Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 3, 2014

"Faekah? Siapa Faekah? Saya tak kenal" - Azmin

Betul tu, adakah wajar seorang MB melayan perempuan meghoyan?
Tapi dia cukup wala' kepada Khalid

Azmin enggan layan Faekah, tidak dendam Khalid
Published: 3 October 2014
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mendakwa beliau tidak berdendam dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2014.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali enggan melayan lagi sebarang dakwaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin yang menyerang cara pentadbirannya.
"Faekah? Siapa Faekah? Saya tak kenal," katanya ketika diminta mengulas dakwaan Faekah yang mengesahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai penasihat ekonomi Selangor.
Azmin pada Rabu berkata jawatan Anwar masih kekal kerana keputusan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 September lalu hanya menutup Pejabat Penasihat Ekonomi di Plaza Perangsang, Shah Alam.
Azmin berkata, fungsi dan peranan Anwar akan dibincang semula untuk membantu pembangunan ekonomi di Selangor dan beliau akan diberikan kemudahan sesuai termasuk pejabat.
Namun, Faekah dalam reaksinya ketika diminta mengesahkan semula perkara itu susulan kenyataan Azmin berkata, keputusan menutup pejabat bermakna menghentikan khidmat Anwar juga.
"Bukankah kita sudah ucap terima kasih (kepada Anwar di dalam kenyataan terdahulu)? Pada saya, ketika itu memang (dia) dipecat," katanya dipetik laporan Antarapos.
Azmin kemudian berkata, Faekah tidak ada hak menentukan jawatan Anwar kerana ia bukan keputusannya tetapi Khalid dan exco terdahulu.
"Dia (Faekah) siapa? Tanya dialah. Berdasarkan minit mesyuarat exco pada 22 September, yang mempengerusikannya ialah Khalid bukan Faekah," katanya selepas menghadiri perhimpunan pagi bersama jabatan kerajaan negeri di Pejabat Daerah Gombak, hari ini.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa meminta pertikaian itu dihentikan dan enggan terlibat lagi dengan dakwaan pihaknya mengamalkan politik dendam terhadap Khalid.
"Saya tidak dendam kepada Khalid atau mana-mana personaliti sebab saya hendak maju ke depan," katanya. – 3 Oktober, 2014

1 comment:

  1. Setuju dgn azmi... Xpyh layan pompuan ni... Teruskan keje anda.. Bela rakyat terutama rakyat selangr... Biar negeri lain mengambil contoh keje keras anada.. Kpd pembela ayam dan penjaga hellfire serta penjaga tok presideng sila le jaga Depa tu.... bela le depa tu...Biarkan rakayat dgn kesusahan minyak akibat kealpaan anda dlm membela rakyat... Kita jumpa di akhirat depan Allah kita semua boleh tgk apa yg anda dok sibuk dgn wala ni.... Kita nanti tau demo tu bela rakyat ke dok bela hellfire atau dok berebut reta... Tuduh parti lain sendri xhadir meeting dan xbuat kepeutusan tu pun salah org,.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa