Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, November 23, 2009

Mana Yang Betul

Dua lamporan berbeza yang saya baca di dua blog. Mana yang betul dan siapa yang bohong?

Ini petikan dari blog misbahul munir

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Dan ini pula petikan dari blog pendikargunung

Selain dari menafikan akan meletak jawatan, Husam juga kelihatan terkejut ketika diminta mengulas berita dia akan bercuti selama 5 hari untuk menjalani pembedahan tulang belakang. Mengulas mengenai perkara itu, Husam berkata: "Cuti? Cuti apa pula? Saya tak tahu apa-apa pun, nampaknya sumber akhbar berkenaan lebih tahu daripada saya. Mengapa pula nak bedah tulang belakang saya? Bukannya ada bengkok... Alhamdulillah saya sihat saja."

Ya lah, siapa kata tulang belakang Husam bengkok dan sedang menjalani rawatan sakit belakang (walaupun mereka yang dekat dengannya tahu, dia ada masalah sakit belakang)? Bukankah kelmarin Husam sedang berada di Simposium Nasional anjuran PKR di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan merupakan salah seorang seorang pembentang kertas kerjanya? Nampak Husam dalam majlis itu macam orang sakit belakang yang teruk hingga perlukan pembedahankah?

16 comments:

  1. Huhuhu... ade orang mulut banyak dalam PAS atau ade orang tangan banyak dan dua daripadanya tengah mencekik PAS.

    ReplyDelete
  2. Yong

    Sepatutnya TGNA selesaikan kemelut ini dengan segera mengikut budi bicaranya sendiri dengan berhikmah

    ReplyDelete
  3. betul tu uncle MD...

    jangan jadi mcm TGHA... diam membusut...

    ReplyDelete
  4. hehe. Pada pendapat saya. Skrang zaman politik baru. Zaman TGNA telah lama tamat bersama2 dengan pemergian Allahyarham Ustz Fadzil Noor. Skrang ni tak kira PAS,umno, Mahupun PKR, semua ahli politik dah pandai berdolak dalik. Maklumat ada dimana2. Mata2 jelas di sekeliling kita. Hari nie letak jawatan, esok tak jadi. Hari nie keja, esok kena pecat, harinie cuti, esok berhenti, hari nie ya, esoknya tidak. hehe.

    Sekadar pendapat. :D

    ReplyDelete
  5. Yang sah nya si pembuat cerita tu yang sakit..ahak..ahak

    ReplyDelete
  6. Edyes

    Itulah yang menghairankan uncle. Berkocak air pun tidak. PAS Kelantan pula kata itu bukan masalah politik.

    Bukankah bila tercalar imej pemimpin akan mengakibatkan populariti menurun?

    ReplyDelete
  7. alang,

    Kata alang itu ada lojiknya. TGNA lurus bendul tetapi manusia politik sekarang berbelit-belit mengalahkan belut.

    ReplyDelete
  8. Ubilepih,

    Terima kasih kerana ziarah dan tinggalkan jejak.

    Sakit hati kot?

    ReplyDelete
  9. Pakdin,

    Nampaknya macam makin kusut, standard MCA ke?

    Media pun sama panaskan keadaan. Saya tak pandai mengulas, jadi membaca pandangan orang lain pun dah mencukupi untuk saya.

    Salam, Pakdin, tak jadi mangsa banjir?

    ReplyDelete
  10. armouris.

    Terima kasih. Blog berkenaan saya dah masukkan ke dalam bolglist saya.

    ReplyDelete
  11. pada pandangan saya, dalam apa bidang pun, kejujuran itu penting

    ReplyDelete
  12. Sdr. Brahim.

    Nampaknya isu PMBK dan Husam sudah hampir selesai. Tinggal lagi Sayed Azidi (Kickdefella) saja yang masih gemburkan isu.

    Yang peliknya Kickdefella ni dikatakan direct di bawah Husam sedangkan dia adalah Pegawai Perhubungan Korporat di PMBK ber CEOkan Ariffahmi. Tapi segala laporan yang dibuat akan terus laporkan kepada Husam. Apa pula peranan Husam?

    Kita kat luar keliru dan kepala garu dibuatnya.

    ReplyDelete
  13. Mak Su

    Betul tu, dalam melayari bahtera rumah tangga sekali pun tanpa kejujuran akan berkecai.

    ReplyDelete
  14. Salam uncle

    Tak taule uncle. Tapi yang pastinya Husam tu nampaknya disayangi oleh TN. Guru.. kalau tak silap pernah tn guru kata, 'husam tu .... bukan untuk rakyat Kelantan saja tapi utk Malaysia"

    Wah rasa berdiri roma saya..

    ReplyDelete
  15. W'salam Rashid.

    Memang Husam adalah anak emas Tok Guru. Mesti Husam ada kelebihan berbanding dengan orang lain di sekeliling TGNA. Statements Tok Guru itu mungkin dari hatinya yang ikhlas mempertahankan Husam.

    Memang lojik ada orang dalam yang ingin menjatuhkan Husam sebab di dalam hierachy pimpinan Kelantan, Husam adalah manusia selepas TOk Guru.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa