Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, May 10, 2017

Mengagumkan: Lutut Paling Kuat Pernah Ditemui!

Doktor Kagum, Lutut Ibrahimovic Paling Kuat Pernah Ditemui
mStar - Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 7:45 AM
DOKTOR yang merawat Zlatan Ibrahimovic sangat kagum dengan kekuatan lutut penyerang Manchester United itu.

Disebabkan lutut Ibrahimovic yang disifatkan 'paling kuat pernah ditemui', pasukan perubatan telah meminta untuk melakukan penyelidikan ke atasnya lututnya apabila dia bersara kelak.

Ibrahimovic menjalani pembedahan ligamen bulan lalu selepas mengalami kecederaan 'ketara' ketika United menang ke atas Anderlecht dalam saingan suku akhir Liga Europa.

Perlawanan itu hampir pasti menjadi perlawanan terakhir buat pemain berusia 35 tahun itu untuk United selepas dia difahamkan telah menolak tawaran Jose Mourinho untuk melanjutkan kontrak apabila pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

Gambar Ibrahimovic bertongkat dan memakai pendakap lutut telah dirakamkan di Amerika Syarikat tetapi ejennya Mino Raiola telah memberikan maklumat yang agak pantas.

"Lututnya sangat kuat sehinggakan doktor berkata mereka tidak pernah menemui lutut sekuat itu," kata Raiola kepada Expressen.

"Dia mempunyai lutut yang hampir mustahil untuk dimiliki oleh seorang pemain bola sepak yang sudah 20 tahun bermain bola sepak. Ia agak bersih, tidak ada bahaya di dalamnya," katanya.

"Zlatan begitu kuat, sehinggakan doktor mahu dia kembali untuk tujuan penyelidikan selepas kariernya tamat.

"Mereka bekerja di institusi penyelidikan lutut dan ligamen terbaik di dunia.

"Mereka banyak menyelidik mengenai perkara ini dan itulah sebabnya mereka lebih baik berbanding yang lain. Dan doktor-doktor di sana mahu Zlatan kembali untuk melakukan kajian ke atasnya," katanya.

Mourinho telah berjanji untuk membawa Ibrahimovic ke Stockholm dalam tempoh dua minggu jika United mara ke perlawanan akhir Liga Europa.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa