Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu seolah-olah jurucakap kepada Barisan Nasional kerana sejak akhir-akhir ini beberapa kenyataan yang beliau keluarkan banyak menghentam Pakatan Rakyat, dakwa PasMa.
Setiausaha Agung Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) itu, Mohd Taib Ahmad dalam kenyataannya berkata, tindakan Satiful Bahri Mamat itu tidak wajar jika beliau merasa masih bersama dalam Pakatan Rakyat.
"Sepatutnya sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang merupakan negeri Presiden PAS, beliau menyokong dan mendokong Pakatan Rakyat bukannya menyerang rakan sendiri.
"Kerana sikap sebeginilah membuatkan ada tuduhan terhadap PAS dan terhadap Presiden PAS sendiri, PAS mahu tinggalkan Pakatan dan menyertai BN," kata Taib.
Taib dipercayai mengulas kecaman yang dibuat oleh Satiful terhadap Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang mendakwa menteri besar yang baru itu mengzalimi Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menurut Utusan Malaysia hari ini, Satiful mengadakan sidang media bagi menyatakan sikap itu dengan menyerang Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam dua isu berbeza.
Di Selangor, PAS Terengganu menempelak tindakan kerajaan PKR Selangor yang mengarahkan bank membekukan akuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tindakan Kerajaan PKR Selangor itu disifatkan sebagai tidak adil dan bermotifkan dendam sehingga sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa politik mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Satiful juga berkata, PAS Terengganu kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang didakwanya menyingkirkan Bendahari PAS negeri itu, Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Taib berkata, kenyataan beliau mengenai PasMa juga bercanggah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden dan Setiausaha Agong yang mengatakan bahawa PasMa adalah sebuah NGO sahaja dan tidak mengancam PAS.
Malahan, kata Taib dalam kenyataannya, arahan yang dikeluarkan oleh beliau seoalah-olah PasMa adalah pertubuhan haram yang tidak boleh disertai dan diikuti program yang dianjurkan.
Sedangkan PasMa adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang Malaysia.
Ini berikutan arahan yang dikeluarkan oleh PAS Terengganu yang menghalang mana-mana ahlinya dari menyertai atau melibatkan diri dengan kegiatan PasMa. – 3 Oktober, 2014.
Pasma adalah ditubuhkan utk lebih mesra anwar/pkr.awal penubuhan nya telah dihidu oleh blogger Kerengga.huraian tentanh tujuan dan halatuju pasma telah dihurai.moga pasma akan berjaya dengan halatuju nya.bravo pasma.
ReplyDeleteAnon 7:56
DeleteTak payah sinikal. PasMa adalah NGO dalaman PAS yang ditubuh secara sah.
Puak UG yang dok memporakperanda PAS selama 6 tahun ini dengan mengadudomba ahli-ahli PAS kepada kumpulan ulamak/profesional adalah satu pertubuhan gelap yang bergerak menggunakan topeng jawatan rasmi dalam PAS nko buat tak nampak.
Ini kerja macai2 Umno yang kerja cuba menyemarak perpecahan dalam PAS. Kita kenal cara komen puak-puak wala membabi buta PAS. Ini kerja jahat UMNO.
Ape masalah mersa dengan DSAI jika itu jalan tuk menjahanamkan UMNO lgi ikut geng UG yg sekarang menjilat ponggung Najib.
DeletePemimpin Atasan PAS hanya sedap bercakap untuk melepaskan hawa nafsu mereka termasuk presiden sendiri tapi bila diminta bukti dan fakta tidak pula dapat berikan bahkan diputar belit serupa sebiji macam UMNO/BN nampak sangat yang pemimpin PAS sendiri tidak faham apa itu sefahaman majlis dalam PR itu sendriri,itulah sebabnya anak muda generasi Y ini sudah tiadak menyokong cara pemimpin yang ada sekarang ini berbicara,mereka semua pantang dihulur kepala pembesar suara kemulut mereka akan bercakap apa saja tampa berfikir yang mereka itu berada dimana mungkin juga ada sesuatu kepentingan pada diri mereka bila benda yang sudah nyata salah disokong sebegitu rupa, kalau ia pun biarlah buat teguran secara dalaman salahkah jika bertemeu sesama sendiri dan berbincang bagi menyelesaikan masaalah kita dari membuat kenyataan secara terbuka ,akibatnya orang diperkatakan akan membalas tuduhan kita,kesudahannya kita yang rugi musuh yang senang hati melihat kita bercakaran sesama sendiri dalam pakatan.insaflah sebelum pengundi menginsafkan kita.sayangilah PR yang telah mula berada dihati pengundi yang mahukan perubahan.
ReplyDeleteMana borang ni... Nak jugak join pasma... Geng ganu dah xrok chetong dah... Dok sokong bn... Yg depavdulu dok halau budak tadika masa aji hadi perentah ganu tu xzalim ke... Tu berita utusang le.... He he he geng ganu ... Rosak pas kerana geng ganu ko....
ReplyDeletetak perlu gaduh2... berpecah saja...pru14 nanti lawan sesama sendiri...biar bn terus perintah negara....dan kita pakat2 terima kenaikan harga semua barang + tiada lagi harta blh ditinggalkan utk generasi akan datang...sama2 lah kita terus melihat pemimpin bn mengaut kekayaan negara dgn berlapang dada....mujur aku orangkaya....tp mcmana dgn nasib sedara aku yang lain....???? pemimpin pr, apa dah kauorang buat terutama pas!!!!
ReplyDeleteItulah strategi puak UG ini selama 6 tahun ini supaya PAS lemah kerana adu domba mereka puak ulamak/ puak profesional. Melakukan pelbagai sabotaj di media takala UMNO dalam keadaan tertekan dengan membangkitkan isu-isu supaya parti-parti dalam PR bertelagah secara terbuka di khalayak ramai.
DeleteCuba la tanya Wan Zawawi Wan Salleh. Tanyalah TGHH. Tanyalah Dr Khairudin At takiri. Tanyalah Dr Zuhdi Marzuki - senjata baru UG.
Mungkin juga pemimpin pas yang berasal dari trengganu bersifat celupar. Menghamburkan kata2 yang tanpa usul periksa. Dulu isu pil kuda dikuti dengan isu barua 2 adun pas dibeli dan sekarang isu komen terhadap kerajaan selangor dan pulau pinang. Pemimpin PAS Trengganu tak usah la dok pandai keluar kenyataan tanpa usul periksa. Track record kamu tidak menunjukkan kamu ada kredibiliti sebagai pemimpin.
ReplyDeleteTerus gaduh hentam menghentam..akhirnya pasma dan geng yang simpati masuk umno dan sukakan hari-hari mendatang yang rakyat semakin susah lagi tertekan. Geng pasma mungkin lupa . Bila Ketum tiada power maka berakhirlah riwayat PKR.
ReplyDeleteShoosh...shoosh cai UMNO
DeleteTaka payah la nak bela orang PAS.Mereka lebih dari holeh mempertahankan diri mereka. Mereka tak perlu pertolongan hangpa kerana semua dah tahu cai UMNO takkan sokong PAS kalau tak boleh menjahanankan PAS.
Sekarang UMNO boleh rIleks tak payah buat kerja menghentam PR lagi. Puak-puak UG terutama puak PAS Terengganu dengan sukarela sudah mengambilalih kerja-kerja UMNO menghentam PR. Contoh terbaru PJP Ganu pun dah serang PR.
Delete