Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 21, 2010

Betul Juga Tetapi......

"DAP juga katanya menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS"

Tetapi adakah DAP menerima perjuangan PAS untuk menegakkan Islam?
Perkataan "Over my dead body" oleh Karpal masih terpahat di ingatan!

KOTA BAHARU, 21 Mei (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pengalaman lepas juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"...kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita," kata Nik Abdul Aziz pada kuliah mingguannya, di sini pada Jumaat.

Nik Abdul Aziz berkata PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip 'menang-menang' yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.

"Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas," katanya.

Beliau juga mempertahankan kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah banyak membantu masyarakat Cina memahami Islam dan tidak lagi menganggap masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.

DAP juga katanya menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS.

7 comments:

  1. hmm.. nampaknya dlm politik rakan seperjuangan mungkin menjadi musuh kita pula esok esok ni. Dan sebaliknya.

    Kalau DAP dah cukup kuat & mula tak terima dakwah/penerangan PAS maka eloklah kita berpisah cara 'gentlemen' ...NOW. Biar terang-terang berunding sesama rakan PR. Baru orang Islam dipandang mulia oleh sesiapa pun orang bukan Islam drp pihak kawan & lawan. baru kita berakhlak Islam? Etika, moral? u name it.

    Selagi kita tak berpisah cara elok, janganlah UG dgn UMNO lagi. Sebab UMNO memang proven evils & selamanya perangai gitu selagi tak kalah teruk. Tapi kalau terdesak & byk jln tak boleh, baik la PAS kawan dgn 'setan' cam UMNO ni, ok lah jugak... bak kata TGNA tak lama dulu...hehe.

    ReplyDelete
  2. kurang-kurangkan sangka buruk tu...
    fikirlah jangan dok emosi sangat...
    suka sangat melatah menyampah juga orang melihatnya...

    ReplyDelete
  3. assalamulaikum
    minta tolong link kan blog sahabat
    http://lagenda-cinta.blogspot.com/
    terima kasih

    ReplyDelete
  4. Hanz

    Bagi uncle mereka (Kafir) memang tidak boleh dipercayai. UMNO yang mengaku Islam pun menolak Negara Islam yang berhukumkan syariat yang Muhammad saw bawa. Inikan pula orang-orang Kafir yang memesung dan memusnahkan Islam. Bak sabda Rasulallah, mereka tidak akan berhenti memusuhi Islam selagi kita tidak menjadi sebahagian dari mereka!

    Jadi umumnya baik DAP, MCA, MIC, Gerakan dan semua yang seangkatan mereka tidak boleh dipercayai. Tetapi demi stratergi politik (bagi orang politik) mungkin boleh sebagaimana kata TGNA.

    Jadi dari segi politiknya UMNO juga adalah sebahagian dari mereka.

    Di Zaman berlaku kekalutan antara PAS dan UMNO/Barisan Nasional pada tahun 70'an dulu uncle sudah cukup waras untuk merenung dan sudah pun aktif. Ibrahim Ali sudah pun menjadi Juara Katak yang bemulut besar pada masa itu membela Dato' Mohammad Nasir yang akhirnya jadi Menteri.

    Adakah salah sekiranya uncle menjadi fobia?

    ReplyDelete
  5. Anonymous

    Maafkan saya. Rasanya saya tidak melatah tetapi realitinya ada di depan mata!. Berlaku sepanjang masa.

    Sila baca komen saya untuk Hanz_azdi di atas.

    ReplyDelete
  6. W'salam ustaz CS

    Terima kasih dan Insya Allah saya akan linkkan.

    ReplyDelete
  7. yazza......

    saya bersetuju tang ni dengan Uncle..
    kena waspada selalu..

    jangan terlalu bodoh untuk memahami langkah politik..
    bukan setakat yang zahir sahaja..

    yang penting apa QUran dan hadis Nyatakan adalah panduan2 yang benar..

    selagi Berdasarkan Quran/NAS walaupun tak setuju oleh orang awam.. peduli apa..

    bukan public yang bagi lesen syurga dan neraka..

    Aku takut Hanya ALLAH..
    aku akan ikut pemimpin yang Takutkan ALLAH..
    tak kira laa dilabel UG ke,, anti UG ke..
    yang takut Kepada ALLAH..

    ALLAHUAKBAR!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa