Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 1, 2016

Tuduh ditaja Soros: Bersih ambil tindakan undang-undang. Penyebar fitnah ni bagaimana?

Tuduhan ditaja Soros: Bersih akan ambil tindakan undang-undang
01 November 2016 | MALAYSIA DATELINE
Bersih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan gabungan itu ditaja George Soros.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dijangka akan mengambil tindakan unang-undang berhubung tuduhan gabungan itu ditajaa oleh jutawan Amerika Syarikat, George Soros.

Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya sedia disiasat ujarnya, gerakan gabungan itu ditaja oleh rakyat negara ini.

"Jika mereka mahu siasat kami, silakan. Setakat ini, untuk perhimpunan Bersih 4 dan 5, wang itu adalah dari orang ramai.

"Kami sedang berbincang dengan peguam kami. Tindakan akan kami ambil bergantung kepada apa yang peguam kami kata," katanya dalam sidang media diadakan hari ini seperti dipetik Malaysiakini.

Maria mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri semalam, yang mengarahkan agar dakwaan bahawa Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini dibiayai Soros disiasat.

Satu dokumen yang didakwa dari jaringan geran antarabangsa, Open Society Foundation (OSF) mendakwa bahawa pengasasnya, Soros, mempunyai "kepentingan peribadi" dalam pilihan raya Malaysia.

Anggota Jawatankuasa Pemandu Brsih, Rama Ramananthan menegaskan bahawa dana Bersih adalah daripada orang ramai.

"Selepas Bersih 4.0, kami juga kata terdapat kira-kira 34,000 pemindahan ke akaun kami. Jadi kami sangat terbuka tentang perkara ini.

"Kami akan terbitkan akaun yang telah diaudit tidak lama lagi," kata Rama.

Walaupun Bersih tidak dinyatakan dalam dokumen OSF, New Straits Times (NST) dan The Malay Mail mengaitkan gerakan itu dengan Program Malaysia dalam laporan mereka.

Menurut NST, Maria berkata BERSIH menerima geran daripada OSF dan National Democratic Institute pada tahun 2010 dan 2011.

"Tetapi kami tidak menggunakannya untuk perhimpunan kami. Jumlah yang diberikan kepada kami hanya terdiri 11 peratus daripada dana yang diperoleh daripada orang ramai pada tahun 2011," Maria dilaporkan sebagai berkata.

Sejak itu, wang yang diperoleh adalah melalui sumber dalam negeri dan akaun Bersih adalah telus, kata Maria.

1 comment:

  1. Org telus yg nak disiasat. Org yg takut nak disiasat tak disiasat. Oh Malangsiaku

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa