Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 7, 2010

Apa Hal Pula Nih?

Rakyat Kelantan sudah bingong, dibingongkan oleh Pelawak-Pelawak dari dalam pagar Istana. Macam-macam hal timbul dari dari sana. Dari perlantikan Pemangku Raja. Perlantikan dan pemecatan silih berganti di dalam Majlis Perajaan sehinggalah 'perlantikan' Setiausaha Sultan dan Pengawal Istana pula ditembak.

Terkini adalah peristiwa 'ditahan' membawa kepada tindakan di bawah. Tahukah mereka yang Rakyat sudah muak nak termuntah dengan gelagat mereka?

Sumber dari
mk oleh Salhan K Ahmad
Mei 7, 10
3:00pm

Sultan Kelantan Tuanku Sultan Ismail Petra Tengku Yahya Petra hari ini memfailkan satu writ habeas corpus berhubung penahanan yang didakwa dialami oleh baginda.

Permohonan itu merupakan kes pertama seumpamanya yang akan didengar di Mahkamah Khas sejak ditubuhkan pada 1993.

Permohonan ini akan mula didengar di Mahkamah Khas di Putrajaya Isnin ini, dengan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Ia difailkan pada kira-kira jam 11.45 pagi ini melalui enam peguam mewakili baginda.

Raja Aziz Addruse yang mengetuai barisan peguam berkenaan berkata, permohonan hanya dapat difailkan hari ini setelah mereka berjaya mendapatkan arahan daripada ahli keluarga diraja itu.

"Biar saya jelaskan begini, afidavit ini difailkan untuk menyokong permohonan writ habeas corpus yang disahkan oleh Tengku Temenggong," kata Raja Aziz yang bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Jelasnya, arahan itu tidak semestinya dikeluarkan oleh Tuanku Ismail Petra sendiri.

"Tidak penting bagi kita bahawa (arahan) diberikan oleh baginda. Jika dia tidak (mampu) bertindak sendiri, orang lain boleh mengarahkan untuk kita membawa (permohonan habeas corpus) bagi pihak baginda," kata Raja Aziz (kanan).

Beliau juga mengesahkan bahawa para peguam berjaya mendapatkan arahan daripada ahli keluarga Tuanku Ismail Petra secara berperingkat-peringkat sejak tiga hari lalu.

Seorang lagi peguam, Gobind Singh Deo berkata afidavit tersebut dibuat oleh Tengku Temenggong kerana peguam gagal untuk berjumpa Tuanku Ismail Petra dan raja perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

"Kami pergi ke hospital (HUSM Kubang Kerian) dengan afidavit dan juga (seorang) komisioner dengan niat untuk mendapatkan pengesahan (tuanku). Tapi kami tidak dibenarkan berjumpa dengan tuanku," katanya.

Lima pihak yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu termasuk Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM Kubang Kerian.

Juga dinamakan ialah Ketua Pengarah Kesihatan (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan juga Kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, kerajaan juga dituntut supaya membuat penjelasan berhubung layanan yang diberikan ke atas Sultan Kelantan yang didakwa telah dinafikan hak dan kebebasannya.

Dalam sidang media sama, seorang lagi peguam, Datuk Param Cumaraswamy berkata pihak polis perlu membuat penjelasan segera dalam isu melibatkan penahanan baginda tuanku.

"Kedua-dua ketua polis negeri Kelantan dan ketua polis negara ada banyak penjelasan yang perlu dibuat, mengapa sultan diperlakukan sebegitu rupa.

"Mereka bertanggungjawab (untuk jelaskan) kepada rakyat dan perlu bertanggungjawab atas segala tindakan yang telah diambil," katanya lagi.

6 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Minta maaf terlebih dahulu.

    Yang sebenarnya jangan dilayan sangat kerenah Raja2 nih, pergolakkan istana. itu diorang punya pasal, takda manfaatnya pada kebajikan rakyat. Ada dan tiada sama saja.

    Rakyat tetap macam tu jugak, bersengkang mata dan keringat mencari rezeki dengan ekonomi yang serba menekan ini.

    ReplyDelete
  2. Teman tak le paham 100% ape yg berlaku kat Klate..tapi agak agaknya pasal perebutan kuasa lah kot, kan uncle? Sesama deme dgn 1001 alasan masing-2 pihak bagi untuk kelirukan & raih sokongan rakyat. Entah le.

    Ate tunggu le episod 'perebutan' tahta Sultan Perak pulak sikit masa lagi...dah ada khabar angin dah...keluarga belah Sultan Idris nak naik tempat tu. Raja nazrin nak tengok saja ke? We look & see if ini terjadi.

    Feudalisme feudalisme ...kot deme tabur duit juta-2 dapat jugak ramai rakyat tumpang senang...hmmm

    ReplyDelete
  3. Biarkan mereka dan keluarga mereka.
    secara peribadi saya mengkagumi sikap dan akhlak Tg Faris yang pandai menyantuni rakyat jelata dan menghormati ulama'.
    wasalam.

    ReplyDelete
  4. W'salam anakanda Isa.

    Memang tepat sekali. Cuma sebagai Rakyat Kelantan ayahanda juga terasa malu dengan gelagat mereka.

    ReplyDelete
  5. Hanz_Azdi

    Kekalutan berlaku bila ada individu yang sememangnya tidak berhak tetapi pertikaikan hak orang lain.

    Dalam pada itu ada pula pak-pak bangang yang memberikan sokongan.

    ReplyDelete
  6. ankanda ijoks2009

    Ayahanda yakin majoriti Rakyat Kelantan juga begitu mengagumi Tengku Faris.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa