Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 3, 2014

Kesian Mamat Ni - Dahlah Ketinggalan Maklumat, Digunakan Oleh Utusan Pula!

PAS Terengganu terus serang rakannya dalam Pakatan, lapor Utusan
Published: 3 October 2014
PAS terengganu kecewa dengan tindakan PKR dan DAP dalam isu di Selangor dan Pulau Pinang, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2014.

PAS Terengganu terus mengambil sikap mengkritik tindakan rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang.
Menurut Utusan Malaysia hari ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat mengadakan sidang media bagi menyatakan sikap itu dengan menyerang Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam dua isu berbeza.
Di Selangor, PAS Terengganu menempelak tindakan kerajaan PKR Selangor yang mengarahkan bank membekukan akuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tindakan Kerajaan PKR Selangor itu disifatkan sebagai tidak adil dan bermotifkan dendam sehingga sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa politik mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Satiful berkata, sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku, tindakan itu amat tidak wajar kerana secara terang-terangan bertentangan dengan prinsip serta dasar perjuangan pakatan pembangkang.
"Kalau benar, ini tidak adil dan merupakan satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, seolah-olah macam balas dendam. Tapi saya tidak pasti sama ada maklumat (dakwaan) ini betul atau sebaliknya.
"Kalau betul, ia tidak patut berlaku. Ini kerana, dasar pakatan pembangkang adalah kembalikan hak rakyat dan kenapa pula kita zalimi rakyat. Hak rakyat, kita kena bela," katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan Pas negeri di Jalan Sultan Omar di Terengganu hari ini.
Azmin berkata, beliau tidak terlibat dalam tindakan itu kerana ia prosedur standard yang ditetapkan pentadbiran Khalid sebelum ini sebelum beliau menjadi Adun Bebas.
"Ia dilakukan Khalid apabila Adun Perlabuhan Klang sebelum ini  menjadi Adun Bebas," kata Azmin dengan menjelaskan apa yang dibuat adalah menutup akaun di bawah Khalid kerana dia bukan lagi mewakili PR dengan memberikannya kepada penyelia DUN yang dilantik kerajaan negeri.
Satiful berkata, PAS Terengganu kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang  yang didakwanya menyingkirkan Bendahari PAS negeri itu, Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Beliau turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak demokrasi sambil berharap kerajaan DAP Pulau Pinang memberi maklum balas positif mengenai pemecatan Iszuree itu dan pembekuan peruntukannya.
"Kita harap kerajaan negeri beri respons dan perkara ini tidak selesai juga kalau kita pecat dia macam itu. Kita rasa ini merupakan satu tindakan yang tidak demokrasi dan perlu diperbetulkan," ujarnya.
Satiful turut mempertahankan Iszuree apabila menyatakan tindakan bendahari PAS Pulau Pinang itu yang menyentuh isu perumahan di negeri berkenaan diluahkan dalam muktamar yang menjadi platform untuk menyuarakan pemasalahan rakyat di negeri itu.
"Perkara ini pun sudah acapkali disebut Mazlan Aliman (pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat) dan terdapat 20 kampung Melayu terlibat dan terabai," katanya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mujahid Yusof sebelum ini berkata Iszuree tidak dipecat sebagai ahli majlis tetapi digantung semua portfolio lain.
Beliau dan ahli Dewan Harian PAS Pulau Pinang berjumpa dengan Lim Guan Eng semalam.

# Aku dah tanak komen banyak, korang fikirlah sendiri - (bagi yang tidak ketinggalan maklumatlaa..)
Cuma kita boleh pertimbangkanlah dengan ayatnya "sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku" makna dia tak ada maklumat lengkap dan masih ragu-ragu tapi dah nak bercakap di sidang akhbar - Utusan pulak tu!

20 comments:

  1. Ni dari jenis tedarah benda kotor sebab tu jadi benak dan busuk hati....bengap tapi berlagak pandai...bercakap sebelum berfikir menggunakan otak yang kecil....taraf pecacai paria kumpulan barua tarian pungkoq mencari publisiti murahan..... spesis yang akan melingkopkan PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih.kih.kih.kih.jgn jadi saperti isu peluk razaleigh hamzah udah ler.mula mula kecoh PAS yg memeluk razaleigh oleh rafizi.bila pecah tembelang pkr dan dap yg memulakan langkah tersebut,habis semua terdiam.dan admin plak tak habis habis dgn hasrat menghasut mengadu domba.udah ler.ingat ler kekadang kita yg membuat salah,tetapi pihak lain yg menanggung kifarah nya.eh...admin tak mau komen ker isu pengurangan subsidi minyak.nampak sangat admin pro najib.

      Delete
  2. Nape ustaz2 yg kebanyakkannya menyerang rakan Pakatan dan berkiblat UG semua muka sepesen aja bulat cam Din Ayam, Nasruddin Tantawi, mamat yg kat gambar ni dan banyak lagi. Hanya muka Nik Abduh aja yang kering dan ketot. Mungkin otak2 ustaz ni ni semua pun sepesen bengkak cam muka dan tak pandai mana pun.

    ReplyDelete
  3. Kalo umno yg nk d jadikan bahan..dah tntu mangkok ganu ni xdpt ruang kt utusan merapu...kalo mangkok ni tutup mulut..dia nnpak cerdik cket...tpi dia buka saja mulut.....bangang mankok ni klas brapa...

    ReplyDelete
  4. Mamat ni galak naj bercakap,tanpa bukti jelas,Asyik2 andaian KALAU.jadi aku namakan mamat ni MAMAT KALAU.kalau benar dan kalau betul.Eh mamat kalau.kalau tak betul kau nak cakap apa? bodoh punya KALAU.Teruk ornag terengganu ni sebab dia di ajar oleh Presidengnya.

    ReplyDelete
  5. Mamat ni galak naj bercakap,tanpa bukti jelas,Asyik2 andaian KALAU.jadi aku namakan mamat ni MAMAT KALAU.kalau benar dan kalau betul.Eh mamat kalau.kalau tak betul kau nak cakap apa? bodoh punya KALAU.Teruk ornag terengganu ni sebab dia di ajar oleh Presidengnya.

    ReplyDelete
  6. Bila atuk kata yang ramai ustaz-ustaz sekarang ni bukan nya cerdik belaka nampaknya betul. Yang cerdik boleh kata hampir semua jadi doktor, engineer dan buat jurusan profesional. Yang betul tak cerdik dan kurang cerdik tu dan yang dulu-dulu ada masalah disiplin, moral dan sosial tu banyak ke sekolah agama dan pondok yang ramai jadi ustaz tu sekarang ni. Apa yang nak diharapkan pada ustaz yang sorang ni, fikir-fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  7. berita ini sah kan PAS Parti Politik GAGAL dengan ahli ahli dan kepimpinan Bahalol ; budak tadika lagi boleh ber fikir common sense.

    tak boleh salah kan dia jugak , sebab Ketua nya sendiri yang seorang ber pendidikan 2B - Broker & Barua.

    eh!!!! pil pil keldai tu boleh buat pemimpin jadi keldai ke ?

    ReplyDelete
  8. Org2 pas jenis ni kan selalu gian nak glamour..lebih2 Kalau ada kamera tv kt depan..aku x he ran dah..

    ReplyDelete
  9. hadi awang sudah jelas dan perlu diketengahkan untuk dijatuhkan....hadi awang perlu dijatuhkan segera demi perpaduan

    ReplyDelete
  10. Geng PAS Ganu dan UTUSAN MELOYA BERPISAH TIADA. BAGAI KEMBAR SIAM YG TAK DAP3K NAK DIPSAHKANG!

    ReplyDelete
  11. Ab3

    Ambo turut bersimpati d3ngan musibah yang melanda keluarga Abe. Bersabarlah....saya doakan semuanya selamat.

    .................

    Tuan

    Satu perkara yang kita ambil maklum tentang kenyataan PJP Ganu nih. Dia pun tak pasti apa yang dia cakap tu betul atau tidak.

    Soalan pertama yang kita terfikir ialah layak ke tak dia ni dilantik menjadi PJP Negeri. Kalau apa yang dia cakap pun dia tak pasti betul ke tak - apalah layak dia pemimpin utama PAS peringkat negeri.

    Kedua. Apa motif dia harap akan dapat dicapai d3ngan meng3luarkan pendapat yang dia sendiri tak tahu betul ke tak? Apa motif? Nak tunjuk bahawa dia seorang PJP Negeri yang paling xcerdik? Bahawa PAS Ganu dipimpin oleh seorang yang tak cerdik? Atau dialah yang paling cerdik dikalangan pemimpin-pemimpin PAS Ganu yang ada?

    Kalau inilah motifnya, kita fahamlah mengapa Kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh TGHH hanya mampu bertahan sepenggal sahaja. Dan kita boleh melupakan samasekali peluang PAS Terengganu akan dapat m3ngalahkan UMNO dalam PRU sampai bila2 jika inilah pemimpin yang terbaik yang ada!

    Orang macam inilah yang mencemarkan martabat ulamak. Bila kita kritik maka puak-puak wala membabi buta akan menuduh kita menghina ulamak. Mereka mengambil martabat ulamak untuk mempertahan tindakan orang yang menjatuhkan kewibawaan ulamak yang seb3nar. Sedih tetapi benar.....

    ReplyDelete
  12. Bukan nak ngata la...
    Tapi kalu ostat dah kejar jawatan dan pangkat, orang dah tak hormat dah...

    Nak tanya ni...
    Din ayam bawak masuk BMW second tu, berapa cukai dia bayor??? Aku cadang nak cari toyota tahun 70-an, pah tu nak buat rebranding jadi vios.

    ReplyDelete
  13. kesian mamat ni..KALAU suruh dia ni jadi nelayan akau percaya sekor ikan dia tak dapat ...KALAU presidengnya ting tong dah tentu pengikutnya tong kosong...KALAU gitu lebih baik dia ni share bela ayam dengan din ayam...KALAU tak..sampai kiamat terengganu milik umno.....
    KALAU aku jadi presideng pas ..semalam jugak aku suruh dia jadi noja mesjid rusila jerrr..

    kah kah kah kah kah ..

    ReplyDelete
  14. MasyAllah semakin dahsyatnya para pengampu pasma.... selalu saya katakan bahawa peluru sebenar kita adalah ubn... bukan bertelagah sesama pr dlm mengulas lidah musuh kita utusan ubn... percaya lah mereka ubn telah berjaya memcahbelahkan gabungan pr... semua penjilat pasma yang mempertikai pucuk pimpinan PAS... sila lah keluar dari Jemaah PAS...walau apa pun terjadi aku sebagai Ahli PAS asli yg telah memilih pucuk pimpinan sekarang tetap istaqamah dgn Majlis Syura Ulama dan Para Pemimpin sekarang... kami hanya menunggu semboyan saja untuk memerangi para munafiq dalam JAMAAH ini... sekarang kami sedang mengesan para juak2 dlm Jamaah yg menjadi duri dlm daging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awang Chan

      Paham ke tak faham kenyataan PJP Ganu tu. Kerajaan Pulau Pinang yang dia hentam tu kerajaan BN ghupernya. Baru aku tahu. Selama ini aku ingat kerajaan pimpinan Guan Eng tu kerajaan PR.

      Ghupernya tidak. Kerajaan pusat yang menaikkan harga RON95/Diesel sebanyak 20 sen tu ghupernya kerajaan PR! Patut ler PJP Ganu ni tak kata apa.

      Satu je yang awang chan mengelirukan aku. PJP Ganu buat kenyataan tentang hukum hakam ugama ke? Pasal syariat ke? Aku yang bodoh ni faham dia mengulas isu politik yang dia sendiri tak pasti betul ke tak bukan soal hukum hakam pasai Islam.

      Dia ulas pakai pakaian mana? Pakaian ulamak ke pakaian pemimpin politik? Kalau dia pakai pakaian ulamak mengulas isu politik yang dia sendiri tak pasti betul ke tak betul......boleh ke? Ulamak boleh ke buat macam tu....itu yang aku keliru dengan awang chan ni.

      Kita ambil contoh Ustaz Padil samseng Shah Alam ni. Boleh ke orang yang mengelar dirinya Ulamak Muda PAS berperangai macam tu. Sebab dia mengelarkan dirinya ulamak muda maka kita tak boleh kata apa dan kena terima perbuatannya yang ditegah oleh Islam.

      Aku ada masaalah dengan Islam yang macam ni. Apa Islam awang chan berbeza dengan Islam aku? Apa Islam awang chan memberi lesen besar kepada mereka yang merasa diri mereka ulamak untuk berbuat sesuka hati walaupun diluar batas Islam.

      Ini isu pokoknya awang chan. Jangan samakan kedudukan ulamak Islam dengan kedudukan paderi dalam kristian.Paderi boleh buat aoa sahaja hatta mengampunkan dosa p3nganutnya

      Delete
  15. Kesian manusia berkopiah ini, kalau belum yakin dengan fakta mengapale ko bagi kenyataan akhbar, kan tu menyebok namanya. Apa nak cari populariti murahan ke supaya ramai orang kenal awak?. Dah tu buatlah kenyataan dgn akhbar berjenama saperti The Edge ke, News of the World ke The Economist. Ini dengan suratkhabar meloya, siapa nak baca?







    the

    ReplyDelete
  16. Ini urusan PAS Pulau Pinang dan PAS Wilayah Persekutuan KL. Mengapa ganggu rumah tangga orang. Rumah tangga sendiri dah terjaga ke? Kan masing-masing ada Kerajaan Negeri yang berkenaan. Ini kes tak faham amanah yang dipertanggungjawabkan kot? Kan negeri ada Dewan Harian masing-masing...

    ReplyDelete
  17. Tu pasal pas terengganu xnaik... Tubpasal kerusi pas makin merosot... Sbb presideng xdkeluarkan... So maka benap le pas ni kerana berpemimping kan org mcm ni... Ni le punca pas makin teruk... Sesungguhnya krisis selangor membuka pekung sebenar geng pas yg dah rosak dik harta mcm geng din ayam.., udin hellfire dan abduh pasir mas... Jenis ngaji politik xcukup walaun pun berkopiah...

    ReplyDelete
  18. Dulu aku rajin dgr ore kata ore ganu ni sombong ...org ganu bodoh sombong ckp besar dan buat agama xserupa depa ckp... Dulu xcaya aku... Lo ni aku caya... Memng geng ganu ni xleh pakai... Sorry org ganu deh... Xnak keji tp realiti makin terserlah....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa