Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 16, 2017

Pertandingan Presiden FAM: Bayangan Annuar tewas?

Di atas kertas Annuar sudah tewas
N Faizal Ghazali  -  15 Feb 2017, 4:08 petang
Sekian lama FAM ditadbir oleh pihak dari istana Pahang, kini hala tuju bola sepak Malaysia dilihat boleh beralih ke selatan selepas Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim diperkenan ayahandanya untuk mengubah “maruah” sukan nombor satu itu.

Ini percubaan kali kedua Tunku Ismail dan beliau perlu berdepan cabaran oleh tokoh bola sepak yang tidak asing lagi, iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Mahu atau tidak, kita tidak boleh menafikan penglibatan Annuar dalam bola sepak negara dan sinonim dengan perkembangan pasukan bola sepak Kelantan mutakhir ini.

Selain politik yang menjadi darah dagingnya, Annuar orang lama yang pernah berjawatan timbalan presiden FAM dan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Anggota parlimen Ketereh itu berjaya melonjakkan prestasi The Red Warriors. Kemuncak kejayaan apabila mereka merangkul kejuaraan treble pada 2012.

Dan Tunku Ismail adalah individu baru yang tampil dengan misi dan wawasan membangunkan bola sepak Johor secara drastik dan terbukti berjaya dalam jangka masa singkat.

Atas semangat dan rekod bersama JDT, beliau dilihat calon kegemaran yang boleh mengangkat martabat bola sepak Malaysia ke aras lebih tinggi.

Strategi

Menjelang Kongres FAM ke-53, 25 Mac depan, beberapa situasi akan menjadi congakan 39 perwakilan daripada 20 ahli gabungan yang akan menentukan milik siapa kerusi panas badan induk bola sepak itu.

Di atas kertas Annuar sudah tewas selepas melihat sokongan sebahagian ahli gabungan FAM yang menyatakan sokongan secara terang-terangan terhadap Tunku Ismail.

Seramai 14 wakil ahli gabungan dilaporkan sudah berikrar untuk memilih pemilik JDT itu sebagai presiden baru FAM. Tunku Ismail sudah selesa menguasai undi tanpa memerlukan strategi kritikal.

Ia membawa maksud sudah TMJ sudah memiliki 28 daripada 39 undi keseluruhan perwakilan dan jika itu benar-benar terjadi beliau akan menguasai mudah dua per tiga jumlah undi.

Justeru, jika sifir itu diguna pakai - apakah pula strategi Annuar dalam mempengaruhi undi kepadanya selepas hanya satu ahli gabungan yang dikatakan mencalonkan namanya untuk bertanding jawatan tersebut.

Namun, sebagai seorang ahli politik yang sudah agak veteran, di samping pengetahuannya dalam bola sepak juga bukanlah calang-calang, Annuar pasti ada 'kerja rumah' dan keyakinan tersendiri.

Peminat bola sepak tempatan sedia maklum kebanyakan persatuan-persatuan negeri ditadbir oleh mereka yang dekat dengan kepimpinan kerajaan negeri. Secara mudahnya kebanyakan mereka ada hubung kait dengan parti.

Tidak mustahil Annuar sedaya-upaya akan menggunakan pendekatan melalui kuasa politik dan kempen tertentu untuk mempengaruhi perwakilan sekali gus meraih undi pada pemilihan exco tertinggi FAM nanti.

Kekuatan

Setiap calon sama ada Tunku Ismail atau Annuar mempunyai kekuatan tersendiri jika diambil kira penglibatan kedua-dua mereka dalam sepak terajang bola sepak.

Tunku Ismail adalah calon muda yang dilihat mempunyai potensi besar untuk bekerja keras dan pastinya sebagai orang muda masih banyak perkara boleh diteroka lebih-lebih lagi dengan minat mendalam.

Malah, beliau sebelum ini banyak melontarkan pandangan soal misi dan wawasan yang perlu ada untuk kemajuan bola sepak di samping sikap tegas dan berterus-terang menjadikannya sebagai calon pilihan ramai.

Kejayaan bersama skaud Harimau Selatan juga menjadi sandaran utama kepada TMJ untuk dipilih sebagai presiden FAM, manakala Annuar juga boleh berbangga dengan rekodnya bersama TRW.

Annuar calon veteran, kekuatannya adalah pengalaman panjang dalam bola sepak walaupun mungkin terhad di dalam dan luar negara.

Sebagai orang politik dan berpengalaman memegang jawatan menteri belia dan sukan, ia juga satu kelebihan kepada Annuar kepada membawa pengaruh terhadap kemajuan bola sepak negara.

Kelemahan

Aspek ini begitu jelas berbeza antara kedua-dua calon ini jika ukurannya adalah bola sepak itu sendiri.

Keterlibatan Annuar dalam politik misalnya, mewajudkan tanda tanya - tentang sejauh mana beliau boleh memberi tumpuan terhadap bola sepak atau hanya duduk di kerusi tertinggi dan membiarkan orang-orang di bawah melakukan kerja?

Beliau juga sedikit sebanyak terpalit dengan isu-isu semasa yang menjejaskan imej dan kredibiliti sebagai tokoh pimpinan, seperti dakwaan isu penyelewengan dana Majlis Amanah Rakyat (MARA), walaupun masih disiasat.

Rakyat yang menjadi tunjang sokongan kepada bola sepak negara pastinya mahukan individu yang bersih daripada sebarang skandal.

Sementara itu, Tunku Ismail pula adalah kerabat istana. Seperti dilaungkan sesetengah pihak khususnya di kalangan penyokong betapa mereka menolak jika FAM terus ditadbir kerabat diraja.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa