Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 10, 2017

Trump makin ego, dunia Arab masih terkial-kial

Baitulmaqdis: Trump makin ego, dunia Arab masih terkial-kial - Chandra Muzaffar
Hans YusoffAstro Awani |  Disember 10, 2017 18:48 MYT
Baitulmaqdis: Trump makin ego, dunia Arab masih terkial-kial - Chandra Muzaffar
Chandra menggesa satu tindakan lebih drastik dilakukan termasuk memutuskan hubungan ketenteraan dengan AS terutama daripada Arab Saudi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah bagi mengotakan janjinya pada pilihan raya presiden 2016, selain membuktikan beliau pemimpin yang mempunyai ego tinggi.

Presiden International Movement of Just World (JUST), Chandra Muzaffar berkata tindakan Trump itu pada masa sama memperlihatkan beliau sebagai seorang yang berani dan lantang berbanding pemimpin terdahulu yang dilihat gagal mengotakan janji mengiktiraf Bailtulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Saya menganggap keputusan Trump sebagai memenuhi kempen-kempen pilihanraya presiden lalu dan jangan lupa sebahagian besar penyokongnya adalah pro Israel.
Usaha memindahkan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pernah diluluskan Kongres AS melalui Akta Kedutaan Jerusalem 1995. Bagaimanapun, bekas presiden AS termasuk George W. Bush, Bill Clinton dan Barack Obama gagal berbuat demikian berikutan kebimbangan terhadap isu keamanan.

Sementara itu, Chandra turut menyifatkan bantahan dunia Arab terhadap tindakan Trump sebagai retorik semata-mata tanpa penyelesaian konkrit, sekali gus berharap penyelesaian lebih pro-aktif dapat dicapai, termasuk membatalkan sebarang perjanjian membabitkan negara Uncle Sam itu.

“Kita terpaksa buat kesimpulan bahawa bantahan setakat ini hanya retorik. Justeru, satu tindakan lebih drastik perlu dilakukan termasuk memutuskan hubungan ketenteraan dengan AS terutama daripada Arab Saudi. Saya tidak pasti sejauh mana ini boleh dilakukan,” katanya lagi.

Tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebelum ini turut mendapat reaksi negatif daripada beberapa negara Eropah termasuk Perancis, Jerman dan Turki.

Reaksi itu bagaimanapun dibalas sinis Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyelar rata-rata pemimpin Eropah sebagai hipokrit malah mengunci mulut apabila rejim Zionis itu dihujani peluru berpandu yang dilancarkan dari Gaza.

2 comments:

  1. Najib terlalu ego Dunia melayu terus terkial kial Antara agama babgsa dan negara

    ReplyDelete
  2. Thanks for finally writing about >"Trump makin ego, dunia Arab masih terkial-kial" <Loved it!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa