Monday, November 2, 2009

Yang Ni, Kurang Pasti

Gambar yang ini saya ambil di tepi
Longkang Besar/Monsoon drain
di tempat sunyi berhampiran paya tinggal
tapi airnya sudah kering
pada 31 Okt. 2009 juga jam lebih kurang 2.00 pagi.

Walau bagaimana pun saya kurang pasti sama ada
imej terjadi dari pantulan cahaya atau memang
lembaga itu memang berada di situ.


Gambar 1

Gambar2 yang saya besarkan

Gambar 3

24 comments:

Anonymous said...

Salam. Firasat ana, anta dah rakam yang dicari....Syukran

mountdweller said...

W'salam Anonymous

Alhamdulillah kalau benar begitu.

Yong said...

Yob,
Yong rase negative energy tu memang ade kat situ. It feeds on your fear. If you are afraid, it materialise in images that can terrify you. For example, if you are afraid to see blood (most people are), it will appear bloody. But since you are not afraid. So the negative energy would not appear in forms (hantu looklike). The bomoh is right there. Hope your work will help explain this strange phenomenon. Maaf, Yong tercakap omputih. Teringin jugak Yong nak ikut sekali.

mountdweller said...

Yong

Terima kasih kerana singgah dan sudi berbicara.

Masa itu saya tak nampak apa-apa dan tidak merasa takut pun. Saya tangkap rambang saja. Ketika itu saya berseorangan merayau ke kawasan lebih ke dalam. Bomoh ada di pinggir jalan besar dan jauh dari tempat ini.

Kerana saya tak nampak lembaga itu semasa menangkap gambar tulah yang membuat saya kurang pasti.

Kalau Yong nak ikut tunggu saya balik ke Manjoi. Tentu Yong tahu tempat yang sepatutnya kita tuju.

Hanz_Azdi said...

hoo..aku ingat bomoh tu lepas 1 drp pendamping dia ler Pak Din..tu dapat gak 'menangkap'nya...tu pasal jugak dia menjarakkan dirinya dgn Pak Din...hehe...saja melawak aje nih pak Din, jangan marah ar?
Tapi betul ler kak Yong, u r bloody right, this creature won't come out in its bad, ugly look as Pak Din is unbelievably not scared like most people. Still i prefer 'Rumah Hantu' in a theme park to being near Pak Din that nite...hehe.

mountdweller said...

Hanz

Pak Din tak marah. Pak Din kenal Bomoh tu, dia tidak mengamalkan perkara-perkara karut.

Pak Din tak rasa apa-apa, dalam hati Pak Din nak ambil gambar kalau dapat. Dan Alhamdulillah dapat juga.

Pak Din pernah tumbuk Hantu Raya penjaga rumah lama Mak Mertua Abang Sulung Pak Din ketika Pak Din bermalam di rumahnya semasa Pak Din umur 15 tahun. Tapi hantu tak kena, tiang yang kena. Bengkak tangan Pak Din. celaka betul!

Man said...

Assallamuallaikum Abe,

Gambar yang ni macam tak jelas sangat.. tapi sekali pandang macam lembaga yang sama dari gambar kat bawah tu.. dua kali pandang macam Allien Predator tengah usha je tingkah laku Abe tu..hehe

zX said...

Pak Din,

Napok supo real jah imej hk ada situ deh..

Hayat hidup ambo ni, sekali jah baru terserempak ngan benda2 laguni, masa tu ambo tgh drive alik pagi nak gi opis ..stail ambo turun lepas subuh dalam pkl 6.30am gitu,sapa satu tempat tu tiba2 ada bayangan putih atas hiway Grand Saga. Dia berupa semace ore tino tua pakai kain semayang. Betul2 atas flyover lepas pada Tesco Kajang. Masa tu ada kereta Nissan Sentra depe kawe, tibo2 jah brek mengejut n membelok masuk lane kiri. Ambo hk ikut rapat dia mujur dapat tengok benda tu n ikut masuk kiri getek. Dalam kalut2 tu sempat tgk la muka 'dia'... Mmg takde expression lasum ..Dok berdiri keras situ jah .. Mujur ambo x eksiden ngan Sentra tu..

Lepas 1km baru ambo baru mari terfikir gapo bendo hk nyaris kawe tepuh tu.. baru raso gedeba .. maso nok langgar tu tadok raso apo.

Tapi lepas pado tu ambo lalu jugok jalan tu.. dgn harapan dapat tgk lagi tapi tadok rejeki dos ..

wallahualam..

Brahim Nyior said...

Yang dua butir bercahaya tu, matanya?

Perghhh... Secara peribadi, saya tidak seberani Pakdin, untuk masuk ke tempat yang sunyi dan tak pernah dilalui, jam 2 pagi lak tu.

Yong said...

Yob,

Kat Manjoi tu ade banyak antu kepala itam. Heheheh. Melawak je. Tapi nak tahu kat mana banyak antu ialah kat lebuhraya utara selatan antara Kuala Kangsar ke toll plaza jelapang yang lama. Gerenti Yob akan dapat tangkap.

mr edz said...

menarik..

Anonymous said...

A'Kum Abe!

Ambo ore baru ingin bersama tuan kongsi segala pandangan/maklumat dan apa-apa saja. Sekian dulu untuk kali ini, kita jumpa lagi.

Mak Su said...

huh! serrem gaks nak tgk

mountdweller said...

W'salam Man

Ini sebenar Abe pun masa ambil tu nampak macam bayang jer tapi dia punya shape tu adalah. Bila masukkan ke dalam Komputer baru nampak.

Betul, macam Allien Predator pun ada

mountdweller said...

zX

Memang bernasib baik tidak ikut rapat. Kalau tidak entah kemek atau tercedera. Itulah sebenarnya kerja hantu, nak buat kita percaya yang temapat itu berhantu dan dia kononnya berkuasa melakukan kemudaratan. Cara memesongkan akidah.

Tapi kalau dapat tangkap gambarkan bagus, biar dia tahu yang kita pun boleh nampak dia.

Tapi bila perkara ini berlaku, di masa itu memang kita tak perasan macam peristiwa Pak Din berlumba dengan kereta hantu di Felda Sg. Koyan dulu. Lepas tu baru perasan

mountdweller said...

Sdr. Brahim

Kebetulan malam tadi ada seorang yang boleh berdukun ke rumah saya. Jadi saya tunjukkan gambar itu dan bertanya "apa ke benda ni?" Spontan dia jawab "Hantu Paya". Saya tanya mana dia kenal dan dia jawab yang dia ada menghalau hantu tu menyakat seorang pesakitnya.

Dia tanya saya kat mana dapat gambar tu dan saya jawab di dalam semak tepi longkang besar dekat paya. Dia kata memang itu Hantu Paya.

mountdweller said...

Yong

Yang hantu kepala hitam tu saya tahu memang ramai. Pantang lalai!

Memang saya dah agak kat kawasan itu dari Terowong ke Toll Jelapang tu. Dan satu lagi di dalam gua-gua yang dijadikan kuil.

mountdweller said...

mr ed

Mencari kelainan

mountdweller said...

W'salam Anonymous

Boleh tidak ada masalah bila-bila pun.

mountdweller said...

Mak Su.

Selagi kita takut selagi itulah kita seram. Rasanya kalau kita tidak takut, dia akan takut kat kita.

Hanz_Azdi said...

a ah yer kak Yong, ade orang dah cam hantu.. mane idoknye bile perangai same je saling tak tumpah...hehe kak Yong...highway memang tempat dier ler...deme kate kat terowong ataih bukit tu selalu aje bende ngusik. Entah ler.
Mungkin 1 hari nanti Pak Din boleh buat experimen mana-2 highway bagi menangkap entiti penunggu lebuh raya.

mountdweller said...

Hanz

Betul tuh, hanya hantu yang kenal benar dengan hantu!

Memang Pak Din pun agak begitu sebab banyak benar cerite tentang kawasan Terowong sehingga Toll Jelapang.

Satu malam Pak Din dari Penang, pandu agak dalam 140 gitu tetiba sebuah Hyundai accen potong Pak Din dengan laju. Pak Din kata tak apa lepas ni akhirnya aku potong juga.

Bila Pak Din menurun bukit selepas terowong di satu selekoh Pak Din nampak kereta tu dah landing di atas divider yang tinggi tu. Drivernya masih berada di dalam kereta!

Tentang hantu lebuh raya tu, rasanya nak juga Pak Din cari satu masa nanti.

IndukYati said...

ini gambar hebat nie Abe Din..
bukan super impose..saya tak belajar..tapi saya tahulah benda itu adalah..makhluk yg hidup di alam ghaib...kantoi gak dio yer!!

mountdweller said...

Induk Yati

Dia ingat kita tak nampak dia. Kan dah kantoi. Gammbarnya disaksikan ratusan manusia.

Dahlah rupa huduh, jahat pula!