Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 21, 2010

Betul Juga Tetapi......

"DAP juga katanya menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS"

Tetapi adakah DAP menerima perjuangan PAS untuk menegakkan Islam?
Perkataan "Over my dead body" oleh Karpal masih terpahat di ingatan!

KOTA BAHARU, 21 Mei (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pengalaman lepas juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"...kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita," kata Nik Abdul Aziz pada kuliah mingguannya, di sini pada Jumaat.

Nik Abdul Aziz berkata PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip 'menang-menang' yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.

"Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas," katanya.

Beliau juga mempertahankan kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah banyak membantu masyarakat Cina memahami Islam dan tidak lagi menganggap masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.

DAP juga katanya menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS.

Thursday, May 20, 2010

Jambangan Pun Marah!

Terima Kasih Kerajaan Kelantan

KOTA BAHARU, 19 Mei — Kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.

“Kertas cadangan itu telah diperincikan di peringkat jawatankuasa portfolio saya dan akan diangkat ke mesyuarat Exco minggu depan sebelum diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Mingguan Exco, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Menurutnya, pada dasarnya kerajaan negeri sudah lama bersetuju melaksanakan peraturan itu, tetapi mengikut prosedur ia perlu dibentangkan di peringkat mesyuarat Exco untuk mendapat kelulusan.

Ditanya sama ada peraturan baru itu boleh menjejaskan produktiviti kerja penjawat awam, Wan Ubaidah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang, berkata penjawat awam di jabatan kerajaan negeri ramai dan boleh membantu tugas kakitangan yang cuti bersalin.

“Oleh itu, kita tidak bimbang dengan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin 60 kepada 90 hari ini boleh menjejaskan produktiviti kerja kakitangan awam,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri terpaksa mengambil masa agak lama untuk meluluskan peraturan itu kerana ia melibatkan banyak implikasi, termasuk pencen kakitangan terbabit.

Beliau berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor dan Kedah memperkenalkan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi penjawat awamnya.

“Kita memikirkan usaha melanjutkan tempoh cuti bersalin itu perlu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kakitangan yang berkidmat dengan kerajaan negeri supaya dengan itu mereka dapat menjaga penyusuan anak dan keluarga dalam tempoh pantang itu,” katanya.

Langkah yang diambil kerajaan itu selaras dengan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memartabatkan golongan wanita sebagai salah satu sayap penting dalam pembangunan negara.

— Bernama

Wednesday, May 19, 2010

Kalaulah Benar, Alhamdulillah

Majoriti Rakyat Kelantan akan menyambut dengan gembira sekiranya desas-desus ini menjadi kenyataan. Hakikatnya rakyat telah jemu dan jelik dengan kekalutan dan pelbagai kerenah di sebalik pagar Istana Kelantan. Rakyat Kelantan malu dengan apa yang berlaku.

Desas-desus kuat mengatakan kemelut Istana Kelantan akan berakhir dalam masa terdekat dengan pertabalan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai sultan.

Bagaimanapun pihak Istana Kelantan sehingga kini mengambil pendekatan berdiam diri serta enggan mengulas lanjut berhubung khabar angin berkenaan.

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, beliau tidak mengetahui mengenai desas-desus berkenaan.

Malah beliau turut menyatakan tidak layak untuk menjelaskan mengenai perkara berkenaan kerana hanya bertugas sebagai pegawai kerajaan.

“Saya tidak tahu (pertabalan sultan), saya tak layak komen tentang perkara ini… saya hanya pegawai sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa tulisan di blog-blog yang mengatakan Pemangku Raja akan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan dalam masa terdekat.

Blog-blog berkenaan juga mengatakan dengan pertabalan Tengku Muhammad Faris, ia akan menamatkan krisis Istana Kelantan yang berlanjutan sehingga hampir setahun sejak Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra gering.

Baginda kemudiannya dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth pada 14 Mei tahun lalu berikutan serangan jantung.

Seiiring dengan itu, Tengku Muhammad Faris dilantik sebagai Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lalu. -mStar

Tuesday, May 11, 2010

Kelebihan Melayu

Dengki, dendam dan hasad adalah terlalu sinonim dengan Melayu. Lalu kerana perasaan dengki dan sakit hati menguasai diri, mereka sanggup lakukan apa saja untuk kenakan orang lain yang seagama dan sebangsa dengan melemparkan Iman dan rasa kesihan belas ke lurah dendam.

Baru-baru ini Isteri kepada seorang sahabat saya telah kembali ke Rahmatullah akibat perbuatan ini. Rela berhabis duit mengupah Bomoh Siam semata-mata dengki dan kenakan mereka sekeluarga. Purak puranda jadinya keluarga itu. Tetapi ditakdirkan hanya isteri beliau yang terkena teruk dan menderita beberapa ketika sebelum ajal tiba.

Perkara yang membawa bencana hanyalah rumah sahabat saya ini lebih cantik dan menukar kereta baru!

Semasa isterinya menderita sakit, Keluarga sebelah isterinya juga berubah membencinya sekeluarga. Pada mulanya keluarga isterinya memujuk supaya berpindah ke rumah keluarga supaya berdekatan dan boleh menjaga si sakit.

Beliau akur dan pindah ke rumah Mak Mertua/Ibu siIsteri tetapi akhirnya seluruh keluarga termasuk adik beradik dan Mak Mertua sendiri membenci dan memusuhi mereka. Isterinya yang sedang sakit dimarah dan dimaki hamun oleh Ibunya sendiri serta adik beradik siIsteri. Anak-anaknya diperli dan ditengking.

Dengan membawa kekecewaan bersama, mereka berpindah ke rumah sendiri. Semasa Isterinya meninggal pun tidak siapa dari keluarga isterinya melawat atau membantu perkebumiannya. Yang ada hanyalah keluarga di sebelahnya (suami).

Gambar-gambar dibawah adalah sebahagian benda-benda yang dihantar oleh siPendengki dan ditemui oleh sahabat saya itu (suami mangsa)



Bomoh Dan Khurafat Di sisi Sultan?

Benarkah cerita ini?

Dua orang kakak kepada Sultan Kelantan – Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra – hari ini mendakwa bahawa Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, yang mengawal ketat sultan.

Mereka mendakwa, Tengku Anis yang mengawal siapa yang boleh menziarahi sultan, dan polis, doktor serta kakitangan hospital menjadi sasaran gangguan para pembantunya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Rumah Kelantan di ibunegara hari ini, Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra berkata, beliau difahamkan seorang kakitangan hospital telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Sultan Kelantan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu, Kelantan.

Sidang akhbar tersebut merupakan perkembangan terbaru dalam pergolakan keluarga diraja Kelantan antara Tengku Fakhry Petra dengan abangnya, Tengku Faris Petra, berhubung takhta kerajaan negeri.

Seorang lagi kakak baginda, Tengku Rozan berkata, beliau dan Tengku Salwani dilarang Raja Perempuan daripada menziarahi sultan ketika baginda dirawat di Singapura sebelum ini.

Beliau mendakwa, mereka dilarang berbuat demikian selama sembilan bulan mereka berada di republik itu.

Pelawat lain, katanya, termasuk pakar perubatan dan pakar agama dari Malaysia, juga turut dilarang daripada menemui baginda.

Dakwanya lagi, hanya mereka yang menyokong Raja Perempuan dibenarkan melawat baginda.

Tengku Rozan juga berkata ada sebab-sebab untuk mempercayai bahawa Raja Perempuan telah menggunakan bomoh untuk ‘merawat’ sultan dengan “barang-barang yang diragui dari segi hukumnya” ditemui dekat baginda di Singapura.

Ciplak dari sini

Rupanya satu spesis dengan cerita saya di atas.

Friday, May 7, 2010

Apa Hal Pula Nih?

Rakyat Kelantan sudah bingong, dibingongkan oleh Pelawak-Pelawak dari dalam pagar Istana. Macam-macam hal timbul dari dari sana. Dari perlantikan Pemangku Raja. Perlantikan dan pemecatan silih berganti di dalam Majlis Perajaan sehinggalah 'perlantikan' Setiausaha Sultan dan Pengawal Istana pula ditembak.

Terkini adalah peristiwa 'ditahan' membawa kepada tindakan di bawah. Tahukah mereka yang Rakyat sudah muak nak termuntah dengan gelagat mereka?

Sumber dari
mk oleh Salhan K Ahmad
Mei 7, 10
3:00pm

Sultan Kelantan Tuanku Sultan Ismail Petra Tengku Yahya Petra hari ini memfailkan satu writ habeas corpus berhubung penahanan yang didakwa dialami oleh baginda.

Permohonan itu merupakan kes pertama seumpamanya yang akan didengar di Mahkamah Khas sejak ditubuhkan pada 1993.

Permohonan ini akan mula didengar di Mahkamah Khas di Putrajaya Isnin ini, dengan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Ia difailkan pada kira-kira jam 11.45 pagi ini melalui enam peguam mewakili baginda.

Raja Aziz Addruse yang mengetuai barisan peguam berkenaan berkata, permohonan hanya dapat difailkan hari ini setelah mereka berjaya mendapatkan arahan daripada ahli keluarga diraja itu.

"Biar saya jelaskan begini, afidavit ini difailkan untuk menyokong permohonan writ habeas corpus yang disahkan oleh Tengku Temenggong," kata Raja Aziz yang bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Jelasnya, arahan itu tidak semestinya dikeluarkan oleh Tuanku Ismail Petra sendiri.

"Tidak penting bagi kita bahawa (arahan) diberikan oleh baginda. Jika dia tidak (mampu) bertindak sendiri, orang lain boleh mengarahkan untuk kita membawa (permohonan habeas corpus) bagi pihak baginda," kata Raja Aziz (kanan).

Beliau juga mengesahkan bahawa para peguam berjaya mendapatkan arahan daripada ahli keluarga Tuanku Ismail Petra secara berperingkat-peringkat sejak tiga hari lalu.

Seorang lagi peguam, Gobind Singh Deo berkata afidavit tersebut dibuat oleh Tengku Temenggong kerana peguam gagal untuk berjumpa Tuanku Ismail Petra dan raja perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

"Kami pergi ke hospital (HUSM Kubang Kerian) dengan afidavit dan juga (seorang) komisioner dengan niat untuk mendapatkan pengesahan (tuanku). Tapi kami tidak dibenarkan berjumpa dengan tuanku," katanya.

Lima pihak yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu termasuk Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM Kubang Kerian.

Juga dinamakan ialah Ketua Pengarah Kesihatan (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan juga Kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, kerajaan juga dituntut supaya membuat penjelasan berhubung layanan yang diberikan ke atas Sultan Kelantan yang didakwa telah dinafikan hak dan kebebasannya.

Dalam sidang media sama, seorang lagi peguam, Datuk Param Cumaraswamy berkata pihak polis perlu membuat penjelasan segera dalam isu melibatkan penahanan baginda tuanku.

"Kedua-dua ketua polis negeri Kelantan dan ketua polis negara ada banyak penjelasan yang perlu dibuat, mengapa sultan diperlakukan sebegitu rupa.

"Mereka bertanggungjawab (untuk jelaskan) kepada rakyat dan perlu bertanggungjawab atas segala tindakan yang telah diambil," katanya lagi.

Tuesday, May 4, 2010

Laporan Polis

Semalam 3 Mei 2010.

4 Bloggers Kelantan berbincang setelah selesai membuat laporan terhadap kes ugutan bunuh TGNA MB Kelantan oleh seorang Pemuda UMNO.

Laporang dibuat di Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan.

Sunday, May 2, 2010

Siapa Biawak Itu?

Kita sama-samalah tengok nanti siapa biawak, siapa berlidah biawak, siapa yang akan dipanjat biawak, siapa gandum dan siapa pula pengisarnya?

Ha..ha.. drama yang agak suspen!

Tetapi bila diamati dari tulisannya bermula beliau dipecat dari PMBK sehingga kini, agak terang yang diri beliau sendirilah yang berbelit-belit.

Di bawah adalah dari petikan Berita Harian Online

pix_gal0

Penulis blog serah kepada SPRM ambil tindakan kes RM4j

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz tidak berhasrat mendedahkan dalang di sebalik dakwaannya membelanjakan lebih RM4 juta untuk menjalankan aktiviti gerak saraf terhadap Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, penulis blog dikenali sebagai Kickdefella itu menyerahkan kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut selepas memberi keterangan kepada agensi itu kelmarin.

“Tidak perlulah saya dedahkan siapa individu di sebalik isu peruntukan RM4 juta itu. Saya sudah memberi keterangan sepenuhnya kepada SPRM, biarlah mereka menyiasat,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan SPRM mengambil keterangan Syed Azidi berhubung dakwaannya itu dan beliau juga dilaporkan bersedia mendedahkan individu terbabit di sebalik isu peruntukan RM4 juta.

Wang itu didakwanya digunakan untuk membiayai pembelian aset, peralatan, pembayaran upah pekerja, bahan percetakan dan lain-lain bagi tujuan menggerakkan operasi gerak saraf itu.

Sementara itu, beliau dalam blognya semalam mengibaratkan isu berkaitan RM4 juta termasuk aset dan dokumen itu sebagai biawak hidup.
“Sekian lama saya bersabar, tapi bila beberapa blogger yang rapat dengan Husam (Exco Kelantan, Datuk Husam Musa) dan yang mengaku pada saya dibayar oleh Husam mula turut terjerumus dalam permainan ini, maka bagi saya amat senang, saya tiada apa kepentingan lagi dan buat apa saya nak pikul biawak hidup itu lagi.

“Kalau mereka nak biawak hidup itu, ambillah. Semalam saya sudah lepaskan biawak hidup itu dari sangkarnya. Terserahlah kepada SPRM untuk mengesan tuan kepada biawak hidup itu. Siapa yang diserang dari belakang oleh biawak hidup itu, tandanya dia cuba lari. Harap adalah yang sanggup diserang dari hadapan,” katanya.

Syed Azidi mendakwa sering diminta mendedahkan dan membela diri berhubung isu wang operasi gerak saraf yang diberikan kepada beliau selain kaitan dengan Global Media Channel Sdn Bhd.

Katanya, beliau mengetahui dirinya diburukkan supaya cepat melenting dan mendedahkan segala-galanya supaya mudah Husam tersungkur.

Mengulas kenyataan Husam bertajuk `Murahnya nak jatuhkan PM’ yang disiarkan dalam blog pemimpin itu, Syed Azidi berkata: “Jangan terjun dulu bos, setidak-tidaknya biarlah masuk dulu dalam pejabat SPRM... lepas itu terjunlah. Setidak-tidaknya bolehlah kita pasang lilin depan pejabat SPRM dan bolehlah barisan pimpinan pembangkang mabuk menuntut (ditubuhkan) Suruhanjaya Diraja.

“Satu pihak dalam Pas Kelantan dan Pas Pusat mahu melihat saya mendedahkannya kerana mereka mengharapkan skandal RM4 juta ini memudahkan tugas mereka untuk melihat berakhirnya karier politik penulis itu (Husam). Itu harapan mereka lalu saya dijolok-jolok sekian lama.

“Tetapi malangnya, penulis gandum dan telur (Husam) terjerumus dulu di dalam resipi bancuhan kek itu,” katanya.

Saturday, May 1, 2010

Apakah Habuan Najib Untuk Polis Memberikan Kesan Terbalik?

Adakah Polis merasakan memang dilindungi dan bebas bertindak tanpa takut kerana merasakan lebih berkuasa?

Saya amat kesal dengan prestasi polis. Beberapa bulan kebelakangan ini, pasukan polis bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk membina imej mereka. Malah, Perdana Menteri Najib Razak telah memutuskan untuk mempertingkatkan kebajikan polis, dengan harapan untuk memperkemaskan pasukan polis, lantas mengembalikan kewibawaan polis. Namun, kini polis disyaki memperlekehkan nyawa rakyat, membunuh mereka yang tidak berdosa, mengakibatkan usaha sebelum ini disia-siakan begitu sahaja.

Selanjutnya sila ke sini

Keteguran Ke, Budak Nih?

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung dakwaannya menerima lebih RM4 juta.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata Syed Azidi tiba di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 6 petang.

Baru-baru ini Syed Azidi mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi .

Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan. — Bernama

Sibangang mana yang percayakan dia dengan RM4 juta?
Apa pun bohong dia ni dimakan oleh Dato' Sri Mustafa Mohammmad dan dihighlightkannya ketika Majlis Tauliah Perlantikan JKKP semalam di YBK Kelantan, Peringat., Kota Bharu.

Friday, April 30, 2010

Aku Gelak Besar!

Setan kecil produk UMNO yang bercakap besar. Dari anak matanya, hatinya juga kecil!
Tak payah risau, cakap ajer besar saja nak gedebekan diri!

Thursday, April 29, 2010

Kenali Sikap Polis Malaysia

Tiga intipati di dalam Sidang Akhbar YB Khalid Samad berkenaan tembakan Polis yang membunuh seorang anak manusia berusia 15 tahun di Shah Alam pada 26 April.

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.


2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

Tuesday, April 27, 2010

Katak Yang Sangka Perutnya Lebih Besar Dari Lembu

Kepada yang ada otak, adakah 2 soalan di bawah adalah salah/tidak boleh/taboo untuk ditanya dan meminta penjelasan dari DUN?

Soalan ini dibantah dan digegak gempitakan oleh UMNO. Taat dan hormat sangatkah UMNO terhadap Sultan dan Raja?

Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:

  • Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?

  • Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?
  • Monday, April 26, 2010

    Sokong Bawa Rebah, Di mana Silapnya?

    BETONG: Kegiatan seorang guru lelaki dari Semenanjung menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di sini, terbongkar apabila polis menahannya bersama 1,862 pil nospan, di sini, petang semalam.

    Dalam tangkapan di Jeti Sungai Saribas, Pusa, kira-kira jam 4.30 petang semalam, suspek yang berusia 24 tahun dan berasal dari Kedah dalam perjalanan pulang ke Beladin bersama isteri dan seorang anaknya selepas dipercayai mengambil bekalan dadah dari Kuching. Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek yang bertugas di sebuah sekolah di Beladin, dipercayai menjadi pengedar dadah kepada pelajar sekolah sekitar kawasan berkenaan.

    “Ketika ditahan, suspek cuba melawan dan cuba melarikan diri namun terpaksa menyerah selepas dikepung anggota polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah.

    “Selain sejumlah pil nospan yang dianggar bernilai lebih RM1,000, turut ditemui dadah jenis ganja seberat 10 gram. Suspek dan keluarganya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

    Difahamkan, suspek yang berkahwin dengan isterinya, seorang warga tempatan, bertugas lebih lima tahun di sekolah berkenaan selain kerap ke Kuching bagi mendapatkan bekalan dadah pelbagai jenis bagi dijual kepada pelajar sekolah.
    Bukhori berkata, berdasarkan siasatan awal, polis mempercayai suspek menjalankan kegiatan mengedar dadah di Beladin sejak setahun lalu dan mempunyai rangkaian pelajar yang dijadikan orang tengah.

    Katanya, polis tidak menolak kemungkinan akan menahan beberapa individu tempatan lagi yang dipercayai menjadi orang tengah kepada suspek.

    “Siasatan ke atas suspek sedang dilakukan mengikut Seksyen 6 dan 30 Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan perintah tahanan reman akan dibuat esok (hari ini) di Mahkamah Majistret Betong,” katanya.

    Tangkapan ini adalah yang pertama di Betong membabitkan guru yang bertugas di kawasan pedalaman mengedar dadah.

    Bulan lalu, seorang bekas guru berasal dari Kedah ditahan di Kuching kerana cuba menyeludup daun ketum

    Friday, April 23, 2010

    Satu Cara Meraikan Gol!

    Dasar Biawak!

    Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor, hari ini mencabar ketua umum PKR dan presiden parti itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, supaya menjelaskan kedudukan enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

    Berita Harian Online memetik Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, mereka berdua sepatutnya mendedahkan kandungan kotak berkenaan yang dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

    Sambil menegaskan beliau tidak pernah menyimpan kotak berkenaan atau membaca kandungan dokumen di dalamnya, Ezam berkata beliau hanya ditunjukkan kotak berkenaan ketika disimpan di kediaman Anwar selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat.

    "Selepas dipenjara, Anwar memesan melalui Wan Azizah supaya saya sentiasa membangkitkan soal kandungan kotak berkenaan pada ceramah dan saya hanya menurut perintah....Saya difahamkan kotak berkenaan kemudian diberi kepada beberapa saudara dan rakan untuk disimpan di dalam dan luar negara.

    "Sebaliknya, apabila saya keluar daripada PKR, mereka menyatakan saya yang menyimpan kotak berkenaan untuk menjejaskan kredibiliti saya....Justeru, saya mencabar Anwar dan Wan Azizah mendedahkan kandungan kotak berkenaan," kata Ezam di Rumah Kelantan di Bukit Beruntung, tengah hari tadi.

    Ezam diminta mengulas isu kotak berkenaan yang sebelum ini menjadi modal ceramah beliau serta pemimpin PKR untuk memburuk-burukkan pemimpin kerajaan kepada rakyat.

    Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, beliau bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

    Semalam, Ezam mendakwa mempunyai dokumen lengkap yang dapat membuktikan Anwar mempunyai hubungan dengan pemimpin Yahudi.

    Malah, katanya, beliau bercadang menyerahkan dokumen berkenaan kepada Parlimen sebagai bukti yang Anwar memang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Yahudi.

    Sumber mk

    Wednesday, April 21, 2010

    Pantai Sabak Yang Tercedera

    Sabak yang terkenal dengan keindahannya pada suatu masa dulu telah mengalami kesuramannya kini. Sabak memang benar-benar dicederakan oleh kemarahan alam dengan kehendak Allah, inilah rupa Sabak yang cukup tersohor di zaman maksiat tidak terhalang sedikit masa dulu.

    Sunday, April 11, 2010

    Kalau Benar, Kenapa Susah

    Komen saya : Sekiranya benar-benar bersih, kenapa tidak mahu dipandang bersih?

    Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

    Dr Pornthip memberitahu
    Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

    Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

    Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

    "Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

    Sumber mk

    Majlis Di KL

    Assalamu alaikum w.b.t kepada semua rakan Bloggers dan Pengunjung. Pak Din mohon maaf kerana sudah 10 hari blog ini tidak diupdate. "Selamat bertemu kembali di alam Maya"

    Sebenarnya Pak Din telah alami sedikit deraan dari Yang Maha Pemcipta. Sejak hari pertama tiba KL lagi telah bermasalah dengan gig dan gusi yang sakit dan bengkak. Dan sehingga ke hari ini masih belum sembuh sepenuhnya. Dah 3 kali ke Dentist barulah lega sikit. Sakit dan derita hanya Dia yang Maha Tahu. Padan muka aku!
    Inilah pipi yang bengkak itu

    Dari Ipoh ke KL, Stering barikan kepada adik (anak kedua) setibanya di R&R Gopeng kerana sudah hilang fokus memandu. Adik pecut sehingga 180 kph pun Pak Din tak peduli. Lantaklah asalkan sampai dan boleh beli ubat.

    Di bawah ini Pak Din uploadkan beberapa gambar di majlis Akad Nikah dan Persandingan anak saudara Irfan Hafiz Azni dan Isterinya Wan Amiraturrahman.

    Bapa dan Keluarga Pengantin Lelaki

    Hantaran

    Pengantin Lelaki Irfan Hafiz Azni Bin Mohammad


    Akad Nikah

    Berjalan ke Pelamin

    Bersanding

    Kakak Keempat dan Kedua serta Suami

    Kakak Kedua dan Suami

    Cucu Saudara dan bapnya