Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 7, 2017

'Salah yang betul'

'Bukan Salah tetapi betul'
Ian Johan AriffAstro Awani |  November 06, 2017 14:49 MYT
'Bukan Salah tetapi betul'
Salah yang dilihat sentiasa tersenyum dalam gambar yang diposkan dalam akaun Instagramnya berjaya menutup mulut pengkritik tanpa perlu berbicara. - Foto REUTERS
BERITA penghijrahan penyerang Mohamed Salah dari kelab Roma ke Liverpool dengan nilai £39 juta (RM216 juta) pada Jun tahun ini dianggap satu pembaziran dan juga jenaka buat sesetengah pihak.

Antara alasan yang diberikan; Salah gagal menyerlah di Chelsea dengan hanya menjaringkan dua gol daripada 13 perlawanan semasa bersama kelab London itu dan liga Inggeris lebih mencabar berbanding liga Itali.

Bagaimanapun Salah yang dilihat sentiasa tersenyum dalam gambar yang diposkan dalam akaun Instagramnya berjaya menutup mulut pengkritik tanpa perlu berbicara.
Setakat ini, Salah telah menjaringkan tujuh gol daripada 36 percubaan dalam Liga Perdana Inggeris (PL) dan empat gol dari 21 percubaan, selain empat gol dalam aksi liga juara-juara Eropah (UCL).

Pada musim 2013/2014, Suarez menjaringkan 31 gol untuk Liverpool dan sejak perpindahannya ke Barcelona, tiada seorang pemain Liverpool berjaya menjaringkan lebih daripada 14 gol yang dibuat Philippe Coutinho pada musim lepas.

Menurut laporan BBC, Salah sudahpun menjaringkan 12 gol sejak menyertai Liverpool dan jumlah tersebut lebih baik daripada Fernando Torres dan Suarez dalam 17 perlawanan pertama untuk the Reds.

Pada 2007, Torres menjaringkan 11 gol dalam tempoh yang sama sementara Suarez menjaringkan tujuh gol.

Salah juga muncul wira Mesir apabila menjaringkan lima gol dalam kempen kelayakan Piala Dunia termasuk dua gol ke atas Congo yang memastikan Mesir layak ke Rusia 2018 dengan kemenangan 2-1.

Kali terakhir Mesir layak ke Piala Dunia adalah pada 1990.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa