Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 8, 2017

Bola sepak: Bale pula jadi rebutan......

Mourinho Belum Mengalah
Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 7:28 AM
JOSE Mourinho menegaskan beliau akan terus berusaha mendapatkan khidmat Gareth Bale jika pemain sayap Real Madrid itu disisihkan daripada kesebelasan utama dalam pertemuan Piala Super Eropah antara Manchester United dan pasukan Sepanyol itu.

Bale diangkat sebagai pemain termahal dunia apabila menyertai Madrid dari Tottenham Hotspur dengan perpindahan bernilai 85.5 juta pound sterling.

Kedudukannya di Santiago Bernabeu agak samar susulan dihimpit kecederaan pada kempen musim lalu yang menyaksikan dia tidak disenaraikan dalam skuad utama menentang Juventus pada aksi final Liga Juara-Juara.

Jelas Mourinho, beliau akan menganggap ketiadaan bintang Wales itu sebagai satu petanda bahawa Bale ada harapan untuk dibawa masuk ke Old Trafford.

"Jika dia tiada dalam perancangan kelab, saya akan cuba menunggunya dan bersaing dengan jurulatih lain yang mahukannya bersama kelab mereka. "Jika dia bermain esok, saya tidak akan fikir mengenainya kerana dia dalam perancangan jurulatih dan juga kelab. Dia juga ada motivasi untuk kekal bersama Real Madrid," kata Mourinho.

United telah menandatangani kontrak bersama penyerang Romelu Lukaku, pemain tengah Nemanja Matic dan pemain pertahanan Victor Lindelof pada musim panas ini dengan perbelanjaan sekitar 146 juta pound sterling.

Malah, tiga pemain itu masih belum mencukupi kerana Mourinho mahu membawa masuk seorang lagi pemain baharu untuk membantu United menghadapi saingan musim akan datang.

Piala Super Eropah merupakan satu-satunya trofi yang belum dimenangi Mourinho sebagai jurulatih selepas pasukan yang dikendalikannya iaitu Porto (2003) dan Chelsea (2013) tewas kepada lawan masing-masing.

United turut gagal memenangi trofi itu sejak 1991 dan Mourinho menyifatkan pasukannya sebagai underdog jika dibandingkan dengan Real Madrid.

"Kami akan cuba tetapi perbezaan antara juara Liga Juara-Juara dan pemenang Liga Europa amat ketara. Terdapat perbezaan yang besar dari segi kualiti tetapi tiada apa yang mustahil," katanya.

Pada masa sama, Mourinho turut menyatakan kebimbangan mengenai cuaca panas di ibu negara Macedonia sehingga memaksa penganjur kejohanan, UEFA untuk menyembur air di tengah padang semasa pertemuan itu nanti. - sumber

3 comments:

  1. Hmm is anyone else encountering problems with the images on this blog loading?
    I'm trying to determine if its a problem on my end or if it's the blog.
    Any responses would be greatly appreciated.

    ReplyDelete
  2. magnificent points altogether, you simply gained a brand new reader.
    What could you recommend in regards to your post that you just
    made some days ago? Any certain?

    ReplyDelete
  3. I think the admin of this site is actually working hard in support of his website, because here every information is quality based stuff.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa