Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 24, 2010

Andainya Pandangan Ini Betul

Seandainya pandangan ini benar, apa lagi yang tinggal pada UMNO untuk hari kemudian yang kekal selamanya?

Sekiranya hak Islam terlucut dari kita kerana kita menolaknya dengan sengaja atau kerana politik, maka siapakah kita di sisi Allah?

Di manakah tempat kita yang Allah sediakan sesudah ajal nanti?

UMNO TAK BERIMAN DENGAN HADIS HUKUM HUDUD UNTUK MURTAD IALAH BUNUH


MAKSUD HADIS

"SESIAPA YANG MENUKAR AGAMANYA (MURTAD) MAKA BUNUHLAH DIA"
(RIWAYAT BUKHARI)


Inilah hukum hudud yang ke-enam iaitu kesalahan murtad. Dalam Islam hukum bagi pesalah ini adalah bunuh . Sengaja kami mendedahkan satu persatu ayat-ayat Al-Qur'an atau hadis yang diengkari oleh UMNO. Inilah kaedah ilmiah. Pernyataan umum bahawa UMNO tidak meyakini Al-Qur'an kadang-kadang tidak dapat diterima umum. Maka kami nyatakan yang manakah ayat Al-Qur'an dan Hadis yang diengkari oleh UMNO. Maka barulah kita jelas bahawa UMNO menolak Al-Qur'an dan Hadis Nabi Muhammad saw. Dalam Islam menolak satu ayat Al-Qur'an bermakna menolak keseluruhan Al-Qur'an. Begitu juga menolak satu hadis bermakna sudah tidak meyakini lagi Nabi Muhammad saw

Pendedahan ini adalah menyelamatkan generasi akan datang, Kita sebutkan hujah dan ayatnya supaya semua orang tahu ini dia ayat Al-Qur'an dan Hadis yang UMNO tolak. Inilah faktanya. Kalau dikatakan UMNO menolak Al-Qur'an, ayat yang mana UMNO tak nak. Sama juga sekiranya Hadis, Hadis yang mana satu.

Termasuk hadis hukum hudud untuk murtad UMNO tolak dan tak mahu beramal. Murtad ialah keluar daripada agama. Kenapa Islam memerintahkan orang yang murtad itu dibunuh? Tidak lain kecenderungan yang tinggi orang yang murtad itu ialah untuk mengeji agama Islam dan memuliakan agama yang baru dianutnya. Keadaan inilah yang tidak dibenarkan Islam.

UMNO tak mahu beramal dengan hadis ini kerana mengatakan bahawa adalah zalim membunuh manusia. Kezaliman mengeji agama adalah zalim yang lebih besar. Bila hukuman ini tidak dijalankan maka gejala murtad semakin berleluasa. Gejala murtad hanya boleh dibendung dengan melaksanakan hukum hudud ini.

UMNO bersikap double-standard, dalam perkara kalimah Allah beriya-iya UMNO memperjuangkannya. UMNO mengatakan bahawa kalau kalimah Allah PAS tak nak berjuang bersama macam mana nak menegakkan hukum Allah. Dalam masa yang sama hal kemurtadan UMNO tidak berusaha untuk mencegahnya. UMNO membiar agama Allah dikeji. Inilah kerja UMNO.

Sama juga, UMNO katanya memperjuangkan kalimah Allah dalam masa yang sama meluluskan lesen judi yang bertentangan dengan Islam. Wahai ahli UMNO dan para pemimpin UMNO yang kamu lakukan adalah tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Segeralah tinggalkan UMNO dan sertai perjuangan PAS untuk ketenangan yang lebih hebat dan mulia.

Pandangan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    salam ziarah uncle.. apa khabar? t sihat2 saja..

    tq sudi jengah ke blog t..

    bilo nok kelik klate? Insya Allah.. hehe..

    kirim salam hormat kat auntie..

    salam...

    ReplyDelete
  2. mmm...masa isu murtad spt Hartini (Maaf kot silap nama) tgh hangat dulu apa UMNO buat? Ada pemudanya buat demontrasi kat masjid ke? Serah memorandum ke? Ada bantahan yg wajar ke? Atau hanya cakap "Yang haram tetap haram, Salah tetap salah"? Kurang-2 YB Zulkifli Nordin masa tu he did his part dlm mempertahankan Islam.

    Kalau tak silap hanz memang hampir tak ada tindakan bereti atau tentangan kuat drp UMNO...diam 100 bahasa seolah-olah merestui perkara murtad adalah hak asasi Malaysians dewasa atau depa faham murtad tak perlu dihukum keras sebagaimana hadis Nabi s.a.w. pernah sebut.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa