (hantu takder tapi jin ader la)

mountdweller said...

W'salam Sdr. Brahim

Alhamdulillah setakat ini tak ada lagi baik dari mana-mana gunung atau sungai atau pun laut.

Ikhlas saya katakan yang saya banyak juga mengamalkan zikir dan ayat-ayat tertentu dari Alqur'an. Mungkin amalan ini sudah sebati dengan saya jiwa raga. Tak ada yang berani mengganggu kot.

Tapi Sdr, Brahim boleh amalkan ayat Alkursi wakaf 9. Insya Allah boleh digunakan untuk menghalang dan menhindarkan gangguan Iblis/Setan dan manusia yang berhati Setan.

Kalau belum hafal, boleh ke link ini:
http://mountdweller.blogspot.com/2009/02/ayat-alkursi-wakaf-9.html

mountdweller said...

Tok Rimau

Saya izinkan tapi bagi saya gambar yang terbaik ialah gambar di n3 2 Nov. 2009.

Gambar Hantu Paya mengikut bomoh yang tahu tentang hantu.

mountdweller said...

mr edz.

Sebenar kita termakan momokan orang tua-tua supaya takutkan hantu. Petuanya ialah tanamkan dalam diri "Takutkan Allah Yang Maha Berkuasa" melebihi segala-galanya. Insya Allah kita akan dekat denganNya dan sudah pastinya sebarang kuasa jahat akan takut kepada kita.

Hanya Syaitan dan Jin ada disebut Allah di dalam Alqur'an dan mereka inilah yang kita (manusia) jadikan Hantu dengan berbagai nama. Sudahlah diberikan berbagai nama, takutkan mereka pula.

Brahim Nyior said...

Makaseh Pakdin, pedoman waqaf 9 tu saya akan cuba amalkan.

mountdweller said...

Sdr. Brahim

Amallah dengan istiqamah. Insya Allah berkat.

joegrimjow said...

hantu????

Ruziawati Bukhari said...

Assalamualaikum uncle..

apa kabar? adoi!! dia nak g memburu hantu la pulok..

malam ni ada x pluang kita menang main bola??

GOMO KLATE GOMO!! :-)

kirim salam utk auntie..

mountdweller said...

joegrimjow

Hantu adalah dari golongan Jin/Setan/Iblis yang suka memesungkan manusia dan membuat kacau di muka bumi. Golongan yang dilaknat Allah.

mountdweller said...

Wa alaikumussalam T

Uncle alhamdulillah sihat dan begitu juga uncle doakan untuk T dan keluarga.

Uncle mencari kelainan aktiviti yang mencabar. Tak berani, jangan ikut...

Insya Allah auntie akan baca komen T sebab salah satu kegemaran dia membaca komen di blog uncle. Dia kata banyak yang menarik.

Dengan semangat dan doa kita, insya Allah Kelantan akan menang tapi kalau kalah mintalah penyokong Kelantan jangan buat hal. Malu sedunia. Sekarang zaman langit terbuka.