Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 7, 2017

Dah masuk PAS, begini jadi lidahnya?

‘Usah layan langau gila publisiti dakwa pesta maksiat menjelang PAU’

  | December 5, 2017
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan berkata, bekas ahli Puteri Umno, Wan Asshima Kamaruddin sekadar mahu mencari publisiti murahan untuk menyerang parti Melayu itu.
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno hari ini menempelak seorang bekas ahli parti itu yang mendakwa kononnya berlaku aktiviti maksiat besar-besaran tiap kali menjelang perhimpunan agung Umno (PAU).
Malah, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii turut menyifatkan dakwaan bekas ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin sekadar mahu mencari publisiti murahan untuk menyerang parti Melayu itu.
“Hanya orang yang sakit mental melakukan tuduhan murahan seperti ini.
“Saya rasa beliau ni bukanlah sesiapa dalam Umno, sekadar mahu mencari publisiti murahan untuk mendapat perhatian,” katanya kepada FMT.
Semalam, lidah rasmi PAS, Harakahdaily memetik Wan Asshima mendakwa sepanjang 17 tahun bersama Umno, beliau tahu ramai pasangan yang berkhalwat dan bersekedudukan dalam satu bilik ketika PAU berlangsung.
Sehubungan itu, beliau yang baru menyertai PAS beberapa bulan lalu, menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan operasi pencegahan maksiat di hotel sekitar ibu kota, sempena PAU yang bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Mengulas lanjut, Razlan tidak menolak kemungkinan hanya Wan Asshima yang terbabit dalam melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Kalau ada bukti pun mungkin beliau orangnya. Masalah moral beliau jangan samakan dengan orang lain.”
Beliau menggesa ahli Umno tidak perlu membuang masa melayan tuduhan yang tidak menguntungkan parti.
“Tidak perlu layan langau seperti ini yang memang mahukan perhatian.”

6 comments:

  1. Your style is unique compared to other people I have read stuff from.
    Thank you for posting when you have the opportunity,
    Guess I will just bookmark this site.

    ReplyDelete
  2. Cakap mulut saja tak apa makna pada jabatan agama dibawah tadbiran UMNO tapi kalau UMNO cakap macam tu pun pejabat agama naungan UMNO akan cepat bertindak serupa macam polis jika pembangkang buat laporan tunggu sampai stahun atau sampai hilang isue pun belum tentu akan disiasat tapi kalau orang UMNO buat laporan secepat kilat kertas siasatan dibuka kita tunggulah UMNO BN terkubur baru dapat dipulihkan semuala keadaan yang lintang pukang ni.

    ReplyDelete
  3. Dia salah masuk. Pas geng umno rupanyam Tak ada org pas sokong dia. Kutuk lagi adalah. Kalau dia nk serang umno kena msk amanah atau bersatu

    ReplyDelete
  4. My developer is trying to convince me to move to .net from PHP.
    I have always disliked the idea because of the costs.
    But he's tryiong none the less. I've been using Movable-type on numerous websites for about a
    year and am concerned about switching to another platform.

    I have heard very good things about blogengine.net.
    Is there a way I can import all my wordpress posts into it?
    Any kind of help would be greatly appreciated!

    ReplyDelete
  5. Hi there friends, its wonderful post concerning tutoringand entirely defined,
    keep it up all the time.

    ReplyDelete
  6. Wow, wonderful blog layout! How long have you been blogging for?
    you made blogging look easy. The overall look of your site is great, let
    alone the content!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa