Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 20, 2010

Terima Kasih Kerajaan Kelantan

KOTA BAHARU, 19 Mei — Kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.

“Kertas cadangan itu telah diperincikan di peringkat jawatankuasa portfolio saya dan akan diangkat ke mesyuarat Exco minggu depan sebelum diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Mingguan Exco, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Menurutnya, pada dasarnya kerajaan negeri sudah lama bersetuju melaksanakan peraturan itu, tetapi mengikut prosedur ia perlu dibentangkan di peringkat mesyuarat Exco untuk mendapat kelulusan.

Ditanya sama ada peraturan baru itu boleh menjejaskan produktiviti kerja penjawat awam, Wan Ubaidah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang, berkata penjawat awam di jabatan kerajaan negeri ramai dan boleh membantu tugas kakitangan yang cuti bersalin.

“Oleh itu, kita tidak bimbang dengan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin 60 kepada 90 hari ini boleh menjejaskan produktiviti kerja kakitangan awam,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri terpaksa mengambil masa agak lama untuk meluluskan peraturan itu kerana ia melibatkan banyak implikasi, termasuk pencen kakitangan terbabit.

Beliau berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor dan Kedah memperkenalkan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi penjawat awamnya.

“Kita memikirkan usaha melanjutkan tempoh cuti bersalin itu perlu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kakitangan yang berkidmat dengan kerajaan negeri supaya dengan itu mereka dapat menjaga penyusuan anak dan keluarga dalam tempoh pantang itu,” katanya.

Langkah yang diambil kerajaan itu selaras dengan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memartabatkan golongan wanita sebagai salah satu sayap penting dalam pembangunan negara.

— Bernama

7 comments:

  1. salam uncle

    Moga-moganya..

    Diharap tak ada lagi kemelut keluarga ..

    ReplyDelete
  2. uncle

    Iya dah lama rasanya berita ini kita dengar. Harap ia akan menjadi kenyataan. Tentang keberkesanan dan produktiviti itu kita tengok kemudian. Cuba dulu. Jangan takut laksanakan perubahan..

    ReplyDelete
  3. W'salam Rashid

    Langkah yang baik kita harus sokong. Memang baik untuk institusi keluarga.

    Produktiviti, bukan kerana cuti tetapi kerana sikap individu yang melaksana dan menyempurnakan tugas itu sendiri.

    ReplyDelete
  4. maaf pak din saya tak setuju pelaksanaan ini..memang baik untuk institusi keluarga tapi bagaimana dengan masalah secara umum...di pejabat, rakan setugas terpaksa memikul tugas rakan yg cuti bersalin selama 90 hari, mgkn boleh mengurangkan produktiviti kerana beban kerja bertambah..di sekolah pelajar akan kehilangan guru yang mengajar selama 90 hari..memang ada guru ganti tetapi biasanya keberkesanannya tidak lah seperti yang diharapkan...cuti selama 60 hari tu pun kesian tengok pelajar yang tak dapat mengikuti pelajaran yang sepatutnya, realitinya pertukaran guru akan menjejaskan tumpuan pelajar..bagaimana kalau pelajar itu akan menghadapi peperiksaan penting seperti upsr, pmr, spm dan stpm?? Kalau kita semua rasa tidak mengapa anak2 kita tidak mendapat bimbingan yang secukupnya kerana cikgunya cuti bersalin selama 90 hari maka terpulang lah...nak jaga institusi keluarga tapi memberi beban dan masalah pada org lain ada kah elok mcm itu??

    ReplyDelete
  5. salam ayahnda,blogger umno kata Kerajaan Kelantan nak latih rakyat jadi pemalas.
    tapi kita tengok dlm 2-3 bulan lagi lepas ni dia tiru juga.

    Pandangan ayahnda diperlukan disini

    http://ijoks2009.blogspot.com/2010/05/kutbah-paling-santai-di-kelantan.html

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Sudah semestinya setiap sesuatu dari ciptaan manusia akan ada pro dan contranya.

    Betul kata anon, setiap kakitangan yang bercuti akan diganti dengan kakitangan lain yang prestasinya tidak akan sama. Sama ada menurun atau meningkat. Bergantunglah kepada nasib.

    Namun kakitangan yang menggantikan yang bercuti tadi diberikan elaun tanggung kerja. Jadi pada Pak Din ketidak adilan tidaklah berbangkit, cuma beban kerja sipenanggung akan lebih.

    Pak Din rasa Anon adalah seorang guru. Memang agak malang bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Tetapi bagi Pak Din guru ganti pun tidak kurang dari segi kebolehannya. Tapi Pak Din tidak tahu sama ada guru ganti ada peruntukan elaun tanggung kerja atau tidak.

    Walau apa pun Pengetua/GB perlu adil di dalam pembahagian tugas.

    ReplyDelete
  7. W'salam anakanda ijoks

    Modal itu jugalah yang dicanangkan ketika Kerajaan Kelantan melaksanakan kerja 5 hari seminggu dulu. Akhirnya Kerajaan Pusat pun ikut sama! Tidak hairankan?

    Bagi ayahanda, siIbu menyusukan anaknya selama 3 bulan adalah keutamaan di samping memulihkan diri siIbu sepenuhnya selepas bersalin sebelum balik bertugas.

    Dari awal kelahiran sehingga ke umur bayi 3 bulan amat perlu dibesarkan dengan susu Ibu, bukanya susu lembu. Semoga anak kita terhindar dari perperangai lembu.

    Harus difikirkan pula kepayahan untuk mendapatkan Pembantu Rumah yang sesuai. Jadi dalam masa 3 bulan itu memberikan ruang yang selesa bagi keluarga yang memerlukan pembantu rumah menyelesaikan masalah itu.

    Ayahanda tidak boleh bayangkan bayi kita yang berumur kurang 3 bulan yang masih lembik dan lemah ditinggalkan di rumah-rumah asuhan atau kepada pembantu rumah.

    Bagi beban yang ditinggalkan di pejabat pandangan ayahanda ada sebagaimana komen balas ayahanda kepada Anonymous di atas.

    Produktiviti tidak akan terjejas sekiranya orang yang ditugaskan menanggung kerja yang ditinggalkan itu bertanggung jawab dan ikhlas menerima elaun tanggung kerja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa