Abang Jo: Perjanjian Malaysia perjanjian suci
mk 3 Dec 2017, 8:38 pm
Sarawak tidak akan ambil kisah pandangan sesetengah pihak terhadap usaha menuntut hak negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada kerajaan persekutuan.
Apa yang penting, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, adalah sikap keterbukaan dan kesediaan mendengar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam perkara tersebut.
Namun beliau menegaskan bahawa rundingan berterusan berkaitan hak itu dengan kerajaan Persekutuan harus berbekalkan fakta-fakta berkaitan yang sahih bagi menyokong tuntutan dan bukannya bersandarkan emosi semata-mata.
“Saya tidak mahu bersikap emosi dalam perkara ini dan ia tidak seharusnya menjadi suatu permainan untuk meraih populariti,” kata Abang Johari kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 8 di Sibu hari ini.
Menurut beliau Perjanjian Malaysia 1963 adalah satu perjanjian yang suci di mana ia adalah sebuah perjanjian antarabangsa di bawah Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).
Tanggapan sandiwara BN menjelang PRU14
Abang Johari berkata sesetengah pihak khasnya pembangkang menganggap usaha kerajaan negeri itu merupakan sandiwara kerajaan negeri dan Barisan Nasional semata-mata menjelang pilihan raya umum ke-14.
Beliau sebaliknya menegaskan usaha mendapatkan kembali hak-hak Sarawak adalah untuk menjamin masa hadapan negeri itu.
Dalam ucapan perasmiannya pada mesyuarat itu, Abang Johari yang juga Presiden PBB, memetik ungkapan ‘Jangan Malaysia ibarat tebu, manis di pangkal, tawar di hujung’ yang pernah disebut oleh Tun Jugah Anak Barieng, seorang daripada tokoh dari Sarawak yang menandatangani Perjanjian Malaysia.
“Kita tidak mahu tebu itu menjadi pahit. Sekarang rasanya sudah agak masam-masam,” kata beliau sambil menambah usaha mendapatkan kembali hak-hak Sarawak yang terhakis itu adalah supaya keputusan untuk menyertai pembentukan Malaysia itu tidak dikesali oleh anak-anak Sarawak pada masa akan datang.

Kalau betul anak jantan benarkan pembangkang bertapak di serawak dan kita akan lihat rakyat hendak pilih siapa bukannya berkuku besi disebalik demokarasi yang dicanangkan
ReplyDeleteHello Dear, are you genuinely visiting this web site regularly, if so afterward you will absolutely take good
ReplyDeleteknowledge.
Hello, i believe that i saw you visited my blog thus
ReplyDeletei came to go back the want?.I am attempting to find things to enhance my
web site!I suppose its ok to make use of a few of your ideas!!
I like the valuable info you provide in your articles.
ReplyDeleteI will bookmark your blog and check again here regularly.
I am quite certain I'll learn plenty of new stuff right
here! Best of luck for the next!