Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 1, 2017

Azmin nafi beri tender pasir pada anak saudara

mk      Hari ini, 11:51 pm

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menafikan tuduhan bahawa beliau menganugerahkan tender kepada anak saudaranya yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Azmin menjelaskan bahawa semua tender untuk perlombongan pasir di negeri itu dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Inc).

"Pertama dakwaan itu tidak betul. Dasar kerajaan negeri tanah-tanah dimiliki oleh kerajaan negeri, sekiranya ada permohonan untuk aktiviti perlombongan pasir ia akan diuruskan oleh Kumpulan Semester.

"Semua proses tender dijalankan Kumpulan Semester, saya bukan board member (ahli lembaga pengarah) Semester.

"Saya tidak terlibat dalam sebarang keputusan dan saya yakin pegawai Semester mempunyai integriti tinggi dalam memastikan proses itu berjalan dengan telus dan terbuka,"katanya

Terdahulu hari ini, SPRM dilapor menahan anak saudara Azmin yang berusia 34 tahun dan tiga yang lain atas tuduhan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu di sebuah lokasi di Kajang sejak 2014.

Suspek yang terdiri daripada dua pengarah syarikat perlombongan pasir, seorang pengurus tapak projek dan seorang pekerja agensi pengiklanan, didakwa merasuah pegawai pihak berkuasa tempatan di Kajang untuk tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan yang menyalahi undang-undang itu.

Sebuah blog mendakwa mereka juga menerima tender daripada menteri besar.

Kesemua lelaki berusia antara 34 tahun dan 67 tahun itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Disember.

SPRM juga membekukan wang RM4 juta daripada akuan bank milik salah sebuah syarikat berkenan.
Azmin mengulangi kenyataan di pejabatnya hari ini bahawa terdapat konspirasi politik terhadap kerajaan negeri dalam kes itu.

"Saya tidak mahu membuat tuduhan, tetapi saya merasakan dalam kes ini, saya melihat seolah-olah ada konspirasi politik kerana sebelum beliau ditahan, blogger umno telahpun mengeluarkan maklumat ini lebih awal daripada tindakan SPRM.

"Persoalan saya kenapa ini berlaku. Saya tidak mahu tindakan politik mempengaruhi siasatan ini," katanya.

1 comment:

  1. Mana ada puak2 PH baham duit rakyat! Madey memerintah 22 tahun tanpa baham atau menjahanamkan duit rakyat satu sen pun! Kami puak2 PH adalah suci murni dan maksum! LGE beli banglo terlajak murah kerana diskaun bkn kerana rasuah! Ini semua kerja puak2 lobai kat Kelantan baham duit sampai projek pasir kat selangor pun dia sapu. Tak gitu admin nyanyuk!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa