Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 2, 2016

Tepis kenyataan bekas pemimpin parti: Baru betul....gunakanlah fakta bukan Akta barulah nampak bijak!

UMNO guna fakta tepis kenyataan bekas pemimpin parti 
Astri Awani - Oktober 30, 2016 22:39 MYT
UMNO guna fakta tepis kenyataan bekas pemimpin parti
Ditanya sama ada bekas-bekas menteri (gambar) tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana mendedahkan rahsia kerajaan, Tan Sri Annuar Musa berkata ia terpulang kepada keputusan Peguam Negara.
KUALA LUMPUR: UMNO akan menggunakan fakta dan kebenaran bagi menepis kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh bekas pemimpin parti itu, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak gentar dengan sebarang tuduhan yang dibuat bekas anggota kabinet serta pemimpin pembangkang.

"Segala tindakan politik harus dilawan secara politik, kita mesti ada keberanian, kita tidak perlu membalasnya dengan pencemaran nama baik, kita tidak balas dengan fitnah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jelajah penerangan pimpinan bersama akar umbi UMNO Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas anggota Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mempersoal beberapa keputusan kerajaan terutama mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Parlimen.

Turut hadir pada majlis tertutup itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Annuar berkata anggota UMNO pula tidak seharusnya terikut-ikut dengan cara politik pembangkang yang menggunakan kaedah bertentangan dengan budaya dan agama di negara ini.

Dalam pada itu, Annuar berkata beliau sedia berdebat dengan bekas menteri terbabit, dan meminta mereka juga sanggup berbuat demikian apabila membuat sebarang tuduhan di Dewan Rakyat.

"Jangan guna imuniti Parlimen dengan cara tempang, sekurang-kurangnya jadilah Anggota Parlimen yang baik, anda mesti membenarkan wakil rakyat yang lain untuk bertanya dan terlibat secara positif, bukan bermonolog," katanya.

Ditanya sama ada bekas-bekas menteri berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan rahsia kerajaan, Annuar berkata ia terpulang kepada keputusan Peguam Negara.

Katanya tiada sesiapa yang terkecuali daripada diambil tindakan mengikut undang-undang sekiranya melakukan sesuatu kesalahan.
Mengulas sama ada Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun dan bekas Menteri Kewangan Kedua akan diambil tindakan kerana mempersoal mengenai isu 1MDB, Annuar berkata: "Tidak berbangkit soal tatatertib".

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menyatakan dengan jelas apabila saya bertanya beliau, beliau berkata tiada apa yang kami tidak boleh memberi respons atau menjawab dan kerajaan akan menjawab semasa sesi penggulungan (Dewan Rakyat) nanti. Semua akan dijawab," katanya. -- BERNAMA

Kabinet bayangan PH: PAS pasang angan agar dijemput ke?

PAS tidak terima jemputan sertai kabinet bayangan Pakatan Harapan
Rahimah AbdullahAstro Awani |  November 01, 2016 16:02 MYT
PAS tidak terima jemputan sertai kabinet bayangan Pakatan Harapan
Menurut Nik Abduh, PAS hanya berurusan dengan PKR, dan tidak akan melayan pihak DAP dan Amanah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata parti itu tidak menerima sebarang jemputan untuk menyertai kabinet bayangan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, beliau yakin Pakatan Harapan tidak akan menjemput parti itu kerana tiada hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak kecuali dengan PKR.

"Tidak ada (jemputan untuk sertai Konvensyen) sebab tidak ada hubungan (kerjasama). Kita tidak berhubung dengan Pakatan Harapan, hanya mempunyai hubungan dengan PKR sahaja," katanya semasa ditemui media di lobi Parlimen.

Beliau pada masa sama tidak akan memberi pengesahan kehadiran jika dijemput menyertai kabinet bayangan Pakatan Harapan itu.

"Kita tidak fikir lagi. Tawaran itu tidak ada lagi sebab hubungan kita dengan PKR. Jadi hubungan berkaitan dengan DAP dan PAN (Amanah) itu kita tidak layan sebab sudah putus hubungan dengan mereka," jelasnya.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan,  Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini berkata, senarai Kabinet bayangan akan dimuktamadkan pada konvensyen pertama Pakatan Harapan 12 November depan.

Mengulas mengenai usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibawa Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau menyerahkan keputusan kepada Speaker Dewan Rakyat.
"Itu semua atas keputusan Speaker Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Kita faham bahawa urusan kerajaan memang banyak tapi sebagaimana mesyuarat dulu walaupun banyak, tapi Perdana Menteri dan Speaker Dewan Rakyat boleh buat keputusan," kata beliau.

Tegas beliau, RUU 355 itu sangat penting untuk rakyat mahu dan perlu dibahaskan di Parlimen.

Rupanya inilah batu apinya.......

HANIFF KHATRI DAKWA SPEAKER HASUT LAPORAN POLIS KE ATAS BEKAS MENTERI

Haniff Khatri, peguam kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menuduh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menghasut supaya laporan polis dibuat terhadap beberapa bekas menteri.

Haniff berkata bekas menteri berkenaan – Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berdepan dengan beberapa laporan polis selepas mendakwa Pandikar secara terbuka berkata mereka mungkin melanggar sumpah kerahsiaan.

Ini berhubung ucapan mereka di Dewan Rakyat yang membidas cara kerajaan menangani skandal 1MDB.

“Melalui kenyataan itu speaker parlimen secara zahir cuba memberi fahaman songsang dan khilaf di sisi undang-undang kononnya, kandungan ucapan ketiga-tiga ahli parlimen itu mempunyai unsur memungkiri undang-undang negara, secara khususnya Akta Hasutan ataupun Akta Rahsia Rasmi (OSA),” katanya.

Muhyiddin, Shafie dan Husni, masing-masing adalah ahli parlimen Pagoh, Semporna dan Tambun.

Pandikar tidak menyatakan bahagian mana daripada ucapan ketiga-tiga mereka melanggar undang-undang tetapi beberapa laporan polis dibuat terhadap ketiga-tiga mereka selepas kenyataan berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga berkata polis akan memanggil ketiga-tiga mereka untuk siasatan dan merakamkan kenyataan.
Haniff Khatri peguam Tun Mahathir – Foto FMT

Haniff berkata memandangkan Pandikar membuat kenyataan di luar parlimen, beliau tidak menikmati kekebalan parlimen.

Beliau mendakwa kenyataan Pandikar menghasut laporan polis ke atas ahli parlimen itu boleh dan hendaklah dirumuskan sebagaii satu cubaan untuk ‘melakukan aktiviti yang akibatkan detrimen kepada sistem demokrasi parlimen’.

“Ini kerana ia cuba menghalang ahli parlimen daripada melaksanakan tanggungjawab mereka, untuk membahas atau membincangkan mana-mana isu relevan di dalam dewan parlimen, selari dengan peruntukan perlembagaan persekutuan.

“Justeru, jikapun ada mana-mana pihak yang bersalah di sisi undang-undang jenayah negara ini, berhubung isu ucapan ketiga-tiga ahli parlimen dalam dewan parlimen, maka nescayalah ia semestinya adalah speaker parlimen, kedua-dua NGO iaitu JMM & Kelab N87 Wilayah Persekutuan, serta IGP, ” katanya. – Malaysiakini

KLIK BACA: Nampak 1MDB lebih kebal dari imuniti ahli parlimen

KLIK BACA: Najib bawa anak kerana hormat budaya China, kata pembantu Rosmah

TERKINI: ‘Keluarga Jho Low cuba tangkis rampasan aset guna dana 1MDB’

TERKINI: Bicara kes berkaitan 1MDB di Singapura bermula

KLIK VIDEO: Dewan kecoh Guan Eng bidas ahli parlimen BN mata dah buta hati mati

KLIK BACA: MP pertikai kerajaan beli 10 kapal, tapi potong bajet perubatan

KLIK BACA: Niat Mahathir-Muhyiddin jatuhkan Najib haram – Mufti Kelantan

KLIK VIDEO: PENENTANG KERJA MULIA SPRM SEBENARNYA PENCACAI PENDUKUNG RASUAH– SHUKRI ABDULL

- sumber

Tuesday, November 1, 2016

Tuduh ditaja Soros: Bersih ambil tindakan undang-undang. Penyebar fitnah ni bagaimana?

Tuduhan ditaja Soros: Bersih akan ambil tindakan undang-undang
01 November 2016 | MALAYSIA DATELINE
Bersih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan gabungan itu ditaja George Soros.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dijangka akan mengambil tindakan unang-undang berhubung tuduhan gabungan itu ditajaa oleh jutawan Amerika Syarikat, George Soros.

Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya sedia disiasat ujarnya, gerakan gabungan itu ditaja oleh rakyat negara ini.

"Jika mereka mahu siasat kami, silakan. Setakat ini, untuk perhimpunan Bersih 4 dan 5, wang itu adalah dari orang ramai.

"Kami sedang berbincang dengan peguam kami. Tindakan akan kami ambil bergantung kepada apa yang peguam kami kata," katanya dalam sidang media diadakan hari ini seperti dipetik Malaysiakini.

Maria mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri semalam, yang mengarahkan agar dakwaan bahawa Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini dibiayai Soros disiasat.

Satu dokumen yang didakwa dari jaringan geran antarabangsa, Open Society Foundation (OSF) mendakwa bahawa pengasasnya, Soros, mempunyai "kepentingan peribadi" dalam pilihan raya Malaysia.

Anggota Jawatankuasa Pemandu Brsih, Rama Ramananthan menegaskan bahawa dana Bersih adalah daripada orang ramai.

"Selepas Bersih 4.0, kami juga kata terdapat kira-kira 34,000 pemindahan ke akaun kami. Jadi kami sangat terbuka tentang perkara ini.

"Kami akan terbitkan akaun yang telah diaudit tidak lama lagi," kata Rama.

Walaupun Bersih tidak dinyatakan dalam dokumen OSF, New Straits Times (NST) dan The Malay Mail mengaitkan gerakan itu dengan Program Malaysia dalam laporan mereka.

Menurut NST, Maria berkata BERSIH menerima geran daripada OSF dan National Democratic Institute pada tahun 2010 dan 2011.

"Tetapi kami tidak menggunakannya untuk perhimpunan kami. Jumlah yang diberikan kepada kami hanya terdiri 11 peratus daripada dana yang diperoleh daripada orang ramai pada tahun 2011," Maria dilaporkan sebagai berkata.

Sejak itu, wang yang diperoleh adalah melalui sumber dalam negeri dan akaun Bersih adalah telus, kata Maria.

Patriotik?.......kantung dulu mau kasi penuh beb!

Patriotikkah ahli parlimen BN untuk selamatkan Malaysia?
01 November 2016 | LIM KIT SIANG
Lim Kit Siang

Ucapan Perbahasan Belanjawan oleh Ketua Ahli Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Isnin 31 Oktober 2016.

Adakah kita mempunyai Ahli-ahli Parlimen BN yang cukup patriotik untuk maju ke depan dan berganding tangan bersama Ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang patriotik untuk menyelamatkan Malaysia daripada penghinaan sebagai sebuah kleptokrasi global?

Sebagai Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang paling lama, setelah berkhidmat selama lebih empat puluh tiga tahun dalam sepuluh daripada tiga belas penggal sejak 1969 sehingga kini - kecuali dalam Parlimen Kesembilan pada November 1999 hingga Februari 2004 - saya amat sedih untuk mengumumkan bahawa sepanjang 43 tahun itu, saya tidak pernah berasa begitu malu dan marah melihat keadaan negara yang menjadi satu-satunya cinta hati dan patriotisme saya, yang saya rela berkorban apa sahaja termasuk jiwa raga, telah jatuh ke tahap yang begitu teruk sehingga menteri dan Ahli-ahli Parlimen langsung tidak tersinggung apabila dunia menggelarkan negara sebagai sebuah kleptokrasi global.

Apa yang telah berlaku kepada Malaysia? Adakah para Menteri dan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan pemimpin-pemimpin di negara ini telah betul-betul kehilangan kompas moral, walaupun Ahli Parlimen bermula dengan doa berikut sebelum setiap sidang Parlimen:

“Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Pemerintah dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan… Kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Rakyat, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negara Malaysia, bagi rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu hidayatMu dipohon menyuluh memandukan, pada ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran Allah, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan, bagi negara Malaysia, serta penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Tuhan seru alam sekalian”

Adakah doa ini telah kehilangan ertinya?

Adakah kita telah menjadi munafiq, sehingga habis terlupa doa yang kita baca di setiap pembukaan sidang Parlimen sehingga kita langsung tidak terganggu atau berasa malu dan marah untuk negara yang dikenali dunia sebagai sebuah kleptokrasi global, sebuah negara yang diperintah Tiga P’ pencuri, perompak dan penyamun.

Apa itu kleptokrasi? Ia ditakrifkan sebagai pemerintahan oleh pencuri atau sekumpulan pencuri.

Adakah begini akhirnya, apa yang dicita-cita dan diimpikan oleh para bapa-bapa kemerdekaan dan bapa-bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Tun Razak, Tun Tan Siew Sin, Tun V. Sambanthan, Tun Fuad, Tun Mustapha, OKK G.S. Sundang, Temenggong Jugah, Datuk Haji Openg, Ong Kee Hui, Ling Beng Siew dan James Wong ketika Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 1963?

Adakah kita boleh berasa bangga bahawa Malaysia kini dikenali dunia sebagai negara ditadbir Pencuri, Perompak dan Penyamun?

Jika Malaysia tidak sepatutnya dikenali dunia sebagai sebuah kleptokrasi global, maka pemimpin dan institusi Malaysia, bermula daripada Kabinet dan Parlimen, mesti menolak dan membantah secara jelas agar dapat didengari seluruh dunia bahawa fitnah dan nista terhadap nama baik negara dan reputasinya adalah salah dan tidak berasas.

Jika ada pun asas untuk gelaran kleptkrasi global bagi Malaysia di mata dunia, maka Parlimen dan seluruh warganegara yang patriotik haruslah melibatkan diri dalam proses untuk membersihkan negara daripada kehinaan tersebut dengan menyingkirkan daripada sistem dan jabatan mereka yang bertanggungjawab ke atas kehinaan tersebut, tidak kiralah tinggi mana pun pangkat mereka.

Bukan menjadi pilihan untuk Parlimen dan negara terus berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa ke atas penghinaan terhadap Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi global, kerana membisu dan tidak berbuat apa-apa, apatah lagi menerima sahaja gelaran itu menjerumuskan kita semua di mata komuniti dunia sebagai rakyat sebuah negara yang ditadbir Pencuri Perompak dan Penyamun.

Ini sebabnya kenapa saya terkejut bahawa ucapan Belanjawan 2017 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak yang berlanjutan selama hampir dua jam, langsung tidak berusaha untuk menolak penghinaan kelptokrasi global itu. Malah lebih mengejutkan, Najib bercakap tentang segala sesuatu, malah menjadikan ucapan belanjawan yang begitu serius menjadi ucapan provokatif ala Trump, tetapi langsung tidak menyebut walau sepatah pun mengenai komitmen negara membanteras rasuah.

Saya begitu terkejut bahawa sejak hari pertama daripada sidang Belanjawan 25 hari ini, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak dibenarkan bertanyakan soalan tentang saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) di bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) untuk menyita harta terkait 1MDB berjumlah lebih US$ 1 bilion di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland akibat kecurian dan pengubahan wang haram dana 1MDB sebanyak lebih US$ 3 bilion.

Ini sebabnya kenapa saya memboikot Sesi Soalan Menteri, yang diperkenalkan dalam sidang kali ini sebagai satu langkah penambahbaikan Parlimen bagi menjadikan Parlimen Malaysia lebih relevan - kerana bagaimana Parlimen Malaysia boleh mendakwa ia telah memajukan diri daripada menjadi Parlimen Dunia Ketiga menjadi Parlimen Dunia Pertama, apabila untuk tiga sesi soalan menteri dalam dua minggu pertama Parlimen kali ini, soalan saya kepada Perdana Menteri tentang apa langkah kerajaan untuk menafikan penghinaan terhadap negara sebagai kleptokrasi global telah ditolak oleh Speaker.

Mesejnya nampak jelas, bahawa boleh ada cakap-cakap tentang penambahbaikan dan transformasi selagimana isu pokok kleptokrasi dan pentadbiran yang tidak demokratik tidak ditangani. Ertinya reformasi parlimen hanya kulit, sedangkan intipati sebenar pentadbiran yang tidak demokratik tidak ditangani.

Saya katakan bahwa Parlimen Malaysia telah menjadi satu keaiban, kerana setelah dua minggu bersidang, ia tidak bersedia untuk melakukan apa-apa bagi membersihkan negara daripada penghinaan sebagai sebuah kleptokrasi global.

Adakah sebarang cahaya di hujung jalan, bagi membersihkan negara daripada penghinaan sebagai sebuah kleptokrasi global akibat skandal kewangan mega 1MDB pada skala global, saman sibil DOJ terhadap harta terkait 1MDB bernilai US$ 1 bilion di bawah KARI dan siasatan serta tindakan oleh pihak-pihak berkuasa di Switzerland, Singapura, Abu Dhabi, Australia, Luxembourg, Hong Kong dan United Kingdom terhadap skandal 1MDB?

Atau adakah tiada jalan untuk isu-isu integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam skandal mega 1MDB dibedah oleh Parlimen Malaysia bagi mendapatkan jawatan dan akauntabiliti oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri-menterinya? Adakah jawapan-jawapan ini hanya mungkin didapatkan sekiranya berlaku perubahan dalam Kerajaan Persekutuan dalam Pilihanraya Umum ke-14?

Reaksi rasmi terhadap ucapan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Parlimen bertanyakan soalan tentang skandal mega 1MDB bukanlah sebab untuk kita mempercayai bahawa kerajaan UMNO/BN bersedia untuk membiarkan Parlimen menyiasat skandal 1MDB.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa teleh menolak mentah-mentah ucapan Husni dan berkata bahawa bekas Menteri Kewangan II itu langsung tidak mengatakan apa-apa perkara baharu dalam siri soalannya berkaitan skandal 1MDB.

Saya amat terkejut dengan komen Annuar kerana saya telah mengikuti kisah menyayat hati skandal 1MDB sejak sepanjang tujuh tahun lalu, dan setakat yang saya tahu, inilah kali pertama Husni telah meluahkan kebimbangannya tentang skandal kewangan mega global 1MDB di khalayak umum.

Amaran Husni bahawa Malaysia mungkin akan terus dihantui skandal 1MDB dan soalannya berkaitan masalah 1MDB yang berpunca daripada kehilangan US$ 4 bilion dalam Aabar (BVI), saman arbitrasi US$6.5 bilion dengan syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi serta pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) kepada SRC bukanlah rahsia, walaupun baru pertama kali dibangkitkan oleh Husni dalam forum awam sebegini.

Adakah Annuar mencadangkan bahawa Husni telah memberi amaran sedemikian dan telah membangkitkan persoalan mengenai skandal 1MDB ketika berada dalam kerajaan atau UMNO sebelum meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan II?

Apa yang lebih mengejutkan ialah pendedahan Husni dalam ucapannya di Parlimen bahawa walaupun beliau merupakan menteri yang paling setia dan profesional, dengan KPI yang paling baik dalam kalangan menteri, beliau telah difitnah dan diserang oleh cybertrooper UMNO di media sosial, selepas beliau meninggalkan Kabinet.

Nasib yang sama turut menimpa bekas Timbalan Perdana Menteri serta bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Saya juga amat terperanjat apabila Speaker, Tan Seri Pandikar Amin Mulia menyebut pada Khamis lalu bahawa bekas menteri Muhyiddin, Shafie dan Husni mungkin telah memungkiri sumpah simpan rahsia Kabinet ketika membahaskan Belanjawan 2017 di Parlimen.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menanggapi komen Pandikar ini kerana ia merendahkan persepsi umum dan imej integriti serta kebebasan Speaker daripada cabang Eksekutif apabila beliau mencadangkan bahawa tiga bekas menteri kabinet ini telah memungkiri ikrar simpan rahsia mereka dalam ucapan di Parlimen, dan lagi, beliau nampaknya turut mencadangkan kepada pihak Eksekutif dan juga terutamanya kepada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan terhadap tiga bekas menteri kabinet ini di bawah Akta Rahsia Rasmi atau apa-apa undang-undang laim untuk apa yang diandaikan sebagai kesalahan yang telah dilakukkan oleh bekas-bekas menteri ini dalam ucapan mereka di Parlimen.

Pandikar sebagai Speaker seharusnya sedar tentang kepentingan doktrin pengasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman, serta tanggungjawab khasnya sebagai Speaker Parlimen untuk membela kebebasan dan integriti Parlimen daripada diserap atau dilanggar oleh pihak Eksekutif.

Mana ada di dunia ini boleh kita temukan Speaker Parlimen yang mencadangkan kepada Eksekutif untuk mendakwa Ahli-ahli Parlimen yang merupakan bekas menteri kabinet lantaran ucapan mereka di Parlimen kerana melanggar sumpah rahsia Kabinet?

Muhyiddin, Shafie dan Husni semuanya dilindungi keistimewaan Parlimen untuk apa yang mereka sebutkan di Parlimen, kecuali dalam kes-kes spesifik membabitkan pelanggaran Akta Hasutan yang melibatkan empat isu sensitif seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan - yang langsung tidak dilakukan oleh ketiga-tiga orang itu.

Malah sebenarnya Speaker sepatutnya membela tiga bekas menteri ini atas apa yang mereka ucapkan di Parlimen sekiranya pihak Eksekutif mahu memulakan prosiding jenayah ke atas mereka, seperti yang pastinya akan secara tradisinya dilakukan oleh mana-mana Speaker di lain-lain Parlimen.

Kenapa Pandikar melanggar tradisi Parlimen dengan terus mencadangkan supaya Peguam Negara dan Ketua Polis Negara bertindak ke atas tiga bekas menteri kabinet ini? Malah sekiranya salah seorang mereka melanggar hak istimewa Parlimen, adalah menjadi tugas Speaker atau Timbalan Speaker untuk menghalang Ahli Parlimen tersebut daripada berbuat demikian. Jika tidak, kerusi Speaker lah yang akan bersalah kerana pengabaian tanggungjawab sekiranya tidak menghentikan seorang Ahli Parlimen daripada menyalahgunakan keistimewaan Parlimen.

Tidak sekali pun dalam tiga keadaan ini, Pengerusi memberhentikan mana-mana seorang bekas menteri daripada bercakap ekoran risiko melanggar keistimewaan Parlimen. Dan adalah memeranjatkan apabila Speaker pula yang beriya-iya mendakwa tiga bekas menteri ini mungkin telah melanggar undang-undang dalam ucapan mereka di Parlimen.

Ini adalah sesuatu yang sangat tidak patut dan suatu perilaku yang langsung tidak sesuai untuk Speaker Malaysia!

Telah dilaporkan bahawa Husni telah dipanggil oleh pihak polis lewat hari ini ekoran ucapan Parlimennya berkenaan skandal 1MDB, yang menjadi tajuk komen Speaker bahawa Husni telah melanggar undang-undang, yang kemudiannya membuatkan para juak-juak UMNO untuk membuat laporan polis terhadap Husni.

Husni wajar menarik perhatian pihak polis yang ditugaskan menyiasatnya kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, dan memberi amaran kepada pegawai polis itu bahawa ia mungkin bersalah menghina Parlimen dan boleh dihukum mengikut Klausa 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang melindungi Ahli-ahli Parlimen daripada halangan melibatkan tindakannya di dalam Dewan Rakyat, termasuk ucapannya ketika perbahasan Belanjawan, kecuali jika ia telah kehilangan keistimewaan itu di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan Akta Hasutan kerana mempersoalkan satu daripada empat isu sensitif, yang tidak terpakai dalam keadaan ini.

Pihak polis pernah melancarkan siasatan ke atas saya ekoran apa yang saya ucapkan di Parlimen, yang tidak ada kaitan dengan mana-mana empat perkara sensitif yang menghilang keistimewaan Ahli Parlimen. Tetapi apabila saya maklumkan kepada pegawai polis yang datang berjumla dengan saya bahawa beliau sedang menghina Parlimen dengan menghalang seoran Ahli Parlimen daripada menjalankan tanggungjawbanya dan menarik perhatian beliau kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan memintanya supaya kembali meminta nasihat pegawai atasan dan Jabatan Peguam Negara, pegawai tersebut berundur dan tidak kembali lagi.

Sekiranya pihak polis menyiasat Husni untuk ucapannya di Parlimen disebabkan laporan polis ke atas tuduhan melanggar Akta Rahsia Rasmi, Parlimen harus bersidang menentang tindakan penghinaan oleh pihak polis demi memelihara hak dan keistimewaan Ahli Parlimen.

Dalam pertembungan antara Parlimen dan Polis dalam hal keistimewaan dan penghinaan terhadap Parlimen, Speaker mesti melepaskan haknya untuk duduk di kerusi Pengrusi dalam mana-mana prosiding Parlimen yang berlanjutan dariinya, kerana Speaker mungkin menjadi berat sebelah ekoran kenyataannya dalam sidang media Khamis lalu.

Adakah kita mempunyai Ahli-ahli Parlimen BN yang cukup patriotik untuk maju ke depan dan berganding tangan bersama Ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang patriotik untuk menyelamatkan Malaysia daripada penghinaan sebagai sebuah kleptokrasi global?

Saya berada di Keningau Sabah pada hujung minggu lalu di mana saya merasmikan majlis pecah tanah untuk projek air Impian Sabah di daerah Bunga Raya Keningau.

Saya menerima dua kejutan.

Pertama, 20km dari Keningau, pekan kelima terbesar di Sabah yang selama empat dekad lalu telah menjadi kawasan pemimpin PBS, yang telah pernah menjadi Ketua Menteri atau Timbalan Ketua Menteri Sabah; ada kampung yang tidak mempunyai bekalan air bersih pada tahun 2016.

Kedua adalah fikiran tentang apa yang boleh dicapai untuk pedalaman Sabah sepanjang setengah abad yang lalu, sekiranya negeri tersebut mempunyai urustadbir yang baik berbanding ‘belalang-belalang politik’ sepanjang lima dekad lalu.

Projek air Keningau oleh Impian Sabah adalah projek air paling mahal setakat ini, memakan belanja RM250 ribu untuk membina sistem air graviti untuk membawa air bersih ke lima buah kampung, yang akan memberi manfaat kepada 300 buah rumah atau 1,500 orang.

Jika 60 peratus daripada RM3.3 bilion - atau sekitar RM2 bilion - yang diperuntukkan untuk projek infrastruktur air luar bandar tidak dicuri akibat rasuah dan kleptokrasi, ia boleh membiayai 8,000 projek seperti projek air Impian Sabah di Keningau, menyediakan sistem paip air graviti ke rumah-rumah di pedalaman bagi manfaat 12 juta orang, i.e. 8000 x 1500 orang (empat kali ganda populasi Sabah sekarang).

Tidak ada sebab langsung kenapa hampir setiap isirumah di pedalaman Sabah tidak dapat diberikan kemudahan air bersih, bukan sahaja pada 2016 tetapi sekitar dua puluh tahun lalu, sekiranya tidak terjadi rasuah dan kleptokrasi di negeri tersebut.

Skandal RM3.3 bilion Jabatan Air Sabah, di mana 60 peratus daripada peruntukan RM3.3 bilion daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk memperbaiki bekalan air bersih dan terawat di negeri itu, telah dicuri ke poket-poket peribadi beberapa orang perasuah, adalah contoh terbaru untuk menunjukkan bagaimana selama separuh abad, Sabah telah menjadi antara negeri paling miskin di Malaysia walaupun mempunyai kekayaan sumber asli.

Dalam masa separuh abad, Sabah telah menjadi negeri dengan jurang-jurang yang amat ketara - negeri termiskin, dengan keadaan sosio-ekonomi rakyat miskin yang lebih buruk daripada Kelantan, namun merupakan negeri paling kleptokratik dengan ahli politik paling kaya dalam negara.

Saya tertarik dengan kenyataan bakal presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili bahawa PBS akan berjuang untuk syarat-syarat yang terabai dalam Perjanjian Malaysia 1963, dan PBS akan menaja usul bersama Sarawak untuk mengembalikan syarat-syarat yang hilang daripada perjanjian tersebut.

Apa yang menariknya ialah pemimpin PBS itu, yang merupakan seorang Menteri Kabinet Persekutuan, langsung tidak mampu menyenaraikan apakah syarat-syarat yang hilang daripada Perjanjian Malaysia 1963 itu, mahupun membahaskan perkara tersebut di Parlimen.

Selama lebih empat dekad, Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak telah diambil mudah oleh Kerajaan Persekutuan UMNO-BN, dilayan sebagai perca untuk mencukupkan bilangan bagi memastikan hegemoni UMNO berlanjutan dalam Kerajaan Persekutuan namun tidak sangat penting, memandangkan koalisi pemerintah itu sentiasa menang dengan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Lanskap politik dan persamaan elektoral telah ebrubah sejak pilihanraya umum ke-12 pada thaun 2008, apabila koalisi persekutuan UMNO-BN kehilangan dua pertiga majoriti buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.

Namun 57 kerusi di Sabah dan Sarawak menjadi begitu penting hanya pada PRU ke13 pada 2013 apabila 47 Ahli Parlimen BN menyelamatkan UMNO-BN dengan tidak berpihak kepada pembangkang.

Ini kerana koalisi UMNO-BN hanya menang 86 kerusi Parlimen di Semenanjung, tidak mencukupi untuk membentuk majoriti mudah daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan di Putrajaya.

Hanya dengan 47 kerusi Parlimen yang dimenangi UMNO-BN di Sabah dan Sarawak maka Datuk Seri Najib Razak dapat terus menjadi Perdana Menteri dengan 133 kerusi, walaupun sebagai Perdana Menteri minoriti pertama di Malaysia, memandangkan koalisi UMNO-BN hanya memenangi 47% undi popular daripada jumlah populasi yang keluar mengundi.

47 Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak adalah justeru merupakan ‘kingmakers’ kepada kerajaan persekutuan UMNO-BN selepas PRU ke 13, namun malangnya mereka setakat ini telah gagal untuk menggunakan pengaruh, peranan dan input terhadap halatuju dasar negara dan pembangunan.

Tanpa sokongan 47 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak, Kerajaan Persekutuan Najib di Putrajaya akan gagal dan runtuh.

Saya menyeru 47 Ahli Parlimen BN ini untuk memainkan peranan mereka sebagai ‘kingmakers’ kerajaan Najib dengan melaksanakan tiga tanggungjawab penting bagi mempertahankan asas sekular pembinaan negara Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 serta menyelamatkan Malaysia daripada nasib malang sebuah kleptokrasi global.

Pertama, 47 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak harus menyatakan dengan jelas kepada Najib bahawa mereka akan menarikbalik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan, lantas menyebabkan ia runtuh, sekiranya Najib tidak bersedia untuk memberi jaminan bahawa konsensus BN yang negara Islam dan undang-undang hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan serta tidak sesuai untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia, dikekalkan. Ini bermakna komitmen jelas bahawa Kerajaan Persekutuan BN tidak akan menyokong Rang Undang-undang Persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud.

Kedua, 47 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak ini mesti mendesak supaya Kerajaan Persekutuan Najib mengambil semua langkah perlu untuk megembalikan autonomi penuh kepada Sabah dan Sarawak, sesuai dengan semangat Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Jawatankuasa Inter-Government dan Perjanjian Malaysia 1963.

Ketiga, 47 Ahli Parlimen BN ini mesti memberi mesej jelas kepada Najib bahawa penghinaan terhadap Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi global - negara yang ditadbir pencuri dan penyamun - mesti disangkal dan dijawab, atau dibersih, supaya rakyat Malaysia tidak menanggung malu, dan boleh berasa bangga sebagai rakyat Malaysia apabila mereka merantau dan melancong ke luar negara, dan tidak dilihat sebagai rakyat yang datang dari negara yang ditadbir perompak dan pencuri.

47 orang Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak harus menyatakan dengan jelas kepada Najib bahawa tiga tuntutan ini tidak boleh dikompromi, kerana ia berkaitan asas, integriti dan nama baik Malaysia, serta pembinaan negara Malaysia, dan sekiranya Perdana Menteri dan Kabinetnya tidak komited kepada tiga perkara ini, 47 Ahli Parlimen BN ini mesti menarikbalik sokongan mereka kepada kerajaan Najib, demi kepentingan negara.

Adakah 47 orang Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak ini, yang telah diletakkan sebagai ‘kingmaker’ bersejarah di persimpangan penting sejarah Malaysia, akan dapat melaksanakan tugas kepada negara, yang pastinya akan membawa kesan besar dan panjang kepada generasi Malaysia akan datang?

Lim Kit Siang ialah ahli Parlimen Gelang Patah 

Hoii..yang bising tu, apa yang ko dah bawa untuk negara? Najib bawa pelabor melabor di bandar-bandar Malaysia!

'Lawatan ke China bukan untuk menunggang kuda'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - 1 NOVEMBER 2016
'Lawatan ke China bukan untuk menunggang kuda' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut Duta Besar Malaysia di China, Datuk Zainuddin Yahya (kiri) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, semalam. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Penyertaan ahli keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan ke China merupakan satu kebiasaan untuk pemimpin besar negara itu menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan keluarga dengan pemimpin lain.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, oleh itu tidak menjadi kesalahan untuk Najib membawa bersama ahli keluarganya dalam lawatannya ke negara tembok besar itu.

"Kerajaan China telah menjemput Perdana Menteri dan keluarganya dalam lawatan ke China kali ini....Walaupun Perdana Menteri jarang membawa keluarga beliau, tetapi adalah normal jika PM mahukan anak-anaknya bersama ketika lawatan panjang selama seminggu - apatah lagi jika terdapat jemputan khas untuk membawa keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Padan, Rafizi Ramli yang mempersoalkan kenapa ahli keluarga Perdana Menteri turut serta dalam kunjungan kerajaan ke China.

[ARTIKEL BERKAITAN: Apa istimewanya Riza, boleh naik jet bersama PM?]

Semalam Najib tiba di Beijing untuk lawatan rasmi enam hari ke China dengan matlamat mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang lama terjalin antara kedua-dua negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: PM tiba untuk lawatan rasmi di China]

Ujarnya, sepatutnya isu ini tidak perlu dibangkitkan kerana 'ada perkara yang lebih penting' untuk dilihat dalam kunjungan Najib kali ini.

"Terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani dalam lawatan rasmi ini, ianya bakal membawa puluhan bilion ringgit pelaburan dan manfaat untuk Malaysia," katanya.

Jadi ujarnya, mengapa perlu dibangkitkan soal kecil mengenai kedua anak mengikuti beliau dalam lawatan ini?

"Lagipun lawatan ke China bukan untuk menunggang kuda ataupun melawat ladang," katanya.

* Tu lah sebabnya orang kata bandar kita dah jadi kepunyaan cina

Menarik dari Teuku Zacharyah Iskandar

[28/10 14:09] Teuku Zacharyah Iskandar: Apa itu sekularisma.. sampai sekrang ustad2 PAS  x mampu bg jawapan yg memuaskan hanya pandai sebut jer...

Teuku Zacharyah Iskandar: Sekularisma memisahkan agama dari politik atau memisahkan golongan agamawan dari kuasa politik?

Teuku Zacharyah Iskandar: Secara zahirnya pada zaman khilafah islam dahulu umat islam telah memisahkan institusi ulama dari institusi umarak, ulama ditegah dari menghampiri istana2 khalifah kerana dikhuati ulama akan mengunakan nas2 Al Quran dsn hadith Rasulullah bg membenarkan kata2 dan salah laku umarak..

Teuku Zacharyah Iskandar: Zaman khilafah islam dahulu tiada majlis syura ulama yg ada cuma majlis syura khilafah..

Teuku Zacharyah Iskandar: Ahli majlis syura khilafah dilantik dari kalangan kaum kerabat Khalifah yg memerintah..

Teuku Zacharyah Iskandar: Dan setiap ahli majlis syura khilafah menyandang jawatan gabenor atau menteri yg mentadbir wilayah yg bernaung di bawah empayar islam.. contoh.. Umar Abdul Aziz sebelum dilantik menjadi khalifah beliau merupakan gabenor di Mesir.. Umar Abdul Aziz adalah salah seorang kerabat Khalifah.

Teuku Zacharyah Iskandar: Sistem Majlis syura Ulama PAS meniru konsep Majlis Syura yg dicipta oleh Ayatollah Komeini di Iran yg berkonsepkan Kerajaan Mullah..

Teuku Zacharyah Iskandar: Ketika zaman islam memisahkan Institusi pemerintah dgn institusi ulamak, di benua Eropah umat kristian meletak kuasa gereja lebih tinggi dari kuasa pemerintah.. apa sahaja hukuman dan kesalahan harus merujuk kepada gereja.. zaman tersebut benua eropah melalui zaman kegelapan (Dark Age)..

Pada kurun ke 16 dan 17 eropah mula meniru konsep islam dgn menghapuskan penguasaan gereja di dlm sistem pemerintah dan lahirlah aliran Kristian Protestan maka berlakukan revolusi pertanian dan industri yg pesat dan besar2an di Perancis dan keseluruh benua eropah.. mereka terus memacu kemajuan dan muncul sebagai sebuah kuasa besar yg mampu bertahan hingga ke hari ini..

So siapa dahulu yg mencetuskan idea pemisahan institusi pemerintah dari institusi agama? Dan sistem sekularisma ini berasal dari Islam atau Kristian?

Teuku Zacharyah Iskandar: Sbb tu bg aku jangan kita jd seperti burung kakak tua hanya tahu sebut jer tapi x faham apa2.

Teuku Zacharyah Iskandar: Ramai ustadz yg terbelit2 lidah mereka menyebut perkataan2 dlm bahasa inggeris tapi tak tahu apa benda yg mereka sebut..

Teuku Zacharyah Iskandar: Siapa golongan Muktazilah..? Ada sebahagian ulama melebelkan Ilmuan islam Ibnu Sina dan Ibnu Rush sebagai golongan atheis yg menolak agama kerana dituduh dan dilebelkan sebagai golongan Muktazilah..

Buka kitab ler.. Ibnu Rush dikenali sebagai Father Of Secularisme (bapak sekular) Ibnu Rush yg mengkaji falsafah yunani kuno juga falsafah politik Aristotle telah menulis beberapa buah kitab tentang Demokrasi dan Sekularima..

Jalinan perkembangan falsafah Sekularisma dan Demokrasi dunia.. Aristotle kpd Plato di Yunani Kuno.. disambung oleh Ibnu Rush.. selepas revolusi besar2an di prancis disambung dan diperluaskan oleh kuasa2 besar dari eropah dan kini diserapkan ke seluruh dunia..

Teuku Zacharyah Iskandar: Aku ingat lagi zaman aku kecik2 dulu bila pakcik2 aku dapat sambung belajar ke england ramai ustad dan imam2 masjid di kampung nasihatkan jgn belajar tinggi2 sgt sampai ke england nanti jadi sesat..

Teuku Zacharyah Iskandar: Ilmuan islam zaman dahulu mereka bukan sahaja bertadarus Quran tetapi mereka sentiasa bertabbur Quran.. zaman ni kita dok sibuk bertadarus Quran tapi amat payah utk mentadabbur Quran.. knp umat islam amat payah mentabbur Quran jawapannya adalah kerana mereka tiada menguasai ilmu dan jalan paling mudah apabila mereka tidak dpt mentafsir hikmah2 di pada ayat Quran mereka akan klasifikasikan ayat2 tersebut sebagai ayat mutasyabihat

Teuku Zacharyah Iskandar: Sbb tu kadang2 aku angin dgn ustadz dan ahli PAS ni cakap kosong dan banyak merepek jer, ada ahli PAS huruf jawi pun x kenal mengaji Quran pun merangkak2 tapi berlagak seolah2 mereka adalah ahli syurga..

Teuku Zacharyah Iskandar: Ilmu utk difikir bukan untuk dihafal..

Sun Tzu: Untuk merealisasikan angan-angan

*BAGAIMANA UNTUK PAS MEREALISASIKAN ANGAN-ANGAN MEREKA..?*

Macam ini, saya ajar satu cara kalau PAS betul hendak merealisasikan ANGAN-ANGAN mereka dengan lebih berkesan:-

1. PAS kena bertanding sendirian dalam PRU, jangan sesekali bergabung.

2. PAS mesti bertanding sekurang-kurang 150 kerusi Parlimen di Semenanjung, Sabah dan Serawak. Terbaiknya bertanding semua kerusi 222 kerusi parlimen.

3. PAS kena menang 115 kerusi parlimen (majoriti mudah).

4. Dapat bentuk kerajaan di Malaysia dengan majoriti mudah. Apabila sudah dapat bentuk kerajaan PAS, semua menteri tentulah dari PAS.

5. Bila semua menteri dari PAS, nak luluskan apa akta pun tidak perlu sokongan parti lain. Terus bawa masuk sebarang pindaan perlembagaan ke dalam parlimen untuk di bahaskan.

6. Ketika itu PAS boleh tegakkan perjuangan mereka tanpa perlu meminta tolong serta belas ihsan dari UMNO seperti RUU 355. Ini barulah dinamakan cerdik dan matang politik.

_*SOALNYA BOLEHKAH PAS BOLEH MENANG SEKURANG-KURANGNYA 115 KERUSI PARLIMEN..? Tepuk dada tanya selera..*_ Sun Tzu

Masuk bakul angkat sendiri.......

ADUN2 BN SELANGOR HANYA TAHU MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI!!

Untuk menunjuk kononnya mereka sebagai pemimpin yang baik dan menghormati Dewan Negeri Selangor, semua 12 Adun BN mempamerkan plakad bertulis "Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat" selepas Menteri Besar, Azmin Ali selesai membentangkan Bajet Selangor 2017.

Sesiapa pun yang membaca berita tersebut pasti terasa pelik dan kemudian ketawa berdekah-dekah dengan gelagat Adun-Adun BN berkenaan.

Apa sebenarnya yang mereka mahu tunjukkan?

Mempamerkan plakad bagi pemimpin politik ialah tanda sama ada untuk menyokong atau membantah. Jika bersama kerajaan, ia mesti berbentuk sokongan, manakala sebagai pembangkang, ia hendaklah suatu bentuk bantahan.

Sebagai Adun pembangkang di Selangor, Adun-Adun BN itu sepatutnya membantah apa yang dilakukan oleh Azmin Ali atau kerajaan negeri, jika terdapat sebarang kesalahan yang dapat dikesan.

Tetapi dengan mempamerkan plakad bertulis "Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat" itu, siapa yang mereka bantah dan siapa yang mereka sokong?

Perbuatan itu sebaliknya hanya menunjukkan mereka  menyokong tindakan sendiri yang tidak berganjak ketika Azmin membentangkan bajet yang dianggap sebagai menghormati Dewan dan mandat rakyat. Ia tidak ubah seperti  badut yang masuk bakul angkat sendiri atau syok sesama sendiri.

Adakah Adun-Adun ini faham peranan dan kedudukan mereka?

Tidakkah dengan mereka duduk diam dalam Dewan dan kemudian mengambil bahagian ketika perbahasan, sudah cukup untuk menunjukkan mereka menghormati Dewan dan mandat rakyat?

Kenapa sampai perlu tergedik-gedik masuk bakul angkat sendiri? Bertambahkah sokongan pengundi dengan kelakuan sedemkian atau ia hanya menambahkan ketawa rakyat semata-mata?

Jika pun mereka menaikkan plakad itu bertujuan untuk menyindir Ahli-Ahli Parlimen  pembangkang yang keluar Dewan Rakyat ketika Najib Razak membentangkan Bajet 2017 baru-baru ini, ia juga
sama sekali tidak kena keadaannya.

Ini kerana Azmin tidak ada isu seperti Najib dan ucapannya juga tidak berbentuk provokasi kepada sesiapa. Maka, tiada keperluan mempamerkan plakad seperti itu.

Malah dengan mempamerkan plakad tersebut, selain menunjukkan "kebodohan"  sendiri, mereka secara tidak langsung menyerlahkan ketidakupayaan untuk menjadi pembangkang yang berwibawa di Selangor, jauh sekali untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan dalam PRU 14 akan datang. (SH 31/10/2016).

Bapa Songlap: ADUN dipanggil SKMM

ADUN DIPANGGIL SKMM KERANA KARTUN ‘BAPA SONGLAP’

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memanggil Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dipanggil susulan status di Facebook beliau yang memaparkan kartun Datuk Seri Najib Razak.

Wakil rakyat PKR itu memuat naik gambar perdana menteri dengan perkataan “Bapa Songlap Negara” ke media sosial itu pada 22 Oktober 2016.

Kartun itu memaparkan Najib menunjukkan isyarat lucah jari tengah dan memegang wang RM100.

Yunus yang menggunakan nama Rakyat Marhaen di Facebook berkata beliau akan memberikan kenyataan kepada pejabat SKMM di Bandar Meru Raya, Ipoh pada 11 pagi.

Jun lalu, seniman dan aktivis Fahmi Reza didakwa bawah Akta Komunikasi dan Multimedia susulan kartun Najib dengan wajah badut.

Fahmi dan tiga lagi ditahan semalaman di lokap polis susulan kemeja T dengan kartun itu.

Kes itu mencuri perhatian media di seluruh dunia, dengan artis grafik itu kemudian mengedarkan kartun itu di Internet.

TERKINI: Bicara kes berkaitan 1MDB di Singapura bermula

KLIK VIDEO: Dewan kecoh Guan Eng bidas ahli parlimen BN mata dah buta hati mati

KLIK SINI – LIHAT INFOGRAFIK 8 SOALAN HUSNI YANG DIDAKWA RAHSIA KERAJAAN

KLIK BACA: MP pertikai kerajaan beli 10 kapal, tapi potong bajet perubatan

TERKINI: Rakyat Malaysia biayai BERSIH bukan Soros, kata Hishamuddin Rais

KLIK BACA: Niat Mahathir-Muhyiddin jatuhkan Najib haram – Mufti Kelantan

KLIK VIDEO: PENENTANG KERJA MULIA SPRM SEBENARNYA PENCACAI PENDUKUNG RASUAH– SHUKRI ABDULL

- sumber

U-turn pulak dah........dah lenjun serban kena kencing ke?

Pas setuju strategi satu lawan satu
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI - 1 NOVEMBER 2016
Hashim Jasin

YAN – Pas mengakui bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.

“Pas sentiasa membuka pintu untuk mana-mana parti bersama kita, tapi dengan syarat kita bersatu atas dasar agama ALLAH. Sebab dulu kita tak buat atas dasar itu, jadilah apa berlaku sekarang (bubar PR).

 “Pengalaman memaksa kita meletakkan syarat dan ini mesti kita lakukan. Kalau mereka setuju, DAP pun boleh bersama. Seeloknya satu lawan satu, tapi kalau dah tak boleh jadi satu lawan satu, kita terpaksa empat lawan satu,” katanya ketika ditemui pada majlis minum petang bersama Mursyidul Am di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, kelmarin.

 Beliau turut menyeru kepada parti-parti politik dan semua pemimpin dalam negara supaya jangan pinggirkan tuntutan al-Quran.

 “Pas Islam, Umno Islam, PKR pun kebanyakan Islam dan DAP pun ada orang Islam. Dalam erti kata lain kebanyakannya Islam. Sekarang al-Quran kata berpegang teguh dengan agama ALLAH.

 “Kalau nak bersatu memang bagi pihak Pas pintu sentiasa terbuka pagi dan petang, tapi bersatu itu mestilah berdasarkan kepada agama ALLAH. Tak usah cari yang lain sebab tak akan berjaya,” katanya.

 Menurutnya, parti Islam itu mempunyai banyak pengalaman sejak 65 tahun penubuhannya yang pernah menjalinkan kerjasama politik dengan BN dan PR.

 “Mari kita bersatu berdasarkan al-Quran. Bukan saya tak buka peluang, saya buka kepada DAP pun boleh bersama kita kerana Nabi pun pernah buat tahaluf selepas perjanjian Hudaibiyah. Antara syarat itu mereka tak boleh berperang dengan Nabi Muhammad selama 10 tahun.

 “Ini perjanjiannya dan kalau ada antara mana-mana kabilah yang hendak bersama berlindung di bawah Nabi Muhammad untuk kerajaan Islam pun boleh. Kenapa kita nak tolak DAP? Mari, hukumnya boleh bertahaluf dengan syarat jangan ganggu al-Quran itu. Kamu dengan agama kamu, aku tak ganggu dan jangan kamu mengganggu agama kami,” katanya.

 Bagaimanapun katanya, sekiranya ada campur tangan yang bersabit dengan akidah oleh pihak luar, maka Pas tidak boleh menerimanya.

 “Orang Islam wajib pegang kepada janji, kita tak boleh mungkir. Orang lain juga boleh bersama Pas, Umno pun kita buka tapi dengan syarat Islam mesti memimpin sebab kita dah bagi orang lain pimpin kita, tak sampai ke mana.

 “Kita bersama dengan parti-parti dahulu, kita bertahaluf dan pernah masuk BN. Kita dah duduk dalam PR, semua itu mereka di depan (dominan) dan tak akan sampai kepada matlamat (Pas),” katanya.

 Sementara itu, beliau berkata apa dilakukan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu memimpin negeri itu contoh terbaik melaksanakan apa yang disarankan oleh al-Quran.

“Saya bagi contoh, Allahyarham membuat arahan supaya semua duit kerajaan negeri yang berada dalam simpanan bank-bank riba dipindahkan kepada bank Islam. Apabila arahan itu dibuat, marah habis pengurus-pengurus bank dengan alasan mereka tak boleh berniaga dengan dasar kerajaan negeri.

 “Allahyarham kata itu bukan tugas saya nak berniaga atau tidak, kerja saya apa yang tuhan suruh semampu boleh saya buat. Sekarang saya ada kuasa, wang kerajaan negeri dimasukkan ke dalam bank Islam,” katanya.

 Menurutnya, tidak lama kemudian banyak kaunter bank berteraskan Islam dibuka di Kelantan.

 “Kenapa Tok Guru ini keras kepala ka? Sebenarnya ada 10 perkara besar lagi yang dibuat di Kelantan. Kita sedia dimarahi manusia, tapi tak bersedia dimarahi ALLAH,” katanya.

* Kang masa bincang pembahagian kerusi akan berbalah lagi.......aku mampos tak percaya puak-puak ni

Menanti kucaran politik seterusnya dari PAS

*Menanti Kucaran Politik Seterusnya Dari Pas*.....

Pas telah berjaya mengkucar-kacirkan urusan politik pembangkang sebaik *Kajang Move* dimulakan.

Perpecahan Pakatan Rakyat adalah cerminan kejayaan Pas - maka tercatatlah dalam sejarah politik negara untuk selamanya...

*Sejak Kajang Move,Pas tidak berhenti-henti mengetengahkan isu2 untuk menunjukkan bahawa pecahnya Pakatan Rakyat bukan berpunca dari sikap khianat mereka terhadap rakyat yang memberi undi dalam PRU13 kepada Pas.*

Namun,apa saja yg mereka lakukan tidak berhasil.Rakyat tetap dapat menghidu bahawa Pas sememangnya telah bertindak dengan sengaja untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Sebaik Pakatan Rakyat pecah,Pas begitu bersungguh menjulang hudud sehingga:
*-diakui hudud adalah nyawa Pas.*
*-MB Kelantan istihar letak jawatan andai hudud tidak dilaksana.*

Sudah letak jawatan kah MB Kelantan ?

Hudud gagal untuk diketengahkn lantas diganti dengan RUU355.

RUU355 berjaya mengumpulkan pendokong2 Pas mengelilingi mereka tapi berapa lama lagi kah ia mampu bertahan ?

Apatah lagi dengan keadaan semasa,RUU355 tidak kelihatan akan berjaya dibentangkan di parlimen..

Apakah yang tinggal lagi untuk Pas ?

Ingin kembali membicarakan hudud?

RUU355 pun gagal dibentang,masih ingin bermain politik dengan kembali memutar hudud ?

*Atau Pas akan membawa isu baru dengan nada yang lebih lunak ?*

Apakah Pas terus kehilangan nyawa menjelang PRU14 nti ?

Seluruh rakyat sedang menanti kucaran terbaru Pas dalam politik negara..

Semakin nanar kah Pas ?

kita nanti kan..

ahad S.K.

- Sontoloyo piyaponk