Friday, November 27, 2009

Saya Sokong Statements Ini

Sebagai Rakyat Negeri Kelantan Darul Naim, saya sokong kenyataan ini.

KOTA BHARU, 27 Nov: Kesanggupan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai Kaukus Parlimen berkaitan isu petroleum di negara ini sepatutnya mendapat sokongan dari semua pihak tanpa mengira parti kerana beliau adalah orang paling kanan dalam pentafsiran undang-undang yang berkaitan petroleum yang dikendalikan oleh Petronas.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Dato’Husam Musa ketika ditemui dimajis penyampaian sumbangan kewangan kepada warga Dun Salor di Surau berhampiran rumah beliau hari ini.

Menurut Husam,tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin menghalang Ku Li daripada mengetuai Kaukus Parlimen tersebut adalah semata-mata ingin menggagalkan tindakan Kelantan yang ingin menuntut royalti dari Petronas.

Seterusnya di sini

12 comments:

ijoks2009 said...

saya pun sokong..

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!

author faethal said...

Salam Aidil Adha ayahanda Mountdweller..
Di entri saya bila cinta jadi kegilaan begitulah jadinya..
Semoga bahgia di samping keluarga tercinta..

mountdweller said...

Al Quds Travel

Terima kasih di atas info

mountdweller said...

Anakanda ijoks2009

Yang membawa kebaikan untuk rakyat kita kena sokong.

mountdweller said...

W'salam author faethal

Terima kasih. Insya Allah ayahanda akan bertandang ke sana.

Isa said...

Salam Aidil Adha Ayahanda,

999% - Saya sokong... usaha untuk kebaikkan rakyat. Teruskan... dan nyatakan sokongan semua...

mountdweller said...

W'salam anakanda Isa

Ayahanda hairan, kenapa bila melibatkan Melayu/Islam Kerajaan BN menjadi cukup liat dan sanggup menipu dan amanah. Entah setan mana yang merasuk.

Isa said...

Salam Ayahanda,

Jawapannya senang je... nama setan tu Setan Lord Reid.

Tugas setan tu ialah menyemai sikap kebergantungan orang melayu pada umno (kerajaan).

Modus operandinya dengan membiarkan orang melayu hidup dalam keadaan susah dan menyusahkan.

Setan tu berpaksikan sistem kapitalis (penjajah), sebab itulah minda kebanyakkan orang melayu masih dijajah dan dikongkong dengan peranan media perdana mereka.

Setan Lord Reid cukup anti dengan Islam. Melayu cara Islam akan di tindas, melayu cara Lord Reid akan senang.

Wallahualam (mungkin sekadar dari persepsi ringkas saya sahaja. p/s: Baca yang tersirat)

muraisenja said...

salam aidil adha tua mountdweller...

tak abis-abis lah projek nk bodohkan melayu, nak tipu melayu... hai...la... gerombolan

mountdweller said...

W'salam muraisenja.

Salam Aidil Adha juga untuk sdr. semoga di dalam lingkungan rahmatnya.

Saya masih bingong memikirkan apakah yang ada di dalam kepala hotak pemimpin Melayu dari dulu hingga sekarang. Mereka sama saja baik pemimpin dari Kelantan sendiri atau dari luar Kelantan. Di manakah suara mereka yang konon pembela melayu.

Guruh jer kuat, hujan setitik pun tadak!

mountdweller said...

W'salam anakanda Isa.

Pada pandangan ayahanda persepsi anakanda adalah betul. Mereka hanya memanjangkan warisan (cara) Penjajah. Kalau tidak susah untuk mengekalkan kuasa.

Tapi yang ayahanda hairan tu, kenapa sehingga sekarang Melayu masih gagal untuk berfikir?