Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 6, 2017

Apa hal pulak ni: "all the haters are punde*"

'Semua pembenci JDT adalah punde*!'
mk      Hari ini, 5:21 petang
Meraikan kemenangan selepas kejayaan pasukan menjulang piala yang dianggap berprestij merupakan perkara biasa bagi mana-mana pemain bola sepak.

Namun, gelagat kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menyambut kemenangan pasukan itu ketika menjuarai Piala Malaysia semalam dianggap keterlaluan bagi sesetengah peminat sukan bola sepak tempatan.

Mungkin kerana terlalu teruja, gembira dan bercampur geram, pemain pertahanan JDT itu mengeluarkan perkataan kesat dan tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemain profesional.

Dalam satu rakaman yang kini viral di media sosial, Safiq melontarkan kata-kata "all the haters are punde*" yang ditujukan kepada 'pembenci-pembenci' JDT ketika beliau bersama pemain-pemain lain berpesta di tepi padang.

Aksi itu bagaimanapun mengundang cemuhan daripada sebahagian peminat bola sepak tanah air.

"Jangan sombong la. Kenal asal usul kau. Dulu kau dari mana, kau bukan anak jati J (Johor) tu. Tunggu masa kau kena macam Safee Sali, Mat Yo dan Amri Yahyah. Masa tu jangan tanya kalau team lain dah tak nak ambil kau ok," kata Akram Zaki menerusi komen pada pautan video yang disiarkan laman Facebook Wiki Rakyat.

Kay Ramly pula berkata "Liga Malaysia je pun. Tak ada negara lain yang fokus untuk piala kita la. Kita je syok sendiri. Christiano Ronaldo pun tak perangai macam ni".

JDT menewaskan juara bertahan, Kedah dengan 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam sekali gus mengakhiri kemarau panjang selama 26 tahun.

Sementara itu, Safiq menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers menyifatkan kemenangan JDT merupakan kejayaan pertama kali buatnya dirinya secara individu.

Tanpa menyentuh mengenai rakaman yang viral itu, Safiq mengucapkan terima kasih kepada semua keluarga JDT termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan berkata pasukan itu telah mengharungi pelbagai kenangan pahit dan manis bersama.

"Yang paling penting adalah walau apa sekali pun orang katakan, kita tetap bersatu sebagai sebuah keluarga," katanya.

Menurut Safiq beliau tidak mahu kejayaan itu berhenti setakat ini sahaja dan berharap musim akan datang pemain JDT akan berjaya mencipta lebih banyak sejarah untuk pasukan itu.

"Saya telah menjulang semua piala di Malaysia namun saya sentiasa dahagakan kejayaan.

"Saya perlukan lagi kejayaan demi kejayaan untuk kelab dan juga pencapaian secara individu. Saya tidak boleh berhenti setakat ini dan saya perlu tingkatkan lagi prestasi perlawanan saya pada masa akan datang," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa