Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 4, 2014

Petua Daging Sembelihan Rasa Manis

Kena lurut pisau dengan jari manis

Tarik golongan muda: PAS Perlu Ubah Cara Pimpinan Terlebih Dahulu!

PAS perlu ingat, gen Y (rujuk di kaki N3 ini) merupakan generasi berpelajaran dan boleh berfikir
Jadi PAS perlukan pimpinan yang boleh diterima oleh mereka

Pemuda PAS Kelantan cari tonik baru tarik golongan muda
 | October 4, 2014
Kita menyedari banyak faktor kekalahan baru-baru ini terutamanya ialah kita berdepan dengan jentera pusat sekali gus memperlihatkan sokongan terutamanya daripada golongan muda semakin menurun.
fadhli shaariKOTA BHARU: Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, PAS Kelantan sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan kembali sokongan anak muda kepada PAS dalam PRU 14 nanti.
Beliau berkata, ekoran kekalahan PAS di PIlihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, pihaknya telah melakukan ‘post-mortem’ untuk mengenal pasti kelemahan yang ada.
“Kita menyedari banyak faktor kekalahan baru-baru ini terutamanya ialah kita berdepan dengan jentera pusat sekali gus memperlihatkan sokongan terutamanya daripada golongan muda semakin menurun,” katanya.
Jelasnya lagi, melalui ‘post-mortem’ tersebut banyak perkara yang akan diperbaiki.
“Selepas ini kita akan mempergiatkan lagi usaha untuk menambah sokongan muda di seluruh Malaysia,” ujarnya menerusi laporan Sinar Harian.

Gen Y 
Definition
The generation of people born during the 1980s and early 1990s. The name is based on Generation X, the generation that preceded them.
Members of Generation Y are often referred to as “echo boomers” because they are the children of parents born during the baby boom (the “baby boomers”). Because children born during this time period have had constant access to technology (computers, cell phones) in their youth, they have required many employers to update their hiring strategy in order to incorporate updated forms of technology. Also called millennials, echo boomers, internet generation, iGen, net generation.

Segala-Galanya Hitam!

When someone mentions the creature that's completely black, who's bones are black, who's organs are black and even blood has really dark color, you're probably imagining some sinister creature that lurks in the night. You've never been further away from the truth. These completely black chickens, that originate in Indonesian island Java, called Ayam Cemani (Ayam means "chicken" in Indonesian and Cemani is "completely black" in Javanese) are prised possession of every farmer and are rather rare
 
 
 
  

MB 'Terjah' lori sampah: Jangan Hangat-Hangat Taik Ayam Dah Ler!

MB baru 'terjah' lori sampah ala-Jokowi
mk - 10:47AM - 4 Oct 2014

Dari longkang sehingga lori sampah, tiada apa-apa terlalu remeh buat Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali - sekurang-kurangnya itulah imej yang tergambar melalui publisiti yang menggelarkan beliau sebagai Jokowi Malaysia.

Dengan telefon pintar yang setiasa tersedia, penyokong Azmin telah membanjiri media sosial dengan gambar beliau yang kelihatan seperti tidak kisah untuk mengotorkan kemeja putih lengan pendeknya sewaktu turun padang.

Gambarnya sewaktu memanjat lori sampah pagi semalam mengingatkan kita kepada sidang media di tapak pembuangan sampah oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, yang meningkat popular dalam politik secara sekelip mata.

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dikenali ramai dengan gaya 'blusukan' (istilah Indonesia untuk turun padang) sejak beliau berkempen untuk jawatan gabenor Jakarta lagi sebelum menang pemilihan presiden Indonesia.

Namun, Azmin menggunakan istilah "terjah', istilah dengan rujukan budaya popular yang biasanya merujuk kepada situasi apabila selebriti didatangi wartawan dan jurugambar secara mengejut.

Istilah itu diguna Azmin sewaktu membalas twit seorang penyokongnya yang menghantar imej beliau memanjat lori sampah ke laman blog mikro Twitter.

Pesuruhjaya PAS Terengganu jadi jurucakap BN - PasMa


Setiausaha Agung Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Mohd Taib Ahmad kata Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu seolah-olah jurucakap kepada Barisan Nasional kerana sejak akhir-akhir ini beberapa kenyataan yang beliau keluarkan banyak menghentam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2014.Setiausaha Agung Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Mohd Taib Ahmad kata Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu seolah-olah jurucakap kepada Barisan Nasional kerana sejak akhir-akhir ini beberapa kenyataan yang beliau keluarkan banyak menghentam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2014.Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu seolah-olah jurucakap kepada Barisan Nasional kerana sejak akhir-akhir ini beberapa kenyataan yang beliau keluarkan banyak menghentam Pakatan Rakyat, dakwa PasMa.
Setiausaha Agung Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) itu, Mohd Taib Ahmad dalam kenyataannya berkata, tindakan Satiful Bahri Mamat itu tidak wajar jika beliau merasa masih bersama dalam Pakatan Rakyat.
"Sepatutnya sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang merupakan negeri Presiden PAS, beliau menyokong dan mendokong Pakatan Rakyat bukannya menyerang rakan sendiri.

"Kerana sikap sebeginilah membuatkan ada tuduhan terhadap PAS dan terhadap Presiden PAS sendiri, PAS mahu tinggalkan Pakatan dan menyertai BN," kata Taib.
Taib dipercayai mengulas kecaman yang dibuat oleh Satiful terhadap Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang mendakwa menteri besar yang baru itu mengzalimi Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menurut Utusan Malaysia hari ini, Satiful mengadakan sidang media bagi menyatakan sikap itu dengan menyerang Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam dua isu berbeza.
Di Selangor, PAS Terengganu menempelak tindakan kerajaan PKR Selangor yang mengarahkan bank membekukan akuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tindakan Kerajaan PKR Selangor itu disifatkan sebagai tidak adil dan bermotifkan dendam sehingga sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa politik mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Satiful juga berkata, PAS Terengganu kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang didakwanya menyingkirkan Bendahari PAS negeri itu, Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Taib berkata, kenyataan beliau mengenai PasMa juga bercanggah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden dan Setiausaha Agong yang mengatakan bahawa PasMa adalah sebuah NGO sahaja dan tidak mengancam PAS.
Malahan, kata Taib dalam kenyataannya, arahan yang dikeluarkan oleh beliau seoalah-olah PasMa adalah pertubuhan haram yang tidak boleh disertai dan diikuti program yang dianjurkan.
Sedangkan PasMa adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang Malaysia.
Ini berikutan arahan yang dikeluarkan oleh PAS Terengganu yang menghalang mana-mana ahlinya dari menyertai atau melibatkan diri dengan kegiatan PasMa. – 3 Oktober, 2014.

Dosa sulit untuk dihindari: Menarik Untuk Direnungi!

Kesombongan: Dosa sulit untuk dihindari
Sesungguhnya mudah bagi seseorang meninggalkan dosa-dosa besar, namun ada beberapa dosa yang bersifat halus dan tersembunyi sehingga tidak disedari seseorang, atau kalau pun yang bersangkutan menyadarinya tetap saja sulit baginya untuk membuangnya.
Sebagai contoh, demam typhus yang merupakan penyakit berat yang diikuti demam tinggi, bisa segera diobati dengan obat yang tepat, tetapi tuberkulosa yang bekerja diam-diam tak terlihat malah lebih sulit pengubatannya.
Begitu juga dengan dosa-dosa halus yang tersembunyi dengan akibat manusia bersangkutan tidak bisa mencapai darjat kerohanian yang luhur.
Bentuknya adalah dosa-dosa akhlak yang menimbulkan gangguan dalam kehidupan sosial.
Perbedaan sedikit saja dalam status sosial telah menimbulkan kedengkian, kebencian, kecemburuan, kemunafikan dan ketakaburan dimana seseorang lalu memandang rendah saudaranya.
Kalau ada seseorang yang melakukan solat secara patut selama beberapa hari dan orang-orang memujinya karena itu, ia lalu menjadi korban kesombongan dan rasa harga diri tinggi sehingga kehilangan ketulusan yang sebenarnya menjadi tujuan pokok daripada peribadatan.
Jika Allah s.w.t. menguruniakan kekayaan, pengetahuan, status sosial yang tinggi atau kehormatan, orang cenderung mulai memandang rendah saudaranya yang lain yang tidak memperoleh kurnia tersebut.
Bila karena sifat keras kepala atau rasa permusuhan, hubungan seseorang dengan saudaranya menjadi buruk, biasanya ia cenderung menyibukkan dirinya siang dan malam mencari-cari kesalahan saudaranya atau mengadukannya kepada yang berwenang dengan cerita kelemahan yang dikarang-karang agar ia bisa menggantikan posisi saudaranya itu, padahal ia sendiri yang mempunyai kelemahan dimaksud.
Semua itu merupakan dosa-dosa tersembunyi yang sulit dibuang.
Sifat takabur/kesombongan termasuk di dalamnya dan dimanifestasikan dalam berbagai bentuk.
Para ahli agama pun juga ada yang menderita penyakit ini berkaitan dengan pengetahuan yang dimilikinya.
Mereka menyibukkan diri sepanjang waktu mencari-cari kesalahan satu sama lain di bidang intelektual dengan tujuan mempermalukan dan merendahkan yang lainnya.
Sulit sekali mengenyahkan dosa-dosa halus seperti itu padahal termasuk dosa yang tidak diampuni menurut kaedah Ilahi.
Tidak hanya manusia awam yang terjangkiti dosa ini, karena juga terdapat pada orang-orang yang biasa menghindari dosa-dosa umum serta dipandang sebagai ulama, cendekiawan atau mereka yang berderajat tinggi.
Terhindarnya dari dosa-dosa tersembunyi tersebut bagaikana sejenis kematian. Sampai seseorang lepas dari kegelapan dosa demikian maka ia tidak akan pernah mencapai kesucian nurani dan menjadi pewaris dari segala anugerah dan keluhuran yang dikaruniakan Allah s.w.t. kepada mereka yang telah disucikan kalbunya.
Beberapa orang menganggap dirinya telah lepas dari keburukan akhlak demikian, tetapi ketika mereka bertemu dengan orang lainnya, langsung saja mereka bangkit dan tidak mampu menekan perasaan memandang diri lebih serta ketakaburan mereka dengan memperlihatkan manifestasi akhlak rendah yang mereka kira telah mereka tinggalkan.
Pada saat seperti itulah akan terlihat bahwa mereka sebenarnya belum lepas dari dosa-dosa dimaksud dan belum memperoleh kemaslahatan serta masih jauh dari tingkat kesucian kalbu yang menjadi ciri dari orang-orang muttaqi.
Semua ini menunjukkan bahwa kesucian akhlak adalah suatu hal yang sangat sulit dicapai dan tak mungkin diperoleh tanpa rahmat Allah s.w.t.
Rahmat demikian bisa diperoleh dengan tiga cara, yaitu, pertama, berusaha dan berencana, kedua, shalat dan berdoa, dan ketiga, memelihara silaturrahmi dengan seorang yang muttaqi. (Khutbah-khutbah, hal. 17-18).--MalaysiaGazette

Lelaki paling dikehendaki di Mexico ditahan

Ketua Kartel Dadah Beltran Leyva Ditahan Tentera Mexico
Hector Beltran Leyva

MEXICO CITY: Tentera negara ini berjaya menahan ketua kartel dadah merbahaya iaitu Hector Beltran Leyva yang merupakan lelaki paling dikehendaki di Mexico.

Hector merupakan individu yang bertanggungjawab bagi menjalankan operasi kartel Beltran Leyva selepas bekas ketuanya dibunuh pihak berkuasa sebelum ini.

Jurucakap penyiasat, Tomas Zeron memberitahu pemberita, suspek ditahan di bandar San Miguel de Allende pada Rabu.

Pihak berkuasa yang memburu Hector sejak 11 bulan lalu turut menawarkan ganjaran  sebanyak AS$2.2 juta kepada mereka yang berjaya menahan individu terbabit dalam keadaan sempurna tanpa dipukul.

Kartel Beltran Leyva merupakan antara kumpulan pengedar dadah di Mexico yang membuat pengedaran kokain sehingga ke tengah Amerika Syarikat.

Industri dadah Mexico yang aktif sejak 2006 telah membunuh seramai lebih 80,000 orang manakala baki 22,000 lagi dilaporkan hilang sejak tahun sama.

Bagaimanapun sejak Presiden Enrique Pena Nieto mengambil alih pemerintahan negara itu pada 2012, pihak berkuasa berjaya menahan dan membunuh beberapa ketua kartel dadah yang dikehendaki dunia.  
- sumber

Aku Setuju: Kenapa Masih Menendang Bola Yang Dah Kempis?

Selalunya tendang bola kempis ni kaki sakit bola tak pun melantun jauh!

Stop kicking a deflated ball, Azmin
 | October 3, 2014
The MB should stop attacking Khalid and get on with the job of governing Selangor.
Khalid-Ibrahim azmin anwar300
Azmin Ali will mark his first 100 days as Selangor Menteri Besar this New Year’s Eve. So we can expect news agencies and portals to run reviews of his performance in the job.
And what are they going to say?
Azmin has wasted 10% of that time attacking ex-MB Khalid Ibrahim. What can he gain from his continuous assault on someone who is no longer in office? It only leaves the impression that he is not a magnanimous person.
Even when the Japanese surrendered at the end of WWII, the British accorded them proper respect, never mind how vicious they were when they occupied South East Asia. The British saluted the surrendering Japanese instead of treating them the way they treated the people they conquered.
The British could have just lined them all up against a wall and machine gunned these war criminals—the way Islamic State is doing in Syria and Iraq—and no one would have blamed them one bit. But the British did not do this because it is just not cricket, as the English would say.
After Musa Hitam resigned as Deputy Prime Minister, he too was subjected to continuous attacks. He told his adversaries not to kick a deflated ball (bola yang kempis). “The ball will not go far and you will only hurt your foot.”
For all intents and purposes, Khalid is a bola yang kempis. So why continue to kick him, Azmin? You have only 90 days to reach your 100-day mark. That is too short a time to do the many things you need to do.
If I were Azmin, I would have thrown Khalid an official farewell party and invited all the senior Selangor civil servants as well. I would first of all have gone to meet Khalid to make known my intention and seek his blessing and get confirmation that he would attend.
Would it not have been great and historic if Azmin shook Khalid’s hand in front of 500 guests and the next day get down to running the state instead of wasting so much time planning the attacks on Khalid?
The anger against Khalid did not come about because he mismanaged the state or made a deal on his Bank Islam loan or entered into a water agreement unfavourable to Selangor. It was provoked by his refusal to resign when asked to.
But one thing that Azmin and Khalid’s other adversaries fail to comprehend is that Khalid was not appointed the MB by his party but by the Sultan. Hence he needed an audience with the Sultan to obtain his consent to resign.
Khalid could not just throw in his resignation letter. He needed to request the Sultan’s consent to his resignation. That is the proper Malay thing to do when dealing with the palace.
PAS knows this. DAP, of course, does not know this. PKR knows this but does not care.
Khalid did request that he be allowed to resign. It was the Sultan who told him to KIV his resignation until the issue of the successor could be settled.
But now Khalid is gone and Azmin is the MB. Is he running the state the way the Sultan would like it to be run?
Come Jan 1, we’ll be reading comments and analyses regarding Azmin’s first 100 days in office. When people compare what he has achieved against what his predecessor has done, does he want them to just sigh and say “Same old, same old”?

Veteran PAS: Keluhan Yang Memang Bersignifikan

Keluhan veteran PAS 
Imej google

Berikut merupakan keluhan seorang veteran PAS, Dr Fauzi Zakaria mengenai perkembangan PAS hari ini...
Para ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS). Berjuang sejak drp zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa.
Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat.

Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah. Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.
Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu?
Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2 menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah.
Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.
Sebagai "org Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO.
Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah.
Di Satu Majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi).
Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam dlm barisan muda PAS. Antara yg kerap di sebutnya, Husam Musa.
Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya join semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lbh jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2 akademik di kampus2.
Memang zaman semesra sama2 melepak di Pej PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak panggil saya Doktor....
Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat2 lama ini. Sebagai org akademik yg tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yg pernah di sebut oleh Tan Sri Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu..
Namun org akademik berhadapan dgn realiti hanya blh berharap dan mengimpikan.
Para pemain politikus lbh cekap mengelecek kan bola2 politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yg mungkin ideal....... Hanya kpd Allah .

"Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Mengetahui betapa kasih dan sayangnya kami kpd pemimpin kami sejak lebih 30 tahun semenjak waktu pemimpin kami ini di kenali sebagai tokoh Ulama Muda Nusantara, kami dengan penuh kasih sayang terus menerus mendokong kepimpinannya.

Tiba2 di akhir2 ini petaka apakah yg menimpa, pemimpin yg kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kpd kami ex anak2 muda yg yelah mendokong begitu lama. Apakah dgn gara2 kemunculan kumpulan anak2 muda baru yg menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami para ex Pemuda ( non-Ulama) tidak di kasihi lagi.Dlm ucapan2 terakhir pemimpin yg kami kasihi ini kedengarannnya mcm menghalau saja kami dari lengkongan Jamaah yg tercinta ini.

Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."
Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar.....
Tidak ada sapa2 berhak menghalau sapa2 dari Jamaah ini. Allah dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama.
Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli2 bawahan menghormati Ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni.
Selama ni sejak lbh setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama tanpa dipinta2.
Masa tu rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot persada kuasa. Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak utk berkata-kata. Kepatuhan membuta tuli atas apa2 nama yg agak rasmi blh diminta. Namun Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa2
Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kpd Mad Sabu yg menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dgn menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad.
Kami satu rombongan dtg ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah. Kami terima.
Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kamu tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan Pemuda bagi pengisian.
Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati memenangkanya.
Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamaah.
Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali2 kerana perjuangan.
Begitu hebat pengorbanannya dlm perjuangan. Saya cabar adik2 baru dlm Pemuda yg duk kutuk Mat Sabu. Kamu yg hidup dgn imej kehidupan mewah dgn kereta2 mewah, sanggup kamu kutuk org yg tidak pernah berkereta sepanjang jadi Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas2 ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk org yg berceramah dgn dibayar dgn harga ISA.  -sumber

Friday, October 3, 2014

"Faekah? Siapa Faekah? Saya tak kenal" - Azmin

Betul tu, adakah wajar seorang MB melayan perempuan meghoyan?
Tapi dia cukup wala' kepada Khalid

Azmin enggan layan Faekah, tidak dendam Khalid
Published: 3 October 2014
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mendakwa beliau tidak berdendam dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2014.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali enggan melayan lagi sebarang dakwaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin yang menyerang cara pentadbirannya.
"Faekah? Siapa Faekah? Saya tak kenal," katanya ketika diminta mengulas dakwaan Faekah yang mengesahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai penasihat ekonomi Selangor.
Azmin pada Rabu berkata jawatan Anwar masih kekal kerana keputusan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 September lalu hanya menutup Pejabat Penasihat Ekonomi di Plaza Perangsang, Shah Alam.
Azmin berkata, fungsi dan peranan Anwar akan dibincang semula untuk membantu pembangunan ekonomi di Selangor dan beliau akan diberikan kemudahan sesuai termasuk pejabat.
Namun, Faekah dalam reaksinya ketika diminta mengesahkan semula perkara itu susulan kenyataan Azmin berkata, keputusan menutup pejabat bermakna menghentikan khidmat Anwar juga.
"Bukankah kita sudah ucap terima kasih (kepada Anwar di dalam kenyataan terdahulu)? Pada saya, ketika itu memang (dia) dipecat," katanya dipetik laporan Antarapos.
Azmin kemudian berkata, Faekah tidak ada hak menentukan jawatan Anwar kerana ia bukan keputusannya tetapi Khalid dan exco terdahulu.
"Dia (Faekah) siapa? Tanya dialah. Berdasarkan minit mesyuarat exco pada 22 September, yang mempengerusikannya ialah Khalid bukan Faekah," katanya selepas menghadiri perhimpunan pagi bersama jabatan kerajaan negeri di Pejabat Daerah Gombak, hari ini.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa meminta pertikaian itu dihentikan dan enggan terlibat lagi dengan dakwaan pihaknya mengamalkan politik dendam terhadap Khalid.
"Saya tidak dendam kepada Khalid atau mana-mana personaliti sebab saya hendak maju ke depan," katanya. – 3 Oktober, 2014

Kesian Mamat Ni - Dahlah Ketinggalan Maklumat, Digunakan Oleh Utusan Pula!

PAS Terengganu terus serang rakannya dalam Pakatan, lapor Utusan
Published: 3 October 2014
PAS terengganu kecewa dengan tindakan PKR dan DAP dalam isu di Selangor dan Pulau Pinang, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2014.

PAS Terengganu terus mengambil sikap mengkritik tindakan rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang.
Menurut Utusan Malaysia hari ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat mengadakan sidang media bagi menyatakan sikap itu dengan menyerang Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam dua isu berbeza.
Di Selangor, PAS Terengganu menempelak tindakan kerajaan PKR Selangor yang mengarahkan bank membekukan akuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tindakan Kerajaan PKR Selangor itu disifatkan sebagai tidak adil dan bermotifkan dendam sehingga sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa politik mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Satiful berkata, sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku, tindakan itu amat tidak wajar kerana secara terang-terangan bertentangan dengan prinsip serta dasar perjuangan pakatan pembangkang.
"Kalau benar, ini tidak adil dan merupakan satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, seolah-olah macam balas dendam. Tapi saya tidak pasti sama ada maklumat (dakwaan) ini betul atau sebaliknya.
"Kalau betul, ia tidak patut berlaku. Ini kerana, dasar pakatan pembangkang adalah kembalikan hak rakyat dan kenapa pula kita zalimi rakyat. Hak rakyat, kita kena bela," katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan Pas negeri di Jalan Sultan Omar di Terengganu hari ini.
Azmin berkata, beliau tidak terlibat dalam tindakan itu kerana ia prosedur standard yang ditetapkan pentadbiran Khalid sebelum ini sebelum beliau menjadi Adun Bebas.
"Ia dilakukan Khalid apabila Adun Perlabuhan Klang sebelum ini  menjadi Adun Bebas," kata Azmin dengan menjelaskan apa yang dibuat adalah menutup akaun di bawah Khalid kerana dia bukan lagi mewakili PR dengan memberikannya kepada penyelia DUN yang dilantik kerajaan negeri.
Satiful berkata, PAS Terengganu kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang  yang didakwanya menyingkirkan Bendahari PAS negeri itu, Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Beliau turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak demokrasi sambil berharap kerajaan DAP Pulau Pinang memberi maklum balas positif mengenai pemecatan Iszuree itu dan pembekuan peruntukannya.
"Kita harap kerajaan negeri beri respons dan perkara ini tidak selesai juga kalau kita pecat dia macam itu. Kita rasa ini merupakan satu tindakan yang tidak demokrasi dan perlu diperbetulkan," ujarnya.
Satiful turut mempertahankan Iszuree apabila menyatakan tindakan bendahari PAS Pulau Pinang itu yang menyentuh isu perumahan di negeri berkenaan diluahkan dalam muktamar yang menjadi platform untuk menyuarakan pemasalahan rakyat di negeri itu.
"Perkara ini pun sudah acapkali disebut Mazlan Aliman (pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat) dan terdapat 20 kampung Melayu terlibat dan terabai," katanya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mujahid Yusof sebelum ini berkata Iszuree tidak dipecat sebagai ahli majlis tetapi digantung semua portfolio lain.
Beliau dan ahli Dewan Harian PAS Pulau Pinang berjumpa dengan Lim Guan Eng semalam.

# Aku dah tanak komen banyak, korang fikirlah sendiri - (bagi yang tidak ketinggalan maklumatlaa..)
Cuma kita boleh pertimbangkanlah dengan ayatnya "sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku" makna dia tak ada maklumat lengkap dan masih ragu-ragu tapi dah nak bercakap di sidang akhbar - Utusan pulak tu!

Seorang Lagi Sultan Contoh.......

Pekeliling dari PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK
" Beta menitahkan supaya semua acara yang dianjurkan atas nama Kerajaan, jabatan dan Agensi Kerajaan untuk tidak lagi perlu mempersembahkan apa-apa cenderamata kepada Beta dan Raja Permaisuri ketika Beta dan Raja Permaisuri berangkat menghadiri acara. Pendirian ini hendaklah disampaikan kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan surat memaklumkan pendirian ini diedarkan kepada semua Ketua jabatan di peringkat Negeri dan Daerah"

- ceduk dari blog Omak Kau!!!

Keadaan Terkini - Terpaksa Terbang Ke KL Lagi Malam Ni: Anak Saudara Kemalangan Kritikal Kat PPUM

Anak saudara saya kemalangan...Hulwani bt Tajuddin - yang pakai cermin mata tu (isteri Mohamad Azim bin Ramli)...critical condition...sedang mengandung 5 bulan...accident...pendarahan di kepala masih tak sedar... dalam bilik operation...mohon pada sahabat2 doakan semoga dia selamat...juga anak di dalam kandungannya juga selamat. Amin...

Nampaknya kami suami isteri terpaksalah beraya Aidil Adha di KL
Di hari perkahwinan mereka
Saat bahagia mereka berdua
 
Bersama adik iparnya (anak sedara akulah juga)
 
 
Bersantai bersama kawan kot (aku pun tak kenal yang lain tu)
 
Kepada saudara-saudaraku yang mendoakan untuk kesejahteraan Halwani saya ucapkan setinggi-tinggi pengharagaan  jutaan terima kasih

Keadaannya sekarang amat kritikal. Masih koma. Otaknya rosak teruk dan berlaku perdarahan yang banyak. Doktor terpaksa buka tempurung kepala untuk serap darah yang keluar dan legakan tekanan otak yang bengkak.

Doktor minta untuk observe dalam 5 hari. Kalau Allah sembuhkan, akan sembuh dan kalau Allah nak ambil itu kuasaNya. Tapi kalau sembuh pun beliau akan lumpuh dan tak boleh bercakap. Walau apa pun itu hanyalah telahan doktor. Hakikatnya Allah berkuasa ke atas segala-galanya.

# Maklumat kejadian .....

Beliau sedang melintas jalan untuk ke keretanya selepas kerja dan dilanggar oleh sebuah motosikal yang ditunggang laju oleh seorang Myanmar yang tidak ada lesen tempatan. Motosikal yang ditunggang pula kepunyaan Majikannya. Dia juga cedera di muka dan patah tulang bahu

Thursday, October 2, 2014

Saari pertahan tindakannya

Rupanya semasa mereka (Saari dan Hasnul) dicemuh serta dicop sebagai broker dan barua oleh tuang presideng, PAS belum lagi mendapat penjelasan dan sebab dari dua orang ini rupanya.

Huh pemimpin yang hebat....macam ayah yang ego menyebat dulu baru tanya dan siasat anak-anak yang disebat

Kuncu-kuncu di bawah yang punya otak kontot tu biasalah. Bukan boleh buat kira ada yang wala' melulu dan ada juga kaki ampu.......

Saari pertahan tindakan, sedia berjumpa Hadi beri penjelasan
Published: 2 October 2014
Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, berkata keputusan beliau menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dibuat selepas berfikir panjang demi kepentingan Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 1 Oktober, 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib mempertahankan tindakannya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar (MB) Selangor, mengatakan ia demi menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
Beliau yang dicemuh ramai ahli PAS, termasuk presiden partinya sendiri, memberitahu The Malaysian Insider kesediaannya berjumpa dan menerangkan tindakannya kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya mengambil tindakan 14 Ogos lalu demi kepentingan PR pada ketika itu. Tiada niat langsung untuk melanggar apa-apa peraturan parti, kerana PAS belum membuat apa-apa keputusan ketika itu," katanya semalam, tiga jam sebelum melangkah ke Ibu Pejabat PAS bagi menghadapi prosiding Jawatankuasa Tatatertib PAS.
"Ia dibuat berdasarkan situasi yang bagi saya, sangat kritikal ketika itu, bersandarkan maklumat yang saya terima sebagai seorang Adun PAS di Selangor, apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai majoriti.
"Saya sedia memohon maaf kepada Presiden PAS kerana tidak memberitahu beliau sebelum membuat keputusan dan mengambil tindakan itu," kata Adun Hulu Kelang itu, bercakap kepada The Malaysian Insider di rumahnya di Wangsa Maju, ditemani isteri dan anak-anaknya.
Saari Sungib ketika tampil bersama Adun PKR dan DAP memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014.

Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharudin bertindak menandatangani SD bagi menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor pada 14 Ogos lalu
.
Ekoran itu, beliau dikecam sebahagian pemimpin PAS dengan melontarkan pelbagai panggilan, termasuk pengkhianat, melompat ke parti lawan, munafik, dilaknat Allah dan penyangak.
Dewan Ulama PAS Selangor meluluskan usul agar beliau dikenakan tindakan tatatertib, manakala Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat mahu beliau dipecat kerana mengkhianati parti.
Petang Isnin, Saari dan Hasnul dipanggil Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagi menjelaskan tindakan mereka itu, sebagai prosiding awal tindakan tatatertib terhadap mereka berdua.
Mereka berdua ke Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan menemui Mustafa dan Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Takiyudin Hassan.
Saari menjelaskan, beliau tidak pernah berbincang dengan Hasnul dalam tindakannya menyokong Dr Wan Azizah sebelum ini.
"Saya hanya mengetahui Hasnul bersama saya ketika kami sama-sama ke pejabat peguam untuk menandatangani SD itu," kata Saari.
"Apa yang ada dalam fikiran saya ketika mengambil tindakan itu adalah untuk menyelamatkan kerajaan PR selepas Khalid mendakwa beliau mempunyai majoriti dan tidak mahu meletak jawatan apabila diputuskan partinya agar berbuat demikian.
"Tindakan pantas adalah kritikal. Saya hanya ingin menafikan kenyataan Khalid. Secara teknikalnya, sokongan perlu dipindahkan kepada seorang Adun lain pada masa itu, iaitu Dr Wan Azizah," kata Saari.
Ketika itu, kata Saari, PAS belum membuat sebarang keputusan rasmi dan beliau sebagai Adun PAS di Selangor tidak menerima arahan mengenainya.
Beliau berkata keputusannya dibuat selepas memikirkannya "secara mendalam" dan memastikan tidak ada arahan PAS dalam keadaan  Khalid mengatakan dia ada sokongan majoriti.
"Tindakan saya itu hanya untuk menyelamatkan kerajaan PR," katanya, merujuk beberapa krisis sebelum ini termasuk kejatuhan kerajaan PR di Perak.
Tindakan menyokong Dr Wan Azizah juga sesuai dengan resolusi Muktamar PAS sebelum ini yang memutuskan agar PAS memperkasakan PR, kata Saari.
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos selepas itu memutuskan untuk mencalonkan Dr Wan Azizah dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon MB.
Saari hanya menyedari tindakan beliau tidak disenangi sebahagian pemimpin PAS termasuk di kawasan beliau sendiri, Gombak, selepas sidang media memaklumkan beliau menandatangani SD itu pada 14 Ogos.
"Saya terima pelbagai tohmahan dan cercaan termasuk gelaran broker dan barua serta tuduhan dicuri dan dibeli.

“Yakin dengan apa yang saya lakukan, insya Allah semua kata-kata nista dan celaan tersebut saya harapkan akan dijadikan Alalh sebagai pahala dan ganjaran bagi saya,” kata Saari syahdu.
Apa yang dirasai oleh Saari turut dirasai oleh isterinya Aliza Jaafar dan anak mereka.
Bagi Aliza (gambar, kiri), apa yang dilakukan ahli PAS lain terhadap suaminya adalah tidak wajar.
"Menjadi satu dosa memutuskan ukhuwwah yang dibina bersama-sama sejak sekian lama. Saya juga ahli Muslimat PAS dan aktif bersama mereka sebelum ini," katanya yang sebelum ini terpaksa berpisah dengan suaminya yang meringkuk dua tahun di Kem Tahanan Kamunting.
Saari ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Ketika ditanya kenapa baru sekarang beliau bersedia bercakap dengan wartawan secara rasmi, Saari berkata: "Kami mahu isu perlantikan MB Selangor selesai dahulu. Begitu juga pilihan raya kecil Pengkalan Kubor. Kini semua telah selesai dan saya pun akan bertemu dengan pimpinan PAS bagi berbincang mengenainya."
Jawatankuasa PAS Pusat dijangka mendengar laporan Setiausaha Agung PAS mengenai Saari dan Hasnul dalam mesyuaratnya yang akan datang. – 2 Oktober, 2014