Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 2, 2014

Saari pertahan tindakannya

Rupanya semasa mereka (Saari dan Hasnul) dicemuh serta dicop sebagai broker dan barua oleh tuang presideng, PAS belum lagi mendapat penjelasan dan sebab dari dua orang ini rupanya.

Huh pemimpin yang hebat....macam ayah yang ego menyebat dulu baru tanya dan siasat anak-anak yang disebat

Kuncu-kuncu di bawah yang punya otak kontot tu biasalah. Bukan boleh buat kira ada yang wala' melulu dan ada juga kaki ampu.......

Saari pertahan tindakan, sedia berjumpa Hadi beri penjelasan
Published: 2 October 2014
Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, berkata keputusan beliau menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dibuat selepas berfikir panjang demi kepentingan Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 1 Oktober, 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib mempertahankan tindakannya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar (MB) Selangor, mengatakan ia demi menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
Beliau yang dicemuh ramai ahli PAS, termasuk presiden partinya sendiri, memberitahu The Malaysian Insider kesediaannya berjumpa dan menerangkan tindakannya kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya mengambil tindakan 14 Ogos lalu demi kepentingan PR pada ketika itu. Tiada niat langsung untuk melanggar apa-apa peraturan parti, kerana PAS belum membuat apa-apa keputusan ketika itu," katanya semalam, tiga jam sebelum melangkah ke Ibu Pejabat PAS bagi menghadapi prosiding Jawatankuasa Tatatertib PAS.
"Ia dibuat berdasarkan situasi yang bagi saya, sangat kritikal ketika itu, bersandarkan maklumat yang saya terima sebagai seorang Adun PAS di Selangor, apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai majoriti.
"Saya sedia memohon maaf kepada Presiden PAS kerana tidak memberitahu beliau sebelum membuat keputusan dan mengambil tindakan itu," kata Adun Hulu Kelang itu, bercakap kepada The Malaysian Insider di rumahnya di Wangsa Maju, ditemani isteri dan anak-anaknya.
Saari Sungib ketika tampil bersama Adun PKR dan DAP memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014.

Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharudin bertindak menandatangani SD bagi menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor pada 14 Ogos lalu
.
Ekoran itu, beliau dikecam sebahagian pemimpin PAS dengan melontarkan pelbagai panggilan, termasuk pengkhianat, melompat ke parti lawan, munafik, dilaknat Allah dan penyangak.
Dewan Ulama PAS Selangor meluluskan usul agar beliau dikenakan tindakan tatatertib, manakala Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat mahu beliau dipecat kerana mengkhianati parti.
Petang Isnin, Saari dan Hasnul dipanggil Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagi menjelaskan tindakan mereka itu, sebagai prosiding awal tindakan tatatertib terhadap mereka berdua.
Mereka berdua ke Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan menemui Mustafa dan Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Takiyudin Hassan.
Saari menjelaskan, beliau tidak pernah berbincang dengan Hasnul dalam tindakannya menyokong Dr Wan Azizah sebelum ini.
"Saya hanya mengetahui Hasnul bersama saya ketika kami sama-sama ke pejabat peguam untuk menandatangani SD itu," kata Saari.
"Apa yang ada dalam fikiran saya ketika mengambil tindakan itu adalah untuk menyelamatkan kerajaan PR selepas Khalid mendakwa beliau mempunyai majoriti dan tidak mahu meletak jawatan apabila diputuskan partinya agar berbuat demikian.
"Tindakan pantas adalah kritikal. Saya hanya ingin menafikan kenyataan Khalid. Secara teknikalnya, sokongan perlu dipindahkan kepada seorang Adun lain pada masa itu, iaitu Dr Wan Azizah," kata Saari.
Ketika itu, kata Saari, PAS belum membuat sebarang keputusan rasmi dan beliau sebagai Adun PAS di Selangor tidak menerima arahan mengenainya.
Beliau berkata keputusannya dibuat selepas memikirkannya "secara mendalam" dan memastikan tidak ada arahan PAS dalam keadaan  Khalid mengatakan dia ada sokongan majoriti.
"Tindakan saya itu hanya untuk menyelamatkan kerajaan PR," katanya, merujuk beberapa krisis sebelum ini termasuk kejatuhan kerajaan PR di Perak.
Tindakan menyokong Dr Wan Azizah juga sesuai dengan resolusi Muktamar PAS sebelum ini yang memutuskan agar PAS memperkasakan PR, kata Saari.
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos selepas itu memutuskan untuk mencalonkan Dr Wan Azizah dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon MB.
Saari hanya menyedari tindakan beliau tidak disenangi sebahagian pemimpin PAS termasuk di kawasan beliau sendiri, Gombak, selepas sidang media memaklumkan beliau menandatangani SD itu pada 14 Ogos.
"Saya terima pelbagai tohmahan dan cercaan termasuk gelaran broker dan barua serta tuduhan dicuri dan dibeli.

“Yakin dengan apa yang saya lakukan, insya Allah semua kata-kata nista dan celaan tersebut saya harapkan akan dijadikan Alalh sebagai pahala dan ganjaran bagi saya,” kata Saari syahdu.
Apa yang dirasai oleh Saari turut dirasai oleh isterinya Aliza Jaafar dan anak mereka.
Bagi Aliza (gambar, kiri), apa yang dilakukan ahli PAS lain terhadap suaminya adalah tidak wajar.
"Menjadi satu dosa memutuskan ukhuwwah yang dibina bersama-sama sejak sekian lama. Saya juga ahli Muslimat PAS dan aktif bersama mereka sebelum ini," katanya yang sebelum ini terpaksa berpisah dengan suaminya yang meringkuk dua tahun di Kem Tahanan Kamunting.
Saari ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Ketika ditanya kenapa baru sekarang beliau bersedia bercakap dengan wartawan secara rasmi, Saari berkata: "Kami mahu isu perlantikan MB Selangor selesai dahulu. Begitu juga pilihan raya kecil Pengkalan Kubor. Kini semua telah selesai dan saya pun akan bertemu dengan pimpinan PAS bagi berbincang mengenainya."
Jawatankuasa PAS Pusat dijangka mendengar laporan Setiausaha Agung PAS mengenai Saari dan Hasnul dalam mesyuaratnya yang akan datang. – 2 Oktober, 2014

7 comments:

  1. Tak payah lah "Pak Abu" kamu nak berjumpa dan menerangkan sesuatu kepada Tuang Presideng yang perenggus, keras kepala dan lalok pil kuda tu. Kalau nak diikutkan sejarah perjuangan kamu dengan beliau pun sudah jauh ketinggalan. Beliau cuma terkenal dalam "Gunniess World of Record" sebagai individu yang paling banyak mengeluarkan amanat dan berjaya mengkafirkan UMNO sepanjang zaman. Sayang sekali di penghujung usianya beliau ditewaskan oleh menantu 'kera kena belacan' yang tamakkan kemewahan dunia hingga menyebabkan beliau sujud dan sanggup berbai'ah dengan parti yang dikafirkan beliau sejak dari zaman mudanya lagi. Pak Abu di Selangor bukannya di Rusila atau di Pasir Mas Kelate dan rakyat Selangor amat memahami realiti politik di negeri mereka, oleh itu sokongan padu akan diberikan baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari kawasan Pak Abu sediri. Rusila pergi main jauh-jauh, rumahtangga kamu sendiripun kamu gagal menjaganya lalu kamu mahu menyibuk rumahtangga orang lain buat apa? Ingat, Tuang Presideng kamu itu mendapatkan jawatannya secara lantikkan dan bukannya melalui pertandingan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tuan hamba
      pak abu ambo sokong demo....tok soh caro ko tuang presideng..demo betul pak abu kawe cayo ko demo.

      Delete
    2. Kih.kih.kih.kutukan dari pencacai pasmapkr dan demi membenarkan situasi ini,admin pun lantas cuba bermain dgn statement beralas.bravo blogger berbayar pasmapkr.

      Delete
  2. saya mohon tuan jangan melutut ,biarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja,agar kesanya menjadi pengajaran kepada semua.kita bimbang sekiranya tuan berjumpa presiden akan ada pula gerombolan yang menuduh tuan sebagai lemah.alhamdullah sekarang tuan telah mendapa pahala berganda dari kutukan manusia dan menjadi orang yang di ingati sebagai manusia yang bolih di buat teman seperjuangan.

    ReplyDelete
  3. Tak habis habis lagi ke. Pergi ajak geng geng ulama pergi Demo n bantah minyak naik. Baru lah pejuang rakyat nama nya. Ini tk ada, semuanya pejuang perut. Tak pandai politik, gi duduk mesjid n pandai pandilah bawa diri.

    ReplyDelete
  4. Bodoh lah gaya Presiden macam ini , macam zaman Batu dulu kala.

    Shaari dan Hasnul se baik nya tidak perlu ber bincang lagi dengan Pemimpin ber otak Keldai.

    Apa lah PAS tanpa Shaari dan Hasnul.

    ReplyDelete
  5. Setuju dgn 1 crony.... Pi ngajar di rusila tu... Jadi ustaz ngajar agama lebih baik dr main politik yg bukannya kita taunsangat.... Geng pas sekarng dah jadi is ke... Suka nak pukul org,,..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa