Saturday, May 1, 2010

Keteguran Ke, Budak Nih?

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung dakwaannya menerima lebih RM4 juta.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata Syed Azidi tiba di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 6 petang.

Baru-baru ini Syed Azidi mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi .

Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan. — Bernama

Sibangang mana yang percayakan dia dengan RM4 juta?
Apa pun bohong dia ni dimakan oleh Dato' Sri Mustafa Mohammmad dan dihighlightkannya ketika Majlis Tauliah Perlantikan JKKP semalam di YBK Kelantan, Peringat., Kota Bharu.

10 comments:

jai said...

Sala Tuan.

Sah si bahalol telah berjaya menipu si tolol!!!

Yang mahukan Pak Lah turun takhta ialah orang2 umno dan mahadey, jadi apa relevannya Kerajaan Kelantan bayar RM4 JUTA pada BANGSAT tu untuk jatuhkan Pak Lah???

Apa punya bangang la mangkuk nih???

Yong said...

Yob,
Banding dengan APCO yang keroje terhegeh2 dibayor berape? Guna duit rakyat pulok tu. Dia ni nak publisiti murahan je. Perangei dah same macam artis yang tak laku.

mangchikla said...

Ooooooo maner lebih mahal, RM 4 juta ke atau RM 77 juta?

AzamDin said...

ahahaha heran..ramai boleh percaya dia ni..bukti tak dak..

Anonymous said...

4 juta tu jika dibelanjakan dlm 3 tahun, sedikit sebenarnya. Dan amatlah munasabah jika dibelanjakan utk menampung satu syarikat (Global Media Channel).

Berapa jumlah gaji utk sekurang2nya 10 org utk 2-3 tahun?
Berapa sewa pejabat, kos peralatan yg sudah tentu mahal2 belaka (komputer, video camera jenis profesional, studio equipment dll).
Berapa belanja pengangkutan dll?

Persoalan yg patut ditanya, ialah bagaimana Syed Azidi menguruskan syarikat tersebut sehingga ia tidak dapat meneruskan operasi?

mountdweller said...

jai

Dia anggap orang lain pun bangang macam dia juga!

mountdweller said...

Yong

Kat sini memang dia dah basi pun!

mountdweller said...

mangchikla

Dia buta angka kot?

mountdweller said...

Anonymous kata
"Persoalan yg patut ditanya, ialah bagaimana Syed Azidi menguruskan syarikat tersebut sehingga ia tidak dapat meneruskan operasi?"

Kalau dia benar bijak, takkanlah jadi macam sekarang.

mountdweller said...

AzamDin

Orang yang bangang macam dia jugalah yang percaya!